Pm Kita Bagi Duit Apa Kelantan Nak Buat Buatlah Kalau Tak Betul Rakyat Akan Hukum


Kerajaan tidak meletakkan sebarang syarat bagaimana kerajaan negeri harus mengagihkan peruntukan kewangan yang diberikan kepada mereka, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Justeru kata Dr Mahathir, terpulang kepada kerajaan negeri untuk menggunakan peruntukan itu sebaiknya.

Loading… Menurut beliau sekiranya peruntukan yang diberikan tidak digunakan sebaiknya, rakyat mempunyai hak untuk menilai perkara itu.
“Kita bagi duit, kita tak bagi syarat. Apa yang dia nak buat dia buatlah. Kalau dia buat benda yang tak betul, rakyat akan hukum,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz untuk kegunaan Menteri Besar Kelantan seperti dilaporkan media.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini bagaimanapun dilaporkan berkata pembelian kenderaan itu telah diputuskan sejak 2018 dan tidak menggunakan peruntukan ´one-off´ sebanyak RM400 juta yang diberikan kerajaan Persekutuan, seperti didakwa pihak tertentu.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata Bersatu memberi sokongan seadanya bagi membantu calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang akan diadakan esok.
Jelasnya langkah itu selari dengan persetujuan kedua-dua parti sebelum ini bahawa Bersatu tidak akan bertanding di Sabah.
“Kita bantu macam biasa saja. Kita tak bagi duit kepada pengundi dan sebagainya. Itu bukan cara kita. Lagipun di situ Warisan yang bertanding.
“Warisan kedudukannya berbeza daripada parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH). Mereka bukan ahli dalam PH tetapi kita beri keistimewaan kepada mereka kerana kita telah bersetuju mereka akan bertanding di Sabah dan kita tak akan pergi ke sana,” katanya.
Mengenai perancangan beliau di Kementerian Pendidikan, Dr Mahathir yang dilantik sebagai pemangku Menteri Pendidikan berkata beliau telah mendengar penerangan daripada pihak kementerian semalam dan sedang meneliti segala maklumat itu.
“Saya agak keliru sedikit, terlalu banyak fakta diberikan kepada saya, jadi saya sedang kaji semuanya, tapi satu perkara yang saya dah putuskan adalah anda (pelajar sekolah) boleh pakai kasut berwarna coklat, kasut hitam, kasut kelabu, kasut putih, semua kasut pun boleh,” katanya secara berseloroh.
–Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/01/pm-kita-bagi-duit-apa-kelantan-nak-buat-buatlah-kalau-tak-betul-rakyat-akan-hukum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagi Duit Belanja Rm2 Bawa Balik Rm4 Rupanya Jual Belalang Nak Simpan Duit Dalam Tabung

Bagi Duit Belanja Rm2 Bawa Balik Rm4 Rupanya Jual Belalang Nak Simpan Duit Dalam Tabung

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 461 hits
Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya tak sangka apa yang diamalkan oleh ibu dan ayahnya yang sering menyimpan duit syiling dalam tabung menjadi ikutan Qaiser Rifqi Martin pelajar Tahun Satu di sebuah sekolah di Kota Kinabalu Tular ...
Ph Nak Tukar Pm Rakyat Nak Tukar K Jaan

Ph Nak Tukar Pm Rakyat Nak Tukar K Jaan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 393 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR TERDAHULU Rafizi mengatakan dia tidak berniat kembali aktif dalam politik selepas dibebaskan daripada hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation 15 November...
Rakyat Kelantan Terluka Kerajaan Negeri Beli Merc

Rakyat Kelantan Terluka Kerajaan Negeri Beli Merc

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 581 hits
TINDAKAN kerajaan Kelantan membeli 14 kereta Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi bukan saja melukakan perasaan rakyat Sebaliknya Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Datuk Husam Musa berkata ia menunjukkan sikap hipokrit pemimpin di negeri it...
Oh Macam Ini Nak Tahu Ornag Betul Betul Ikhlas Nak Berkawan Dengan Kita

Oh Macam Ini Nak Tahu Ornag Betul Betul Ikhlas Nak Berkawan Dengan Kita

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 327 hits
Pernahkah terlintas dalam minda sekiranya sahabat tersebut benar benar ikhlas atau dia berkawan dengan anda atas sebab tertentu Ada beberapa cara untuk anda tahu antaranya Individu yang ikhlas akan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa memil...
Video Terkini Ujian Poligraf Tiada Bukti Semua Tak Betul Nak Ujian Apa Anwar Ibrahim

Video Terkini Ujian Poligraf Tiada Bukti Semua Tak Betul Nak Ujian Apa Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 471 hits
Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media pada International Unity In Diversity Conference 2020 di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur
5 Tahun Makan Nasi Dengan Cili Kerana Nak Simpan Duit Rawat Adik Gadis Ini Meninggal Dunia Akibat Tak Cukup Zat

5 Tahun Makan Nasi Dengan Cili Kerana Nak Simpan Duit Rawat Adik Gadis Ini Meninggal Dunia Akibat Tak Cukup Zat

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 741 hits
Wu Huayan gadis 24 tahun yang pernah tular beberapa bulan lepas kini telah meninggal dunia pada 13 Januari yang lalu di sebuah hospital di Guizhou akibat komplikasi berkaitan dengan kekurangan zat makanan Hanya makan nasi bersama cili setia...
Cara Dapat Duit Percuma Etunai Rakyat 2020

Cara Dapat Duit Percuma Etunai Rakyat 2020

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 528 hits
Cara Dapat Duit Percuma eTunai Rakyat 2020 betul ke Ke ni Clickbait je nak kumpul traffic je Siapa je nak bagi duit percuma Hehe tak percaya sudah p Lebih Info akan
Ambo Nak Kelantan Maju Macam Singapura

Ambo Nak Kelantan Maju Macam Singapura

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 250 hits
BERITAEnggan tampak agresif sebaik selepas menjadi pengerusi protem DAP Kelantan Zaid Ibrahim memilih untuk memulakan tugasnya dengan mendekati keluarga rakan rakan dan penduduk di kampung kelahirannya Dalam sesi pertemuan dan ceramah santa...
E Tunai Rakyat Nak Tebus Guna E Wallet Mana

E Tunai Rakyat Nak Tebus Guna E Wallet Mana

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 783 hits
15 Januari 2020 adalah hari anda boleh tebus RM30 yang ditawarkan bawah program e Tunai Rakyat Tapi e Wallet mana yang anda rasa terbaik untuk terimanya Jom kita banding beza Jom jadi pengguna bijak dengan melihat video di bawah Penebusan a...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Masak Kicap Ikan Mackerel

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Sup Dumpling Gebu Homemade Jimat Penuh Satu Periuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat Video Call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal

Dhuha Itu Rahsiaku Rezeki Itu Hadiah Untukmu Doa Isteri Jadi Pintu Rezeki Suami

Tiada Haid Walaupun Sudah Ambil Ubat Turun Haid

Cerita Tahun Lepas Cuti Cuti Di Tiara Desaru

Android And Wear Os Are Getting A Big Refresh

Boleh Jadi Kecewa Hari Ini Adalah Jalan Pintas Tuhan Untuk Kau Temui Bahagia Yang Sebenar Nanti