Nak Masak Apa Nak Makan Apa


Nak Masak Apa Nak Makan Apa?  Mesti soalan ni selalu berlega-legar dalam kotak fikiran korangkan, terutama yang ada keluarga sendiri.  Boleh dikatakan hampir setiap hari akan terfikir...eh hari ni nak makan apa yer?.....hmmmm petang nanti nak masak apa yer?
Kali ni biar akak share gambar beberapa jenis masakan kat sini supaya boleh beri idea untuk korang masak.  Ada yang rajin akan sediakan menu seminggu. Akak biasanya akan plan menu sarapan sebab Dik Wan bawa bekal ke sekolah, akak pun  bawa bekal ke tempat kerja dan biasanya akan masak lebih untuk tengahari juga.  Sebelah petang baru fikir nak makan apa untuk dinner.  Macam tu la hari-hari.
Menu-menu ni apa yang terlintas di fikiran pada ketika dan saat tengah lapar. Samada idea akak atau en hubby yang teringin nak makan.  Yang paling best, bila en suami sama-sama masuk dapur sediakan masakan.
Menu Masakan Yang Selalu Kami Repeat Masak
Kerabu Mangga - menu kegemaran semua ahli keluarga.  Tak susah pun nak sediakan, nanti akak share resipi dia. Rasa macam kat kedai tomyam siam.  Kalau kat kedai, kena makan sorang sikit, bila buat sendiri, tak perlu risau, sebiji buah mangga boleh dapat sepinggan kerabu mangga ni.  Makan dia saja pun boleh tapi lepasa tu kena sedialah 'cuci perut'


Kari ikan atau orang utara panggil gulai ikan - tak kiralah ikan apa pun, asalkan korang suka. Boleh masuk bendi atau timun.  Sekurang-kurang 1 atau 2 kali seminggu menu ni mesti ada atas meja.  Tak pernah share resipi cara kami, nanti akan share yer



Menu minum petang - cempedak goreng, pisang goreng dan sukun goreng.  Berpadu semua kami makan.  Jarang-jarang buat bergantung kepada ketersediaan bahan dan harga buah-buah ni masa tu.  Yang kami suka beli adalah buah cempedak tapi sekarang pun harga cempedak boleh tahan.  


Nasi campur -  menu ni anak-anak suka, nasi putih, ayam goreng, kuah kari daging dan ubi kentang, ulaman daun salad atau timun jepun, last sekali depa curah kicap sedikit.  Kadang-kadang hairan mak dibuatnya kenapa suka makan kuah kari dengan kicap, katanya rasa lebih mantap ! Begitulah anak-anak. Ukaman pun yang tertentu sahaja dimakannya. Tak apa asalkan makan



Menu minum petang lagi Kek Pisang -  kek pisang ni akak sangat puashati kejadiannya.  Belajar secara online sahaja, alhamdulillah setiap kali buat memang cantik kejadiannya. Kek lembab, kelihatan urat-urat pisang, dan suka juga campakkan biji-bji coklat . Pernah share resipi KEK PISANG SEDAP


Asam Pedas Ikan Pari - orang Melaka kalau tak ada menu asam pedas ni memang tak complete.  Ikan pari antara ikan yang akak suka, selain itu boleh guna ikan parang, siakap, temenung dan apa sahaja ikan yang sesuai.  Kalau di Melaka, kami suka masak asam pedas ikan parang.  Boleh masukkan bendi, belimbing buluh, bunga kantan - ikutlah mana yang korang suka.  Akak pernah share resipi asam pedas daging sebelum ni.  Lebih kurang sama saja, bezanya, asam pedas daging akak masukkan kerisek dan sedikit gula melaka, lebihkan bawang kisar sebab nakkan kuahnya lebih pekat sedikit,  Boleh tengok resipi di sini ---  Asam Pedas Daging 


Pajeri nenas - menu ni kesukaan en suami. Kadangkala buat campuran nenas dan terung.  MIL pun suka menu ni.  Kalau makan kena ada ikan kering goreng atau ikan temenung goreng.  Pajeri nenas juga merupakan menu kegemaran di bulan puasa.  Kalau nak cuba buat, boleh tengok resipi kat sini -------    Pajeri Nenas 

Menu sarapan pagi : Mee Goreng -  paling mudah nak buat.  Ada mee, ada cili kisar, kicap pun dah cukup nak buat mee goreng simple.  Ini akak buat untuk jamuan sekolah dik wan. Satu bekas besar untuk di bawa ke sekolah, satu lagi untuk sarapan yang lain-lain di rumah.  Nak bagi sedap lagi mee goreng ni korang masukkan kacang tanah kisar semasa menumis bawang dan cili.  Kadang-kadang kalau ada kuah kacang, akak akan bekukan dan guna semasa nak menggoreng mee ni. Cubalah, rasanya lain sedikit tau



Ikan Masak Cuka - ni paling senang.  Ikan masak cuka ni, kalau simpan semalaman, rasanya lagi sedap sebab rasa kuah tu dah meresap masuk dalam ikan goreng.  Nanti ada kesempatan, akak share resipi mudah ni



Gandingan kari ikan, telur dadar dan ayam goreng. Kalau anak-aaak ada kat rumah, kenalah ada 2-3 menu, kalau tak satu lauk je pun dah cukup untuk kami. 


Nasi Arab Kambing Bakar -  sesekali kami cuba buat kelainan.  Nasi arab pun tak susah untuk dimasak. Ada banyak resipi yang mudah-mudah.  Ada juga yang dah siap pack, korang cuma perlu panaskan sahaja.  Daging bakar ni pula, akak guna daging perap Ramly.  Boleh je guna mana-mana daging perap yang dah siap pack.  Kemudian potongkan cili hijau, limau nipis dan bawang holand.  Kalau ada sup pun sedap juga tapi yang ni kami kisar cili merah dan tomato. Masak sekejap dah boleh jadi kuahnya



Ayam Geprek - makan dengan nasi putih saja.  Nanti akak share cara penyediaannya. Uishh...banyak juga resipi yang akak belum share lagi ni.  Masak cara akak  dan en suami, sedap pun ikut selera kami anak beranak. Yang penting setiap kali masak, habis



Udang goreng tepung - ni lagilah senang, asalkan ada udangnya. Salut dengan tepung bistari sahaja
 

Peria goreng tepung - yang ni pun boleh jadi kudap-kudapan juga.  Kadang-kadang bila banyak virus M, masak yang simple aje.  Korang boleh guna tepung bestari atau pun tepung tempura.  Potong nipis peria, basuh dan rendam dalam air garam.  Sambil-sambil tu ramas-ramas manja, jangan sampai hancur pula. Tujuannya untuk kurangkan rasa pahitnya. Toskan, biar kering sedikit dah boleh celup dalam campuran tepung bestari dan goreng



Fish & Chip cara kami.  Yang ni kami cuba buat sendiri cara kami.  Daripada siang ikan dan penyediaan yang lain-lainnya, kami buat sama-sama anak beranak. Kalau korang nak cuba, boleh try resipi dan cara kami di sini ----  Fish N Chips


Yang akhir sekali untuk kali ini - Sambal Bilis Kantan.  Makan dengan nasi panas-panas memang menyelerakan. Nak buat pun senang.  Boleh buat bekalan kalau nak berjalan jauh.  Kadang-kadang bekalkan juga untuk anak-anak di asrama,  Bagi yang bak mencuban resipinya di Sambal Bilis  Nanti akak share lagi yer menu-menu yang korang boleh cuba.  Sekurang-kurangnya korang dapat jugalah idea nak masak apa.  
Selamat mencuba !




 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2024/01/nak-masak-apa-nak-makan-apa-.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Jual Ketupat Dan Rendang Aman Graseka Nafi Minta Bantuan Nak Beri Anak Makan Jelaskan Hal Sebenar

Hiburan Saya Jual Ketupat Dan Rendang Aman Graseka Nafi Minta Bantuan Nak Beri Anak Makan Jelaskan Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 313 hits
Semalam kecoh seorang pelakon veteran Aman Graseka dikatakan berada dalam kesempitan hidup hingga terpaksa meminta bantuan bagi memberi anak anak makan Masih ada pekerjaan Kata semua berita yang diwar warkan tidak benar kerana dirinya masih...
Asyik Nak Makan Gula Gula Makanan Manis Boleh Beri Kesan Buruk Pada Anak Kurangkan

Asyik Nak Makan Gula Gula Makanan Manis Boleh Beri Kesan Buruk Pada Anak Kurangkan

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 186 hits
Kanak kanak mana yang tidak suka makan gula gula dan jajan berbentuk manis Walaupun tanpa diajar atau dibelikan inilah yang menjadi kesukaan mereka sepanjang masa Jangan dibiasakan atau terlalu kerap biarkan anak makan makanan manis Lebih b...
Masak Dulu Lagi Baik 13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Makan

Masak Dulu Lagi Baik 13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Makan

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 240 hits
Apa agaknya makanan pejal pertama yang mahu diberikan pada anak Sudah semestinya bubur kosong yang dikisar halus menjadi pilihan ibu bapa untuk diberikan kepada anak Inilah yang disarankan oleh pakar Namun dalam pada itu sesekali boleh juga...
Bahaya Makan Ayam Tak Masak Sempurna

Bahaya Makan Ayam Tak Masak Sempurna

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 186 hits
Bahaya Makan Ayam Tak MASAK Sempurna Pernah tak beli ayam goreng ke ayam panggang ke bila gigit sampai ke tulang ada merah merah dan kesan darah Daging sikit liat Ada orang suka makan daging yang tak berapa masak begitu Style omputih katany...
Bila Teringin Nak Makan Prosperity Mcd

Bila Teringin Nak Makan Prosperity Mcd

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 171 hits
Bila teringin nak makan prosperity MCD Masa sebelum timbul boikot boilot ni boleh dikatakan setiap kali musim prosperity keluar nieyl salah seorang yang tak akan lepaskan peluang untuk beli tapi sekarang ni dah tak payah nak beli dah tau ki...
Mama Yang Nak Diet Boleh Amal Makan Buah Naga Tak Sampai Sebulan Inci Berkurang

Mama Yang Nak Diet Boleh Amal Makan Buah Naga Tak Sampai Sebulan Inci Berkurang

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 312 hits
Buah naga mempunyai manfaat yang baik bagi mama yang ingin memiliki berat badan yang ideal Untuk mendapatkan hasil yang cepat amalkan buah naga sebelum makan Buah naga merupakan antara buah buahan dengan kandungan kalori yang sangat sedikit...
Teringin Nak Makan Mr Churros Yang Viral Tu

Teringin Nak Makan Mr Churros Yang Viral Tu

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 380 hits
Teringin Nak Makan Mr Churros Yang Viral Tu Assalamualaikum Kisahnya hari selesa 9 1 24 sebenarnya rancangan kami nak pergi ke Kulim Bird Park nak tengok haiwan dekat sana Tetapi sayang tempat itu tengah dalam proses pengubahsuaian Plan tak...
Anak Tak Mahu Makan Nak Bagi Makan Nasi Pun Susah Ini Fakta Mama Papa Mesti Tahu

Anak Tak Mahu Makan Nak Bagi Makan Nasi Pun Susah Ini Fakta Mama Papa Mesti Tahu

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 175 hits
Bila anak tak mahu makan mama dan papa jadi susah hati Bimbang anak tak cukup zat hingga membantut tumbesaran Kalau beri nasi lagilah anak tak mahu makan Kalau makan pun anak agak cerewet Anak lebih suka makan snek dan roti Itu sahaja yang ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord