Nak Kata Apa Lagi Jho Low Adalah Proksi Najib Kata Saksi 1mbd


 
Tindakan-tindakan Low Taek Jho, atau Jho Low, dalam 1MDB membuatkan dia dilihat seperti proksi bekas perdana menteri Najib Razak, menurut bekas penasihat undang-undang syarikat itu, Jasmine Loo Ai Swan.

Loo berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes rasuah 1MDB berjumlah RM2.27 bilion terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Loo yang dahulunya individu yang dekat dengan Jho Low memberi keterangan berhubung penglibatan ahli perniagaan itu dalam keputusan kewangan 1MDB.

“Low sentiasa gunakan pengaruhnya sebagai individu yang dekat dengan perdana menteri ketika itu, Najib.

“Kebanyakan tindakannya untuk membuatkan kami melihatnya sebagai proksi perdana menteri, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

“Kebanyakan perkara utama yang memerlukan lampu hijau daripada perdana menteri perlu dibincangkan dulu dengan Low, sebelum ia dibawa kepada Najib,” kata Loo.

Saksi pendakwaan ke-50 itu menyifatkan gaya pengurusan 1MDB sebagai “pendekatan atas ke bawah”, dengan anggota pengurusan perlu mendapatkan tanda tangan Najib untuk dokumen berkenaan pelaburan dan kewangan.

Loo berpandangan ia ekoran Perkara 117 Memorandum dan Artikel Pertubuhan 1MDB, yang menyatakan persetujuan Najib diperlukan untuk projek penting dan utama yang memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Ini kerana Najib juga merupakan menteri kewangan pada masa itu, serta mengetuai Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang merupakan pemilik penuh 1MDB, katanya.

Katanya lagi, dia selaku penasihat undang-undang pada masa itu akan menyediakan Special Rights Redeemable Preference (SSRP) secara bertulis, dan dokumen itu akan diserahkan kepada Jho Low untuk mendapatkan tanda tangan Najib.

Bagaimanapun dia mengakui tidak tahu bagaimana Jho Low mendapatkan tanda tangan bekas perdana menteri itu.

Loo juga memberitahu yang bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi (gambar) menawarkannya untuk menyertai 1MDB sebagai penasihat undang-undang pada Mei 2011, meninggalkan kerjanya di UBG Group yang bergaji RM45,000 sebulan.

Dia berkata Jho Low, yang juga menjadi pengarah UBG Group, berkata yang dia tidak menghalang jika dia ingin menyertai 1MDB. 

Loo bekerja dengan UBG Group seja 1 Januari 2009 hingga April 2011.

Menurut keterangannya, dia pernah bekerja sebagai sekutu di firma guaman Zain & Co pada 2004 hingga 2008, sebelum dibawa Jho Low untuk menyertai UBG Group.

Perbicaraan di depan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.27 bilion dana 1MDB.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/nak-kata-apa-lagi-jho-low-adalah-proksi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Lantik Kp Sprm Baharu Untuk Henti Siasatan Src 1mdb Kata Saksi

Najib Lantik Kp Sprm Baharu Untuk Henti Siasatan Src 1mdb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 202 hits
V AnbalaganSaksi kata Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai ketua pesuruhjaya badan antirasuah pada Julai 2016 menggantikan Abu Kassim Mohamed KUALA LUMPUR Seorang saksi bagi pihak pendakwaan beritahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib Razak lantik ke...
Loo Gave 1mdb Documents To Jho Low At Door Of Najib S House Court Hears

Loo Gave 1mdb Documents To Jho Low At Door Of Najib S House Court Hears

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 255 hits
1MDB TRIAL Jasmine Loo has testified that she handed 1MDB documents to fugitive businessperson Low Taek Jho outside the door of former premier Najib Abdul Razak s house between 2012 and 2013 the Kuala Lumpur High Court heard The former 1MDB...
Only Jho Low Could Meet Najib Says Ex 1mdb Legal Officer Jasmine Loo

Only Jho Low Could Meet Najib Says Ex 1mdb Legal Officer Jasmine Loo

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 215 hits
The former 1MDB general counsel says fugitive financier Low Taek Jho instructed her to wait at the gate of Najib Razak s private residence on every occasion The High Court heard today that former 1MDB general counsel Jasmine Loo never enter...
Tembelang Pecah Lagi Jho Low Dalang Di Sebalik Surat Derma Raja Arab Dedah Saksi 1mdb

Tembelang Pecah Lagi Jho Low Dalang Di Sebalik Surat Derma Raja Arab Dedah Saksi 1mdb

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 198 hits
Bekas penasihat undang undang 1MDB Jasmine Loo Ai Swan mendakwa Jho Low adalah individu di sebalik surat yang dikaitkan dengan dakwaan janji sumbangan dari kerabat diraja Arab Saudi kepada bekas perdana menteri Najib Razak Loo yang merupaka...
Jho Low Behind Arab Donation Letter To Najib Loo Tells Court

Jho Low Behind Arab Donation Letter To Najib Loo Tells Court

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 236 hits
1MDB TRIAL A former member of Low Taek Jho s inner circle claimed that the fugitive businessperson was behind the Arab letter linked to the purported promise of a royal donation to then prime minister Najib Abdul Razak 1MDB s former general...
Nak Sindir Anwar Tapi Najib Tak Lepas Pun

Nak Sindir Anwar Tapi Najib Tak Lepas Pun

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 319 hits
Dia menyindir DS Anwar sebab Najib dapat diskaun hukuman Tapi apa yang dia nak sindiran tu Najib tak lepas pun Masih kekal di penjara Yang lebih seronok ketika DS Anwar memerintah kita dapat lihat makhluk kebal disiat kulitnya Pernah ada se...
Witness Jho Low Threatened Me With Living Hell If I Returned To Malaysia

Witness Jho Low Threatened Me With Living Hell If I Returned To Malaysia

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 343 hits
1MDB TRIAL Jasmine Loo testified that fugitive businessperson Low Taek Jho threatened to make her life a living hell if she left Bangkok Thailand and returned to Malaysia The former 1MDB general counsel told the Kuala Lumpur High Court that...
Anwar Tak Pernah Janji Nak Bebaskan Najib

Anwar Tak Pernah Janji Nak Bebaskan Najib

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 198 hits
Anwar tak pernah janji nak bebaskan Najib https youtu be Deiph0Mi4rw
Mengeteh Atau Mengopi Untuk Bina Jaringan Adalah Aktiviti Wajib Kalau Nak Jadi Usahawan

Mengeteh Atau Mengopi Untuk Bina Jaringan Adalah Aktiviti Wajib Kalau Nak Jadi Usahawan

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 260 hits
Saya pernah tinggal di Perancis selama lebih kurang 5 tahun Banyak pengalaman menarik saya dapat sepanjang berada di sana Dapat belajar bahasa dan cakap perancis dari bahasa dapat faham budaya orang Perancis Dapat juga merasa bagaimana suas...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri