Nak Import Telur Mat Sabu Patut Baca Apa Boss Mydin Kata Ni



Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah memaklumkan, Mohamad Sabu akan mengumumkan harga telur baharu yang lebih rendah pada hari Selasa lalu.
Bagaimanapun kelmarin Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan hanya menyatakan mengenai langkah mengimport telur daripada beberapa negara sudah dikenal pasti dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah.
Katanya, itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.
Jelasnya, tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara tidak terputus dan bukannya untuk menekan pengusaha industri tempatan.
Mohamad langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu.
Kenapa Mohamad Sabu langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu?..
Mungkin kerana dia tak mahu Pengusaha-pengusaha Telur ayam gulung tikar kot..
IPOH – Pengusaha-pengusaha ayam telur di negeri ini berharap agar kerajaan tidak menurun­kan harga jualan hasil ternakan itu kerana ia bakal menjejaskan sumber pendapatan mereka.
Menurut seorang pengusaha ayam telur dikenali sebagai Goh, ramai dalam kalangan mereka bakal gulung tikar jika kerajaan memutuskan untuk menurun­kan harga telur ayam.
Menurutnya, harga telur yang tinggi direkodkan ketika ini ­adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan tersebut, namun mereka percaya ia akan turun apabila masalah itu diatasi satu hari nanti.
Laporan penuh sila baca di SINI
Tetapi adakah wajar Telur diimport sedangkan negara kita mengeksport telur?
Baca ni..
Kuala Lumpur: Mengimport bekalan telur ayam dari negara luar bukan penyelesaian terbaik kepada masalah kekurangan sumber protein itu.
Pengarah Urusan Rangkaian Pasaraya Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, tindakan membawa masuk telur dari negara luar itu disifatkan sebagai tidak masuk akal memandangkan Malaysia adalah pengeksport bersih makanan itu.
Katanya, sekiranya bekalan tidak mencukupi sepatutnya Malaysia menghentikan mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong.
"Jika pihak berkuasa mengatakan kita mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik, mana (telurnya)? Peruncit tidak mempunyai bekalan mencukupi," katanya yang dipetik FMT Bussines.
Ameer berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu bahawa kerajaan bersetuju mengimport telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.
Dalam pada itu, Ameer berkata, sekiranya kerajaan memutuskan untuk meneruskan rancangan itu, pihak berkenaan perlu menjelaskan sama ada mana-mana syarikat boleh mengimport telur atau peruncit perlu melalui syarikat yang dilantik.
"Kerajaan juga harus menyediakan senarai negara sumber telur dan senarai pengeluar yang diluluskan dari negara berkenaan. Namun sukar untuk melihat bagaimana langkah mengimport telur ini dapat menyelesaikan masalah.
"Telur mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu 21 hari dan tidak boleh dibekukan. Jadi dari aspek logistik, anda perlu mengimportnya dari negara di rantau ini.
"Harga telur paling rendah adalah di Malaysia. Sedozen telur Gred C berharga RM4.92, tetapi di Thailand, ia bersamaan dengan RM7.42, Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan Vietnam (RM5.78).
"Saya tidak nampak bagaimana telur yang diimport mampu dimiliki rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata, satu-satunya jenis telur yang terdapat di pasaran dalam kuantiti yang mencukupi ialah telur yang tidak tertakluk kepada kawalan harga, seperti Omega 3 yang boleh mencapai harga 75 sen sebiji.
Dakwanya, kebanyakan perniagaan terpaksa membeli telur jenis itu dan ia menyebabkan harga lebih tinggi di kedai roti dan restoran.
"Perkara paling mudah dilaksanakan adalah kerajaan menarik balik kawalan harga. Walaupun pengeluar menaikkan harga telur sebanyak 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen bagi setiap telur Omega 3," katanya ~ MyMetro
Tak masuk akal kalau nak import telur tu kata Towkay Mydin..
Sepatutnya sebelum sebarang tindakan diambil rujuklah dulu pihak yang arif.. jangan dok dengar sangat idea orang yang ada kat keliling tu Abang Mat oii..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/12/nak-import-telur-mat-sabu-patut-baca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bos Mydin Jawab Idea Import Telur Dicadang Mat Sabu Tak Masuk Akal

Bos Mydin Jawab Idea Import Telur Dicadang Mat Sabu Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 177 hits
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akalSeluruh negara mengalami kekurangan bekalan telur sejak kebelakangan ini Gambar hiasanCadangan yang dikemukakan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan telur dengan me...
Nak Import Telur Can I Advise You Something Abang Mat

Nak Import Telur Can I Advise You Something Abang Mat

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 236 hits
Sebenarnya kalau Abang Mat buat sikit homework pasti dia tak akan keluarkan kenyataan untuk mengimport telur dari luar negara bagi mengatasi masalah kekurangan telur dalam negara kita Ini kerana pada 25 Oktober yang lalu Pasukan Khas Jihad ...
Pengguna Kata Barang Pasar Raya Lain Lebih Murah Dari Mydin Boss Mydin Minta Share Resit Pembelian

Pengguna Kata Barang Pasar Raya Lain Lebih Murah Dari Mydin Boss Mydin Minta Share Resit Pembelian

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 181 hits
Kenaikan harga barang yang seperti tiada kesudahan amat meresahkan para pengguna Aapatah lagi bagi mereka yang menetap di kawasan bandar yang kos sara hidupnya tinggi Situasi ini bukan sahaja memberi kesan kepada golongan pengguna malah pen...
Mat Sabu Hopes For Further Strengthening Of Ringgit Lower Food Import Cost

Mat Sabu Hopes For Further Strengthening Of Ringgit Lower Food Import Cost

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 170 hits
Amanah president Mohamad Sabu has expressed hope that the ringgit will continue strengthening thus reducing the cost of food imports The change of government and the appointment of Prime Minister saw a sharp increase in our currency and we ...
Harga Telur Baharu Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Mat Sabu

Harga Telur Baharu Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Mat Sabu

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 296 hits
Ramai yang tertunggu tunggu harga baru telur ayam yang dikhabarkan akan diumumkan oleh Menteri Pertanian Kerajaan Perpaduan Mohamad Sabu Dalam sebuah kenyataan media terkini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bek...
Harga Telur Anwar Berjanji Mat Sabu Mungkiri Kenapa

Harga Telur Anwar Berjanji Mat Sabu Mungkiri Kenapa

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM Harga telur ayam terus menjadi tanda tanya apabila Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu masih mengunci mulut meskipun perkara itu telah dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin Anwar s...
Mat Sabu Jaga Telur

Mat Sabu Jaga Telur

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 200 hits
Sumber luar dikenal pasti untuk tampung bekalan telur Mat SabuNailah HudaDisember 6 2022 16 10 MYTADAKAH SETAKAT ITU SAHAJA IDEA MAT SABUKemungkinan untuk mendapatkan menteri yang hebat juga negara terpaksa import dari luar negara Mat Sabu ...
Sekat Pengaruh Ekstremis Agama Kempen Kebencian Mat Sabu

Sekat Pengaruh Ekstremis Agama Kempen Kebencian Mat Sabu

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 165 hits
Rakyat Malaysia diseru menghindari pengaruh ekstremis agama dan kempen kebencian yang terus bersemarak meski pun selepas selesai Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu Malaysia tidak boleh dihancurkan oleh ideo...
No Talks Within Ph On Cabinet Posts Says Mat Sabu

No Talks Within Ph On Cabinet Posts Says Mat Sabu

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 140 hits
Mohamad Sabu said he will leave it up to the prime minister to decide on the Cabinet composition PETALING JAYA Prime Minister Anwar Ibrahim has yet to discuss the formation of his Cabinet with Pakatan Harapan component parties according to ...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


How To Survive Thanksgiving Travel

Mb Kami Sempoi Tak Paham Buka Google Translate

Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan