Nak Perahan Santan Yang Pekat Cuba Ikut Tip Ini
Sesetengah individu memilih untuk memasak menggunakan santan kelapa yang asli. Katanya santan kelapa yang diperah sendiri lebih berlemak rasanya. Untuk memastikan perahan santan pekat, boleh cuba tip yang dikongsi oleh Yatie Eimra ini. Mungkin agak leceh tetapi berbaloi. Masakan anda pun pasti akan rasa lebih sedap berlemak.
TIP PERAHAN SANTAN PEKAT
1. Gunakan air panas-panas suam dan menggunakan pengisar. Jika guna air yang terlampau panas boleh menyebabkan santan pecah minyak.
2. Nisbah air adalah 1:1 atau jika kelapa parut disimpan dengan cara frozen, boleh juga guna air panas dan air masak dalam nisbah 2:1 supaya tidak terlampau panas dan dalam masa yang sama kelapa parut menjadi sedikit suam. Air perlu suam supaya santan lebih mudah diekstrak atau diperah.
3. Air panas-panas suam tadi dituang sedikit ke dalam bekas berisi kelapa parut. Ramas kelapa parut agar sekata.
4. Kemudian, bahagi kelapa parut pada dua bahagian. Ambil satu bahagian dan masuk ke dalam blender, tambah air suam sedikit demi sedikit sehingga kelapa parut boleh dikisar. Perah atau tapis santan tadi.
5. Kisar satu lagi bahagian kelapa parut. Tetapi kali ini menggunakan santan yang telah diperah tadi dan tidak perlu ditambah air lagi. Gunakan santan perahan pertama tadi semata-mata.
Kenapa perlu bahagi dua?
Kerana kalau kisar sekali sahaja, lebih banyak air yang perlu ditambah untuk memastikan kelapa parut dikisar dengan lancar. Tetapi, dengan mengasingkan kepada dua bahagian dan kisar dua kali, hanya kali pertama sahaja anda perlu menambah air.Bila dah kisar semua kelapa parut, barulah kisar sekali lagi dan tambahkan air jika anda mahu mendapatkan santan cair. Walaupun telah dikisar kali kedua dan dapat santan cair sahaja, masih ada sedikit lagi lapisan pati santan pekat.
Info Tambahan:
Jika nak santan tahan lama, guna air masak dan jangan guna air paip. Taburkan garam sedikit pada lapisan atas santan jika anda simpan santan pada bahagian peti sejuk bawah untuk beberapa hari. Nak bekukan juga boleh.
Kredit: Yatie Eimra
Jika anda sedang mencari PENGISAR, boleh klik DISINI. Banyak pilihan untuk anda.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Teknik Tanam Pokok Limau Kasturi, Hanya Cucuk Ranting Dalam Tanah
Petua Lembutkan Daging, Hanya Gunakan Minyak. Mudah!
Cara Buat Cili Jeruk Yang Rangup
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/11/nak-perahan-santan-yang-pekat-cuba-ikut.html