Nak Kebumi Jenazah Pun Kena Waktu Pejabat


Wan Noor Hayati Wan Alias Foto hiasan

AMPANG JAYA – Agama Islam menyarankan umatnya menyempurnakan dan mengebumikan jenazah seawal mungkin sejurus disahkan meninggal dunia.

Ia bagi menghormati si mati dan keluarganya yang menerima ujian kehilangan ahli keluarga.

Malah dari sudut sainsnya, mayat akan mengeluarkan sejenis cecair daripada tubuhnya yang menyebabkan semakin lama ia akan meninggalkan bau kurang menyenangkan.

Bagaimanapun menerusi polisi baharu yang ditetapkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) setiap permohonan permit untuk mengkebumikan mayat selepas jam 5 petang perlu menunggu waktu pejabat iaitu antara jam 8 pagi hingga jam 5 petang keesokan harinya untuk dikebumikan.

Terdapat dua tapak pengkuburan Islam di bawah daerah ini iaitu Kampung Cheras Baru dan Ukay Perdana yang memerlukan permit gali kubur daripada MPAJ.

Tanah perkuburan di Taman Kosas dan Taman Bukit Teratai di wilayah ini sudah ditutup kerana penuh.

Ahli Majlis Tertinggi Kongres India Muslim Malaysia, Hajah Chand Bee Jemal Deen merangkap Ketua Wanita Madrasah Baqiathus Salihath Ampang berkata, pihaknya menerima aduan daripada ahli keluarga si mati yang mendakwa permit MPAJ untuk mengkebumikan jenazah mereka yang meninggal dunia pada jam 5 petang hanya dikeluarkan waktu pejabat.
Chand Bee Jemal DeenKatanya, berbeza polisi sebelum ini di mana permit boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja, ada sehingga jam 10 malam.

“Ada satu kes ini di mana pengadu mendakwa jenazah ibunya yang sudah siap dimandikan dan disembahyangkan tetapi tidak dibenarkan dikebumikan segera kerana permohonan permit di luar waktu pejabat.

“Ada kes lain keluarga si mati terpaksa mengeluarkan tambahan RM200 untuk mengupah penggali kubur untuk kebumikan jenazah selepas waktu 7 malam supaya urusan pengkebumian dapat disempurnakan.

“Kenapa perlu menyusahkan jenazah dan keluarga si mati, saya merayu agar MPAJ meneliti semula polisi baharu ini bagi memudahkan pengurusan jenazah dilakukan?,” katanya selepas menemui wakil MPAJ bagi membincangkan polisi baharu itu di pejabat MPAJ di sini.

Tinjauan wartawan terhadap beberapa negeri menunjukkan prosedur permit oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengkebumikan jenazah beragama Islam di Pulau Pinang adalah sehingga jam 9 malam dan di Negeri Sembilan sehingga jam 10 malam.

Bagaimanapun di Melaka, Johor dan Terengganu tidak perlu permit dari PBT dan masa pengkebumian adalah anjal mengikut kehendak ahli keluarga kerana pengurusan dilakukan oleh polis dan pihak hospital.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad memaklumkan waktu pengkebumian adalah pada waktu pejabat iaitu sehingga jam 5 petang tetapi kita lanjutkan sehingga selesai iaitu sehingga jam 7 petang.

“MPAJ tidak membenarkan pengkebumian pada waktu malam tetapi sekiranya ada kecemasan, pihak MPAJ akan mempertimbangkan permohonan berkenaan.

“Kecemasan bermaksud jenazah yang perlu dikebumikan segera atas nasihat dan surat daripada doktor atau polis.

“Jenazah individu yang meninggal dunia selepas jam 5 petang akan dikebumikan pada keesokan hari.
“Jenazah yang tidak dalam kategori kecemasan untuk kebumi kita nasihatkan kebumi pagi esoknya,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/nak-kebumi-jenazah-pun-kena-waktu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Nak Tidurlah Dia Tarik Rambut Panjat Belakang Kita Akal Baby Tak Nak Lelap

Waktu Nak Tidurlah Dia Tarik Rambut Panjat Belakang Kita Akal Baby Tak Nak Lelap

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 436 hits
Ibu ayah dah tersengguk sengguk mengantuk Anak pula tak menunjukkan sebarang tanda yang dia mahu tidur Mahu dibiarkan bahaya pula Mahu tak mahu terpaksa melayan karenah si manja sepanjang malam Esoknya rabak mata Kenapa anak sukar tidur mal...
Mengidam Macam Macam Waktu Pregnant Ibu Yang Nak Jangan Jual Nama Baby

Mengidam Macam Macam Waktu Pregnant Ibu Yang Nak Jangan Jual Nama Baby

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 467 hits
Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat Semasa mengandung bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan tetapi apa yang anda makan Artikel Menarik Secara umumnya wanita hamil memerlukan pena...
Bagaimana Nak Claim Rm30 Boost Sahaja

Bagaimana Nak Claim Rm30 Boost Sahaja

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 1168 hits
E Tunai sebanyak RM30 akan diberi kepada anda yang berusia 18 tahun keatas dan pendapatan tahunan kurang RM100K ke bawah Bagaimana nak claim 1 Download apps Boost https myboost app link 3jOutlNL222 Masukkan kod masa daftar ali95ui ali95ui3 ...
Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 582 hits
Adik jom mandi Kenapa kena mandi Sebab badan adik dah kotor seharian dah ke sana ke mari Macam mana badan boleh kotor mama terkadang tertekan mama melayan soalan soalan si kecil yang tidak berkesudahan Tak tahu apa yang patut anda respon ma...
Hahaha Pemimpin Islam Nak Tunjuk Hebat Kena Naik Mercedes Tapi Kerajaan Yang Beli

Hahaha Pemimpin Islam Nak Tunjuk Hebat Kena Naik Mercedes Tapi Kerajaan Yang Beli

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 624 hits
Sirah Rasulullah dan kehidupan salah seorang pembesar Islam itu kisah yang dipetik Timbalan Menteri Besar Kelantan semasa memberikan justifikasi terhadap pembelian kereta Mercedes Benz oleh kerajaan negeri baru baru ini Menurut Mohd Amar Ab...
Nak Tau Cara Dapatkan Br1m

Nak Tau Cara Dapatkan Br1m

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 476 hits
Assalamualaikum salam 1 Malaysia 3 Di pagi Jumaat yang mulia ini ingin aku kongsikan beberapa informasi terkini mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2 0 yang mana pendaftaran pemohonan BR1M 2 0 baru saja bermula pada 1 November 2012 Antara sy...
Pm Kita Bagi Duit Apa Kelantan Nak Buat Buatlah Kalau Tak Betul Rakyat Akan Hukum

Pm Kita Bagi Duit Apa Kelantan Nak Buat Buatlah Kalau Tak Betul Rakyat Akan Hukum

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 295 hits
Kerajaan tidak meletakkan sebarang syarat bagaimana kerajaan negeri harus mengagihkan peruntukan kewangan yang diberikan kepada mereka kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Justeru kata Dr Mahathir terpulang kepada kerajaan negeri un...
Nak Jadi Juruteknik Android Gunakan Forget Windows Use Linux

Nak Jadi Juruteknik Android Gunakan Forget Windows Use Linux

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 413 hits
Ada pelbagai distro di luar sana dengan berbagai ciri untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna Ada yang bercirikan dekstop penuh dan ada juga yang hanya sekadar dipasangkan pada pemacu USB F orget W indows U se L inux atau nama singka...
Tiada Saksi Atau Petunjuk Nak Kahwin Bulan Hadapan Wanita Maut Dalam Kemalangan Misteri

Tiada Saksi Atau Petunjuk Nak Kahwin Bulan Hadapan Wanita Maut Dalam Kemalangan Misteri

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 586 hits
Seorang penunggang motosikal wanita meninggal dunia selepas dia ditemui tidak sedarkan diri di jalan yang sunyi di Yishun Avenue 8 Fadhillah Muhammad Hussain 28 seorang jururawat didapati tidak jauh dari Honda CB150R hijau gelapnya Wanita i...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar

Resipi Snek Homemade Sihat Paling Digemari Anak Anak Ketika Cuti Sekolah

Ngatmombilung Sumelang Chord

Butterfly Ketika Cinta Memilih Untuk Terbang