Nak Masak Ikan Ini 8 Perkara Kena Tahu Supaya Lauk Ikan Kita Sedap


Ikan memang sedap dimakan sebab dagingnya lembut. Ikan juga sesuai untuk orang yang sedang diet. Tapi nak masak ikan tak semudah masak ayam. Kena ambil tahu perkara penting pasal ikan supaya masakan ikan kita lebih sedap.
Tidak kira ikan sungai atau ikan laut, ikan adalah sumber protein terbaik untuk tubuh. Tetapi, lecehnya ikan segar tidak lari daripada bau hanyir, susah disiang dan kadang-kadang bila digoreng mudah melekat pada kuali atau hancur isinya bila digulai. Sakit hati jadinya.
Untuk semua masalah ini,RASA kongsikan 8 petua di bawah ini. Semoga boleh mengatasi semua masalah anda berkaitan ikan.
8 PERKARA KENA TAHU PASAL IKAN1) Cara Mudah Buang Sisik Ikan
Anda nak masak ikan tapi ikan itu jenis yang susah nak ditanggalkan sisiknya. Cara mudah nak tanggalkan sisik ikan adalah rendam ikan dalam air dan biarkan sekejap. Kemudian kikis sisik ikan dalam air rendaman tadi. Cara ini lebih mudah berbanding jika anda tanggalkan sisik di atas papan pemotong.
2) Hilangkan Bau Hanyir Ikan
Ikan yang anda beli kuat baunya? Jangan risau. Ini cara hendak hilangkan bau hanyir ikan. Ambil 2 sudu kecil cuka. Kalau tiada cuka, boleh juga guna perahan limau nipis atau limau kasturi. Gaul cuka aau perahan limau tadi pada ikan. Kemudian biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih. Jangan lupa tabur sedikit garam untuk hilangkan rasa macam cuka itu tadi.
Selain itu, anda boleh gunakan asam jawa. Caranya gaul rata asam jawa pada ikan. Selepas 10 minit, cuci dengan air bersih.
Cara lain, gunakan air basuhan beras untuk membasuh ikan. Selepas ikan itu anda cuci bersih, rendam ikan dengan air basuhan beras selama 10 minit. Kemudian dicuci lagi dengan air bersih.
3) Teknik Ikan Garing Apabila Digoreng
Ikan goreng lebih sedap kalau garing. Nak tahu caranya? Sebelum goreng, gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian campurkan sedikit serbuk kunyit dalam minyak panas untuk menggoreng ikan. Goreng  ikan seperti biasa. Cara kedua, campurkan serbuk kunyit, garam dan sedikit bawang putih yang telah dikisar pada ikan. Lumurkan rata dan perap beberapa minit. Kemudian goreng ikan seperti biasa. Garing dan sedap ikan tu nanti.
4) Ikan Tidak Melekat Pada Kuali Semasa Digoreng
Jika ikan melekat pada kuali, ikan itu akan jadi tidak cantik. Ini cara nak elak ikan melekat pada kuali. Masukkan sekeping asam gelugor dalam minyak masak untuk menggoreng ikan. Setelah minyak masak itu panas, goreng ikan seperti biasa. Pasti ikan cepat garing dan tidak melekat.
5) Ikan Sejuk Beku Segar Semula
Ikan sejuk beku atau yang disimpan lama dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Hal ini boleh diatasi dengan merendamkan ikan tersebut dalam susu segar selama 15 minit. Kemudian masaklah seperti biasa. Ikan akan segar semula dan enak dimakan. Susu segar yang telah digunakan untuk merendam ikan, jangan pula diminum ya!
6) Ikan Bakar Lebih Sedap
Jika ingin ikan bakar lebih sedap rasanya, selepas dicuci ikan tersebut hendaklah diperapkan dengan sedikit asam jawa dan air. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibakar atau dipanggang.
7) Ikan Segar Walaupun Disimpan Lama
Cara mengekalkan kesegaran ikan sangat mudah. Siang semua ikan tetapi jangan dicuci. Masukkan ikan ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Ikan akan tetap segar walaupun disimpan lebih seminggu dalam peti sejuk.
8) Telur Ikan Tidak Pecah
Masukkan telur ikan yang anda hendak masak ke dalam plastik. Rebus telur ikan dengan plastik itu lebih kurang lima minit. Keluarkan telur ikan daripada plastik dan masak seperti biasa.
Moga bermanfaat dengan tip yang kami sediakan. Nah, di bawah ini resipi Sup Ikan Siakap untuk korang cuba.
Sup ikan kalau hanyir memang tak membuka selera. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sup ikan siakap yang sangat sedap. Resipi ini dikongsikan oleh Haerme Abd Rahman di facebook group RASA Share Resepi. Jom cuba.
SUP IKAN SIAKAP
.
BAHAN REMPAH SUP HOMEMADE
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih dan jintan manis
1/2 sudu kecil lada sulah biji dan lada hitam
4 biji cengkih
2 helai daun salam
2 ulas bawang putih kering
1 inci halia kering
2 kuntum bunga lawang
CARA BUAT REMPAH SUP HOMEMADE
Sangai semua bahan dan kisar kering.


.
BAHAN SUP
300 gram tulang lembu
2 inci halia (diketuk)
Minyak masak untuk menumis
3 labu bawang merah (hiris) (BELI DI SINI)
4 ulas bawang putih (hiris) (BELI DI SINI)
1 inci halia (hiris) (BELI DI SINI)
1 sudu besar rempah sup homemade
2 biji tomato (potong kecil)
3 tangkai daun sup dan daun bawang
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
1 ekor ikan siakap
1 biji limau nipis
Daun sup, daun bawang (dihiris)
Bawang goreng
6 tangkai cili padi
CARA MEMBUAT SUP
1. Dalam periuk, rebus tulang lembu kemudian masukkan halia. Biarkan mendidih.

.
.

.
2. Dalam kuali, masukkan minyak masak. Tumis bawang putih, bawah merah dan halia sehingga sedikit garing.

.
3. Masukkan rempah sup homemade. Tumis lagi.
4. Kemudian masukkan bahan tumisan dalam periuk rebusan tulang tadi.
5. Masukkan tomato dan daun sup yang disimpul. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih lagi.

.
6. Masukkan ikan. Terus tutup api dan tutup periuk. Biarkan dalam keadaan ini selama 15 minit.
7. Kemudian perah limau nipis, tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili padi.
.

.
Selamat mencuba!
Kredit gambar hiasan: pixabay
Sumber: Facebook Haerme Abd Rahman
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://ift.tt/3gEzwjg
https://ift.tt/2BWf1jr
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/11/nak-masak-ikan-ini-8-perkara-kena-tahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Beriani Kari Daging Mudah Rupanya Nak Masak Sedap Pulak Tu

Nasi Beriani Kari Daging Mudah Rupanya Nak Masak Sedap Pulak Tu

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 646 hits
Dua tiga hari ni kejap hujan kejap berhenti Semalam sempat rasa panas sekejap Mendung tu dah tentulah Hari ni pagi hujan sekejap tengahari ni panas semula Cuaca tak menentu kesihatan pun terikut sekali Hari ni dalam kemalasan ada juga keraj...
Senangnya Nak Masak Campak Seketul Dua Dah Sedap Ibu Ni Kongsikan 5 Penambah Rasa Superb

Senangnya Nak Masak Campak Seketul Dua Dah Sedap Ibu Ni Kongsikan 5 Penambah Rasa Superb

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 347 hits
Penambahan garam dan gula sememangnya dilarang dalam sajian menu anak anak kita Pun begitu anak kecil pun sama hendak merasa makanan sama macam kita yang mempunyai rasa manis masam dan sebagainya Barulah bayi makin berselera hendak makan Pe...
Masak Kuah Laksa Sedap Guna Sardin Dalam Tin Begini Caranya

Masak Kuah Laksa Sedap Guna Sardin Dalam Tin Begini Caranya

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 318 hits
Laksa Ikan Sardin ni nampak sangat sedap dan menyelerakan Siapa sangkat hidangan ini disediakan menggunakan ikan sardin dalam tin Maklumlah biasanya kalau nak masak kuah laksa kita guna ikan kembung atau ikan sardin segar Bagi anda yang nak...
Ayam Masam Manis Ala Thai Super Sedap Bau Semasa Masak Pun Dah Cukup Buka Selera

Ayam Masam Manis Ala Thai Super Sedap Bau Semasa Masak Pun Dah Cukup Buka Selera

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 414 hits
Ayam kalau digoreng begitu sahaja pun sedap juga Tapi lebih sedap kalau berkuah Tidaklah kering sangat Masak ayam nib oleh dipelbagaikan Ada yang suka cara melayu boleh buah ayam masak tomato Kalau suka cara India ayam vanggey pun tak kuran...
Rahsia Masak Udang Butter Nestum Sedap Tanpa Guna Rencah Segera

Rahsia Masak Udang Butter Nestum Sedap Tanpa Guna Rencah Segera

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 328 hits
Resipi Udang Butter Nestum perkongsian saudari Rosni Musa ni memang nampak sedap dan membuka selera Masak pula menggunaan udang bersaiz besar memang lagi puas hati Bagi anda yang ada stok udang dalam peti sejuk boleh cuba resipi ni Memang t...
Daging Masak Hitam Ala Ala Kenduri Sedap Lagi Terangkat Patutlah Dapat 6k Perkongsian

Daging Masak Hitam Ala Ala Kenduri Sedap Lagi Terangkat Patutlah Dapat 6k Perkongsian

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 347 hits
Lama tidak dapat menikmati sajian di majlis perkahwinan pastinya terindu rindu menu daging masak hitam yang menjadi kewajipan di setiap majlis kenduri Siapkan menu hujung minggu anda dengan menyediakan daging kenduri ini pula untuk anak ana...
Sup Ikan Siakap Yang Sedap Dan Tidak Hanyir Ini Step By Step Memasaknya

Sup Ikan Siakap Yang Sedap Dan Tidak Hanyir Ini Step By Step Memasaknya

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 300 hits
Sup ikan kalau hanyir memang tak membuka selera Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sup ikan siakap yang sangat sedap Resipi ini dikongsikan oleh Haerme Abd Rahman di facebook group RASA Share Resepi Jom cuba SUP IKAN SIAKAP BAHAN REMPAH S...
Resipi Shepard Pie Terlajak Sedap Cara Masak Step By Step Gerenti Jadi

Resipi Shepard Pie Terlajak Sedap Cara Masak Step By Step Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 349 hits
Hajat nak membuat sheperd pie ni dah lama cuma asyik malas je nak mula Kebetulan ada lebihan kentang putar yang dibuat hari sebelumnya terus rasa nak cuba resipi sheperd pieShepherd Pie mempunyai banyak variasi Ia lebih sedap dimakan semasa...
3 Resepi Ikan Yang Menarik Dan Sedap Boleh Cuba Resepi Ni

3 Resepi Ikan Yang Menarik Dan Sedap Boleh Cuba Resepi Ni

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 353 hits
Nutrien dan mineral dalam ikan dan terutamanya asid lemak omega 3 elok untuk jantung perkembangan otak dan pembiakan Ini mengetengahkan peranan ikan dalam fungsi tubuh manusia
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof