Nak Ikut Ph Kena Ikut Reform Bersama Ph Tak Yah Pusing Pusing
ZUBAIDI SUDIN
Historically speaking, yang pertama tabur cerita siapa yang sokong Anwar nanti Anwar drop case ini bermula dari Mutfi Serba tahu. Lepas itu dia siap tajassus yang Anwar rakus nak jadi PM padahal:
1) Kalau Anwar rakus dan gila nak jadi PM, masa shereton itu boleh aje dia terima pelawaan dari UMNO untuk bekerjasama. Ingat antara undian dia dan Mahathir, dia dapat 107, tapi Mahathir hanya kurang dari 60. Kini yang rakus macam Muhiydin itu yang Mopti Serba tahu restu.
2) Drop case ini adalah satu fitnah yang jahat. Anwar terang-terang kata siapa yang hendak bersama dengan PH kena ikut agenda reform, not the other way around. Just because your mentor suka salah guna kuasa ( kes Tun Salleh Abas) misalnya, bukan bererti semua orang akan ikut benda yang sama.
3) Sedangkan PM yang lemah macam Muhyidin pun tak drop kes Zahid, takkan Anwar nak buat suicidal move, especially PRU15 is just around the corner? Of course Muhyidin ada drop kes lain macam kes Musa Aman etc; ini yang Mahathir selalu practise. Tak caya, kenapa kes 90 juta lebai senyap, kenapa kes ahli politik sandakan kabur? Ini bukan sangkaan, ini adalah bukti.
4) Ingat dalam PH ramai pemimpin yang berprinsip macam Mat Sabu, LGE, yang biasa keluar masuk penjara sebab pertahankan prinsip. What makes you think that PH leader akan succumb pada UMNO kalau UMNO sokong mereka? That is a very low standard to begin with. Lepas tu kena ingat yang penyokong PH bukan walaun, kami semua adalah golongan yang berfikir, yang profesional. Siapa salah kami balun regardless dia leader ke tidak sebab itu Islam ajar.
5) Yang di katakan between 2 lesser evil itu dalam islam di namakan Fiqh al awlawiyyat. Apa yang awak sebut itu semua telah di sebut oleh Mutfi Utara. Dan lihat bagaimana Allah SWT membalikkan sangkaan buruk dia secara terangan? Dia siap hilang tsiqah (kredibility) sampai sudah jadi badut agama. Key dia jangan bersangka buruk.
6) Nak guna Fiqh Al-Awlawiyyat kena ada methode yang betul. Macam contoh saya yang lepas, sebut tak ada benda nak makan padahal ikan ada depan mata, tapi awak buat fiqh Awlawiyyat nak choose between bacon dan daging biawak. Itu cara salah untuk guna kaedah Fiqh Al-Awlawiyyat. Dan Fiqh Al-Awlawiyyat ini kena buat jika ada darurat, kalau tak darurat kena guna hukum fiqh biasa.
7) Cerita pasal Daurat, yang terdesak sekarang bukan Anwar tapi Zahid. Kenapa nak kata kalau Zahid sokong Anwar, kes dia akan dibuang? Sebab that is what your mentor would do right? . Jadi tak boleh samakan semua politican guna hasty generalization fallacy.
8 ) Again the unity government idea. The main reason kenapa nak unity government is because that is the only way Mahathir boleh berkuasa. Kalau Mahathir adalah ketua pembangkang yang ada 89 support behind, you will not throw that idea out. Sebab dia tahu yang dia tak ada sokongan, sebab itu kena stick dengan idea extreme macam Mageran etc. Tapi mageran kena ada PM dalam jawatankuasa itu. Lagi pun kita ikut Westminster, dalam Westminster 2nd largest block boleh sahaja di lantik jadi PM interm dan tugas PM interm itu adalah untuk dapat sokongan majoriti. Tak payah nak throw out idea yang pelik2 dan senjang macam unity government atau Mageran.
9) Have a litte faith, dalam Islam kena bersangka baik, macam mana majoriti penyokong PH bersangka baik dengan Mahathir waktu awal PRU14 termasuklah saya. Tapi bila dia sendiri jadi enabler kerajaan PN ini dengan bukti demi bukti, tabyyun itu telah berakhir. Sebab orang beriman takkan di patuk dalam lubang yang sama dua kali.
10) Saya tak suka bercerita steps ke dua sedangkan step pertama belum lagi jadi. Step pertama ialah Muhyidin (bukan nama sebenar) kena jatuh dulu. Siapa yang nak tolong kita jatuhkan Muhyidin (bukan nama sebenar) kita kena sokong tak kisah lah dari UMNO atau dari Mahathir ( that is his mess to begin with) kita kena sokong. Baca kisah kerjasama Nabi dengan Yahudi Bani Qainuqa sebelum mereka khianat Nabi.
11) Kalau dah jatuh, baru kita cerita balik siapa yang layak jadi PM. Ikut sistem westminister, opposition leader boleh di angkat sebagai PM Interim; tak payah nak reinvent the wheel nak unity atau Mageran. Pastu kalau PM interim tadi tak cukup sokongan barulah boleh dia ajak sesiapa sahaja untuk bersama dalam kerajaan dia, itu yang di namakan unity goverment. Dan Anwar dah acap kali kata, siapa yang hendak sokong, kena ikut agenda reform dan Islah. bukan sebaliknya.
WAllahualam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/07/nak-ikut-ph-kena-ikut-reform-bersama-ph.html