10 Pelakon Terkenal Ini Pernah Tolak Tawaran Bintangi K Drama Popular
Mempunyai bakat sebagai pelakon yang meyakinkan, beberapa pelakon di bawah ini pastinya telah menerima banyak tawaran lakonan.
ARTIKEL BERKAITAN
Bukti Bakat Lakonan Hebat, 11 Pelakon Korea Ini Berjaya Tembus Pasaran Hollywood
Dalam artikel kali ini, KimchiDaily ingin berkongsi antara pelakon yang pernah menolak tawaran untuk terajui sebuah drama popular.
Seperti Gong Yoo dan Kim Woo-bin yang pernah menerima tawaran untuk membintangi drama hit “Descendant of the Sun”, jom lihat senarai penuh di bawah!
IU (Queen of Tears)
Selain menyanyi, IU juga turut dikenali dalam dunia lakonan. Sebelum ini, penyanyi lagu “Eight” itu telah menolak tawaran untuk terajui drama “Queen of Tears”, yang kini diambil alih oleh Kim Ji-won. Untuk pengetahuan, pelakon Kim Soo-hyun turut akan membintangi drama tersebut.
Gong Yoo, Jo Insung, Kim Woobin & Lee Minho (Descendant of the Sun)
Sebelum Song Joong-ki, Gong Yoo, Jo In-sung, Kim Woo-bin dan Lee Min-ho sebenarnya telah menerima tawaran untuk memainkan watak sebagai Yoo Shi-jin dalam “Descendant of the Sun”. Bagaimanapun, keempat-empat pelakon itu telah menolak tawaran untuk terlibat dalam projek itu kerana watak sebagai seorang askar dan penggambaran untuk pra-produksi boleh mengambil masa yang agak lama.
Song Hyekyo (Hyena)
Siapa kat sini pernah layan drama “Hyena” yang diterajui Kim Hye-soo dan Ju Ji-hoon? Kalau korang nak tahu, Song Hye-kyo adalah salah seorang pelakon yang pernah dihubungi oleh pengarah untuk terajui drama tersebut dan telah pun mengesahkan penampilannya. Namun tidak lama selepas itu, agensi mengumumkan bahawa Song Hye-kyo telah menarik diri untuk membintangi “Hyena” tanpa mendedahkan sebabnya.
Song Joongki (Moon Embracing the Sun)
Pada 2013, Song Joong-ki telah menerima tawaran untuk terajui drama “Moon Embracing the Sun” namun menolaknya kerana wataknya itu terlalu mirip dengan peranannya dalam dramanya sebelum ini iaitu “Tree with Deep Roots” sebagai Raja Sejong.
Jang Geunsuk (Boys Over Flowers)
Sebelum Lee Min-ho, Jang Geun-suk adalah salah seorang pelakon yang dicalonkan untuk watak Gu Jun-pyo dalam “Boys Over Flowers”. Bagaimanapun, dia telah menolak tawaran tersebut dan sebaliknya memilih untuk membintangi “Beethoven Virus”. Hal ini kerana, pelakon lelaki itu merasakan bahawa dia akan mempunyai lebih banyak pengalaman memandangkan ramai pelakon senior akan turut muncul dalam drama berkenaan.
Kim Woobin (Warm and Cozy)
Diterajui Yoo Yeon-seok dan Kang So-ra, korang pernah tonton tak drama “Warm and Cozy” yang ditayangkan pada 2015? Untuk pengetahuan, sebelum memutuskan untuk memilih Yoo Yeon-seok, Kim Woo-bin telah dilamar untuk memainkan watak sebagai Bae Gun-woo, namun terpaksa menolaknya kerana kekurangan masa untuk membuat persiapan secara fizikal.
Lee Sungkyung, Han Jimin (Suspicious Partner)
Bukan Nam Ji-hyun pada awalnya, Lee Sung-kyung dan Han Ji-min juga adalah antara pelakon yang telah ditawarkan untuk memainkan watak utama wanita dalam “Suspicious Partner”, bergandingan bersama Ji Chang-wook. Bagaimanapun, kedua-dua mereka telah menolak tawaran tersebut atas sebab tertentu.
Mungkin ini yang terbaik kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/10-pelakon-terkenal-ini-pernah-tolak-tawaran-bintangi-k-drama-popular/