Nak Kurus? Jom Ikuti Cara Kempiskan Perut Dalam Masa 15 Hari 9
Nak kurus! Ini dah kira kali yang ke 15000 tekad untuk kurus, bersemangat search di google ‘cara kempiskan perut‘ tetap tewas juga dengan makanan-makanan viral, Kadang bila kena body shaming dengan saudara-mara terdekat perit la juga, tersangatlah remeh proses kempiskan perut dek kerana perlukan senaman.
Nak Kurus? Jom Ikuti Cara Kempiskan Perut Dalam Masa 15 Hari 10
Cara Kempiskan Perut 1: Elakkan Daripada makan makanan yang tinggi GI
Apakah itu GI? GI adalah nombor yang memberi indikasi kepada kualiti karbohidrat dalam makanan, semakin tinggi GI dalam makanan, semakin tinggi tahap gula dalam darah. Antara makanan yang mengandungi GI tinggi adalah.
Nak Kurus? Jom Ikuti Cara Kempiskan Perut Dalam Masa 15 Hari 11
Cara Kempiskan Perut 2: makan makanan yang berprotein tinggi
Ramai yang tak percaya bahawa diet tinggi protein merupakan salah satu cara pemakanan yang terbaik untuk mereka yang ingin kempiskan perut, Hal ini turut dibuktikan apabila kita mengambil makanan yang kaya protein, kita akan rasa lebih bertenaga dan kenyang lebih lama!
Nak Kurus? Jom Ikuti Cara Kempiskan Perut Dalam Masa 15 Hari 12
Cara Kempiskan Perut 3: makan makanan yang berfiber tinggi
Fiber sangat diperlukan oleh badan terutama untuk fungsi percernaan. Makan makanan fiber tinggi bukan sahaja baik untuk mencegah penyakit kronik tetapi juga dapat membantu anda kempiskan perut, Oleh kerana makanan fiber tinggi boleh membantu rasa kenyang lebih lama dan boleh memudahkan pelawasan, terdapat pelbagai jenis sayur, buah-buahan yang mempunyai fiber tinggi dan sangat baik pada kesihatan usus.
Nak Kurus? Jom Ikuti Cara Kempiskan Perut Dalam Masa 15 Hari 13
Cara Kempiskan Perut 4: Cuka Apel
Diketahui bahawa cuka apel atau apple cider vinegar (ACV) memiliki beberapa manfaat untuk kesihatan perut, cuka apel mengandungi asid acetic yang berfungsi untuk menghalang lemak berkumpul dan membantu melancarkan sistem percernaan serta membantu badan memecahkan lemak, secara tidak langsung ia memudahkan proses kempiskan perut dengan lebih cepat.
Nak Kurus? Jom Ikuti Cara Kempiskan Perut Dalam Masa 15 Hari 14
Cara Kempiskan Perut 5: Cukupkan Waktu Tidur
Ramai orang tak cukup tidur disebabkan oleh banyak faktor, ketahuilah bahawa tidur yang cukup dapat membantu mengurangi lemak di perut. Menurut kajian tidur dalam keadaan meniarap dapat membantu mengurangi lemak di bahagian perut dan mencegah pengumpulan lemak berlebihan.
Nak Kurus? Jom Ikuti Cara Kempiskan Perut Dalam Masa 15 Hari 15
Cara Kempiskan Perut 6: Kawal Rasa Stress
Bila stress je mesti cepat laparkan? Hal ini disebabkan oleh hormon kortisol yang berlebihan dalam badan. Ketika kita stress, salah satu kesan adalah kembung perut, Oleh itu, kawal stress adalah penting untuk mengelakkan dari masalah perut buncit, pastikan anda mengurangi tahap stress dalam kehidupan sehari-hari dan anda juga perlu pastikan tidur yang cukup, melakukan aktiviti yang anda minat dan elakkan dari perkara yang boleh menyebabkan anda stress.
Nak Kurus? Jom Ikuti Cara Kempiskan Perut Dalam Masa 15 Hari 16
Cara Kempiskan Perut 7: Teknik kalori defisit
Mesti korang selalu dengar istilah ‘kalori defisit’? Ataupun ada yang pernah dengar tetapi tidak tahu apa maksudnya. Baik, admin akan jelaskan dalam cara yang paling mudah. Istilah kalori adalah unit ukuran tenaga, setiap makanan dan minuman yang kita makan mengandungi kalori dan kita sememangnya perlukan kalori untuk melakukan segala aktiviti. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |