Nak Guna Pil Perancang Jangan Sesuka Hati Perlu Rujuk Doktor Ahli Farmasi Terlebih Dahulu



Merancang keluarga merupakan perkara yang penting untuk meningkatkan kualiti hidup berkeluarga dan memastikan keluarga bebas daripada tekanan. Perancangan keluarga yang baik boleh membantu wanita untuk menjarakkan kehamilan bagi memastikan kesihatan ibu berada pada tahap optimum sebelum kehamilan seterusnya. 
Nak Guna Pil Perancang, Jangan Sesuka Hati. Perlu rujuk Doktor , ahli farmasi terlebih dahulu
Pil pencegah hamil merupakan salah satu kaedah pencegahan kehamilan yang kerap digunakan oleh kaum wanita. Kini, terdapat pelbagai jenis pil pencegah hamil yang berdaftar di Malaysia dalam pasaran. 
Seseorang wanita yang ingin mengambil pil pencegah hamil dinasihati untuk berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memulakannya supaya kesesuaian dapat dikenal pasti dan nasihat yang tepat dapat diberikan. Kesesuaian pengambilan pil pencegah hamil ini adalah berbeza bergantung kepada keadaan kesihatan wanita. Wanita yang mempunyai masalah kesihatan atau sedang mengambil ubat-ubatan tertentu mungkin kurang sesuai untuk mengambil pil pencegah hamil. 
Pil pencegah hamil mengandungi hormon yang boleh menghalang pengeluaran telur semasa ovulasi. Hormon ini juga boleh menyebabkan perubahan pada mukus serviks dan ini seterusnya membentuk halangan fizikal untuk mengelakkan pergerakan sperma ke dalam rahim. 
Terdapat dua kumpulan pil pencegah hamil yang utama, iaitu pil pencegah hamil berhormon tunggal (kumpulan progesteron sahaja) dan pil kombinasi (kumpulan estrogen dan progesteron). Ada pelbagai jenama pil pencegah hamil yang mengandungi komposisi, dos hormon estrogen dan progestogen, bilangan pil dalam pek serta arahan pengambilan yang berbeza dalam pasaran. 
Pil berhormon tunggal yang mengandungi progesteron sahaja lazimnya digunakan oleh wanita yang sedang menyusukan anak kerana pil ini biasanya tidak mengurangkan penghasilan susu badan. Walau bagaimanapun, pil ini mungkin menyebabkan kesan sampingan seperti gangguan haid dan sakit kepala. 
Pil kombinasi kedua-dua hormon kumpulan estrogen dan progesteron lebih kerap digunakan dalam pencegahan kehamilan.  Pil kombinasi estrogen dan progesteron perlu diambil seperti diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah loya, muntah, sakit kepala, perubahan berat badan dan sebagainya. 
Seseorang wanita juga dinasihati untuk membaca sisip bungkusan pil tersebut dengan teliti dan fahami cara pengambilan pil serta arahan spesifik yang perlu dilakukan sekiranya terlupa mengambil pil. Arahan tindakan yang perlu diambil sekiranya tertinggal dos adalah berbeza bergantung kepada jumlah dos atau pil yang tertinggal dan juga jenama pil tersebut. 
Sila rujuk kepada ahli farmasi atau sisip bungkusan pil perancang untuk mengetahui arahan berkaitan dos yang tertinggal. Langkah pencegahan kehamilan alternatif atau tambahan lain seperti penggunaan kondom mungkin disarankan bagi mencegah kehamilan. Risiko untuk hamil adalah tinggi sekiranya seseorang wanita itu kerap tertinggal mengambil pil pencegah hamil

Bagi memastikan keberkesanan pil pencegah hamil ini, adalah dinasihatkan supaya pil ini diambil pada masa yang sama setiap hari seperti diarahkan. Seseorang wanita boleh hamil sekiranya gagal mematuhi cara pengambilan pil pencegah hamil. Bagi mengelakkan daripada terlupa mengambil pil, pelbagai kaedah boleh digunakan, antaranya adalah:  
• Pilih masa yang sesuai untuk mengambil pil setiap hari. Contohnya ambil pil sebelum tidur. 
• Menggunakan penggera dalam aplikasi yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar

• Guna kalendar. Tandakan pada kalendar selepas ambil pil dan tanda hari untuk mulakan pek baru. 
• Periksa pek pil setiap pagi untuk memastikan anda betul-betul telah mengambil pil hormon tersebut semalam. Sebagai maklumat tambahan, pil pencegah hamil tidak melindungi seseorang individu daripada penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks seperti jangkitan HIV. 
Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi berkaitan cara pengambilan pil pencegah hamil yang betul


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2020/02/nak-guna-pil-perancang-jangan-sesuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesian Tengok Anak Sembelit Doktor Saran Cara Ini Kalau Nak Elak Guna Ubat

Kesian Tengok Anak Sembelit Doktor Saran Cara Ini Kalau Nak Elak Guna Ubat

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 415 hits
Ada sesetengah kanak kanak memang ada masalah tiap kali nak buang air besar Kadang sampai menangis nangis meneran nak membuang Tapi sudahnya gagal juga nak membuang Kesian tengok si kecil yang ada masalah sebegini Dalam perkongsian yang dib...
Quot Buat Fendy Yang Pernah Menjadi Suamiku Suatu Masa Dahulu Quot Dah 2 Tahun Cerai Ini Luahan Hati Nadira Sayunya

Quot Buat Fendy Yang Pernah Menjadi Suamiku Suatu Masa Dahulu Quot Dah 2 Tahun Cerai Ini Luahan Hati Nadira Sayunya

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 471 hits
Vokalis wanita kumpulan Caliph Buskers Nurnadira Rubiana mengesahkan dia sudah bercerai dengan pemain drum kumpulan terbabit Fendy Adlun semenjak dua tahun lalu Nadira berkongsi perkhabaran pahit terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru...
Dari Ahli Farmasi Jadi Jurujual Wanita Ini Berjaya Buat Jualan Hampir 100 Unit Trak Ini Rahsianya

Dari Ahli Farmasi Jadi Jurujual Wanita Ini Berjaya Buat Jualan Hampir 100 Unit Trak Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 259 hits
Bila sebut tentang berjaya tiada siapa di dunia ini tidak mahukan kejayaan Malah jika ditanya pada si anak kecil pun mereka sudah ada cita cita yang mereka impikan bila sudah dewasa nanti Namun untuk mencapai sebuah kejayaan bukanlah sesuat...
Jangan Fikir Nak Gah Ceo Muda Ini Kongsi Tips Mula Meniaga Dengan Modal Bawah Rm5k

Jangan Fikir Nak Gah Ceo Muda Ini Kongsi Tips Mula Meniaga Dengan Modal Bawah Rm5k

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 530 hits
Siapa yang baru nak mula berniaga tu boleh take note ya small Cover image via Twitter magmalaya small Semakin ramai yang menceburi dunia perniagaan kini Ada yang lakukannya sekadar untuk suka suka dan i i mencari i side income i namun begit...
Nak Tau Petua Senang Hati

Nak Tau Petua Senang Hati

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 522 hits
Nak tau petua SENANG HATI Cikla agak semua orang dambakan hati yang tenang fikir tak berserabut setiap hari penuh dengan peeistiwa yang best best Nak senang hati mudah je Jom amalkan 5 latihan ini Nak tau petua senang hati Kredit gambar Goo...
Cuba Guna Face Primer Kalau Nak Mekap Tahan Lama Nampak Flawless

Cuba Guna Face Primer Kalau Nak Mekap Tahan Lama Nampak Flawless

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 560 hits
Korang tahu tak pasal penggunaan primer yang dikatakan mampu membuatkan hasil mekap nampak lebih flawless Actually sis baru jugaklah tahu tentang kepentingan primer ini Bila dah tahu nie kalau pakai mekap sure nak calit calit juga primer ka...
Lokman Dipecat Jangan Harap Nak Plaster Mulut Saya Kata Puad

Lokman Dipecat Jangan Harap Nak Plaster Mulut Saya Kata Puad

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 301 hits
MALAYSIAKINI Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi terus mempersoalkan tindakan disiplin terhadap Lokman Adam dan membandingkannya dengan bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein Lokman yang sebelum ini merupakan ahli Majlis Te...
Mengidam Macam Macam Waktu Pregnant Ibu Yang Nak Jangan Jual Nama Baby

Mengidam Macam Macam Waktu Pregnant Ibu Yang Nak Jangan Jual Nama Baby

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 395 hits
Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat Semasa mengandung bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan tetapi apa yang anda makan Artikel Menarik Secara umumnya wanita hamil memerlukan pena...
5g Sampai Kereta Boleh Terbang Jangan Nak Mengarut La

5g Sampai Kereta Boleh Terbang Jangan Nak Mengarut La

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 448 hits
Berikutan kes Huawei baru baru ni muncul la pelbagai tanggapan kenapa ini boleh berlaku Ada yang salahkan Apple yang perlukan pertolongan kerajaan US untuk menyekat kemaraan Huawei dari segi jualan ada juga yang katanya disebabkan 5G race d...
Carsome Unveils Official Fam Fleet

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maximize Your Space Converting Your Garage Into A Work Storage Hub

Why Western Australia S North West Should Be Your Next Travel Destination

Rina Pusza Feat Hendra Didan Persidangan Arafah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahlil Misteri Di Surau Rnr

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Gugurkan Janin Berusia 5 Bulan Demi Kekasih Wanita Dipenjara 9 Bulan

Fattah Amin Kecewa Filem Lakonannya Kulit Wayang Tak Dapat Sambutan Segala Penat Lelah Komitmen Diberikan

Aset Rm2 Bilion Dibeku Srpm Dapat Maklumat Tentang Harta Amp Aset Milik Allahyarham Tun Daim Di Switzerland Amp Uk

Impose Retirement Age On Politicians Too