Hilang Kekuatan Ibu Suami 2 Anak Pergi Bersama Tangisan Nak Ikut Ayah Petanda Akhir


Ajal bersama tiga beranak. Siapa sangka permintaan dua beradik yang beriya-iya mahu mengikut ayah bekerja berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila ketiga-tiga mereka dijemput ilahi dalam kemalangan.
Menerusi laporan Bernama, dua kanak-kanak lelaki yang maut selepas lori treler yang dipandu ayah mereka terbabas di Kilometer 10, Jalan Malim Nawar-Kota Bharu, Gopeng (2 November) sebelum ini tidak pernah mahu mengikuti ayah mereka bekerja.

Sempat makan bersama 
Bagaimanapun, keadaan hari kejadian berbeza apabila Muhammad Afeef Rafiqie, 9, serta Arrian Nuh, 6, beriya-iya mahu mengikut ayahnya, Hafize Nizam Ali Supian, 30, yang turut sama maut dalam kemalangan kira-kira pukul 10 malam itu selepas makan tengah hari bersama keluarga di sebuah restoran di Kampar.
Dua beradik menangis-nangis nak ikut ayah 
Normah Khalid, nenek kepada kanak-kanak tersebut berkata sebelum kejadian, menantunya, Hafize Nizam bersama isteri Shamshira Mohd Norizin,31, dan tiga anak mereka datang ke Kampar dari Langkap, Teluk Intan untuk makan di sebuah restoran dengan menaiki kenderaan berbeza.
“Anak saya Shamshira bersama tiga anak termasuk yang bongsu, Adeeb Hud berumur dua tahun naik satu kereta kerana Hafize Nizam mahu meneruskan kerja mengambil muatan simen dengan treler di Gopeng selepas makan.
Gambar kenangan keluarga “Entah mengapa selepas makan, Muhammad Afeef Rafiqie dan Arrian Nuh menangis-nangis mahu mengikut ayah mereka. Sebelum ini, mereka tidak pernah pun ikut ayah mereka pergi bekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Kampar.
Normah, 66, berkata mereka sekeluarga menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada rakan mangsa kira-kira pukul 10.30 malam dan bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri kemalangan tersebut.
“Makcik tak sanggup tengok lama-lama, anak makcik (isteri mangsa) pun sudah tidak keruan, menangis dan meraung-raung melihat keadaan treler yang remuk. Apa pun kami reda dan anggap ini sebagai satu ujian Allah,” katanya.
Isteri arwah terpaksa dipapah sebaik proses bedah siasat selesai. Anak bongsu mula tanya ayah dan abang
Normah berkata anak bongsu mangsa, Adeeb Hud ada bertanyakan di mana ayah dan dua abangnya, namun anggota keluarga hanya mampu mengatakan ketiga-tiga mereka sedang tidur.
Anak bongsu, Adeeb Hud mengesat air mata ibunya ketika menunggu ketiga-tiga jenazah di unit forensik. “Arwah seorang menantu yang baik dan suka membantu ahli keluarga yang lain, makcik pun memang rapat dengan cucu-cucu sebab dari pagi hingga ke malam mereka selalu datang bermain di rumah makcik di Chenderong Balai, Teluk Intan,” katanya.
Jenazah ketiga-tiga mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chenderong Balai, Teluk Intan.

Sebelum ini, media melaporkan treler jenis Volvo itu dipercayai terbabas di lorong kiri dan melanggar tiang elektrik dan juga besi penghadang jalan sebelah kiri jalan.
Akibat daripada itu kesemua mangsa cedera parah kerana tersepit dalam treler dan maut di tempat kejadian.
— BERNAMA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Hilang Kekuatan Ibu! Suami & 2 Anak Pergi Bersama. Tangisan Nak Ikut Ayah Petanda Akhir appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hilang-kekuatan-ibu-suami-2-anak-pergi-bersama-tangisan-nak-ikut-ayah-petanda-akhir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Salam Terakhir Ibu Pergi Kedai Anak Buka Cermin Nako Jatuh Dari Tingkat 15

Itu Salam Terakhir Ibu Pergi Kedai Anak Buka Cermin Nako Jatuh Dari Tingkat 15

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 543 hits
Ditinggalkan sekejap kerana ibu keluar ke kedai tak sangka dapat berita anak lelaki yang berusia 6 tahun terjatuh ke bawah sehingga meninggal dunia dan mengejutkan jiran berdekatan Kanak kanak lelaki itu dijumpai maut terjatuh dari tingkat ...
Kerana Rindukan Ayah Di Singapura Ibu Bawa Anak Lambai Dari Bot

Kerana Rindukan Ayah Di Singapura Ibu Bawa Anak Lambai Dari Bot

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 383 hits
Sejak penularan COVID 19 di Malaysia ramai yang terpisah dengan ahli keluarga dan yang tersayang berikutan pintu sempadan ditutup terutama buat mereka yang bekerja di negara jiran Singapura Baru baru ini tular video memaparkan seorang ibu m...
Ibu Bekerja Nak Susu Banyak Kuncinya Jangan Stres Ikut Cara Ni Sangat Membantu

Ibu Bekerja Nak Susu Banyak Kuncinya Jangan Stres Ikut Cara Ni Sangat Membantu

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 538 hits
Bagi ibu yang bekerja dan mengimpikan untuk menyusu bayi dengan susu badan sepenuhnya sudah tentu terdetik rasa risau adakah mampu atau tak memberi susu ibu hingga anak berumur dua tahun Disebabkan fikir hal ini emosi ibu sedikit terganggu ...
Ubat Terbaik Ibu Ayah Anak Yang Mood Tak Ok Terapinya Alam Lihatlah Kesannya

Ubat Terbaik Ibu Ayah Anak Yang Mood Tak Ok Terapinya Alam Lihatlah Kesannya

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 394 hits
Terapi alam adalah salah satu terapi terbaik untuk diri dan emosi berada dalam keadaan baik Tak kisahlah apa aktiviti sekalipun ia mampu memberi ketenangan kepada setiap individu sama ada orang dewasa atau anak anak Jika ada kesempatan ambi...
Setiap Hari Anak Anak Berebut Nak Ibu Doakan Mereka Rupanya Ini Rahsia Yang Ibu Buat

Setiap Hari Anak Anak Berebut Nak Ibu Doakan Mereka Rupanya Ini Rahsia Yang Ibu Buat

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 502 hits
Anak anak memang lumrah sukakan perhatian daripada papa dan mama Ketika mereka sedang membesarlah saat paling sesuai untuk papa dan mama mengajar mereka tentang adab dan peribadi yang baik Jangan lupa untuk sentiasa mendoakan anak jadikan a...
Punca Anak Tak Takut Bila Ibu Ayah Marah Sebab 7 Kesilapan Ni Jangan Kita Menyesal

Punca Anak Tak Takut Bila Ibu Ayah Marah Sebab 7 Kesilapan Ni Jangan Kita Menyesal

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 338 hits
Sebagai ibu bapa kita pun ada kesilapan dalam mendidik anak Cuma kita tak sedar dan asyik nampak hanya kesilapan anak sahaja Ingat didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan Anak anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yan...
Kalau Anak Sedang Tantrum Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga Cara Ini Kurang Tepat

Kalau Anak Sedang Tantrum Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga Cara Ini Kurang Tepat

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 541 hits
Bila cikgu tanya soalan dan cikgu bagitahu jawapan anak saya salah anak saya tak dapat terima dan mengamuk marah Dia tak boleh terima dia salah Jika cikgu puji jawapan kawan kawan lain betul dan jawapan dia sahaja yang salah dia akan marah ...
Rasa Nak Marah Anak Ayah Ni Ajar Caranya Hati Tenang Anak Dengar Kata

Rasa Nak Marah Anak Ayah Ni Ajar Caranya Hati Tenang Anak Dengar Kata

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 502 hits
Anak kecil ni lagi di marah lagi teruk perangainya Kenapa jadi macam ni Sebabnya anak belajar dari apa yang kita buat pada mereka Cara kita tengking pukul marah marah sebenarnya buat anak fikir mereka pun boleh buat seperti itu juga jika ra...
Cycling 9 Februari 2025

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan