Dari Ahli Farmasi Jadi Jurujual Wanita Ini Berjaya Buat Jualan Hampir 100 Unit Trak Ini Rahsianya
Bila sebut tentang berjaya, tiada siapa di dunia ini tidak mahukan kejayaan. Malah, jika ditanya pada si anak kecil pun mereka sudah ada cita-cita yang mereka impikan bila sudah dewasa nanti. Namun, untuk mencapai sebuah kejayaan, bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai halangan dan dugaan perlu ditempuhi sebelum kejayaan menanti di hadapan untuk dicapai.
Itulah yang berlaku kepada bekas Ahli Farmasi ini yang bernama Tiffany. Beliau seorang wanita yang tabah dan kuat mengharungi dugaan sebelum menjadi jurujual kereta No.1 di Malaysia. Kerjayanya sebagai jurujual tidaklah begitu baik pada awalnya, kerana dia tak mampu menarik minat pelanggan untuk membeli kereta dengannya.
Beliau hanya mampu menjual 2-3 buah kereta sahaja dalam masa sebulan dan lebih teruk lagi ada bulan yang dia tidak berjaya menjual sebuah kereta langsung. Niat Tiffany menjadi jurual sangat baik, kerana dia mahu membahagiakan keluarganya. Dengan beberapa tekanan hidup dan masalah peribadi menjadikan Tiffany kurang berjaya untuk menjadi jurujual yang berjaya.
Demi kebahagiaan keluarganya juga, dia sanggup berhenti sebagai Ahli Farmasi dan memilih jurujual sebagai kerjaya baharunya. Tiffany cekal dan tabah untuk membuktikan beliau mampu menjadi jurual yang berjaya satu hari nanti. Tetapi, setelah beliau mengambil keputusan untuk mendapat bimbingan dalam bidang jualan dan pemasaran daripada Najib Asaddok melalui Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) bagaikan mengubah hidupnya sebagai jurujual 360 darjah.
Ayat Najib Asaddok yang membuatkan beliau tersentak dan berfikir adalah, “Ramai salesman kereta ni pemalas, tak buat marketing. Hanya tunggu je di showroom. Korang patut buat online marketing dengan bagus untuk Tarik lebih ramai pelanggan hanya dengan media social.”
Sejak dari Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) dari Najib Asaddok, Tiffany bertekad untuk memberi 100% kesungguhan dan mahu mengubah nasib hidupnya dan keluarga. Dia mula memperkasakan pemasaran onlinenya dan membetulkan kesilapan pada copywriting di page nya serta membuat Live di Facebook bagi menarik lebih ramai pelanggan membeli kereta dengannya.
Hanya 3 bulan sahaja menyertai kelas Najib Asaddok, Sedar tak sedar, Tiffany berjaya menjadi jurujual ranking no.1 di Borneo dan no.3 di seluruh Malaysia untuk syarikat Isuzu Malaysia dengan menggunakan Formula Online Rocket Marketing. Sales beliau meningkat dari bulan ke bulan. Dari 10-15 unit kenderaan terjual, kini Tiffany mampu menjual hampir 100 unit bersamaan RM10 juta jualan menjadikan Tiffany jurujual No.1 Isuzu Malaysia.
Masalah peribadinya dengan keluarga turut pulih dan Tiffany berjaya keluar dari kepompong kesusahan selepas bertungkus-lumus dan tidak putus asa meneruskan kerjayanya sebagai jurujual. Tambahan pula, dia membuat keputusan tepat memilih Kelas RPM dari Najib Asaddok untuk menuntut ilmu pemasaran.
Menurut Najib Asaddok, apa yang menyebabkan Tiffany Jerry mampu keluar dari kesusahan yang dia alami ketika itu adalah disebabkan dia bertindak segera dengan ilmu dan strategi yang tepat. Ramai orang boleh buat macam-macam tindakan dan strategi, tapi jika tindakan dan strategi itu tidak tepat, tetap juga tak dapat apa-apa hasil. Usahawan hari ini sebenarnya kena rasa bahawa mereka sudah tidak ada masa yang cukup untuk melengahkan kejayaan atau mendapat result sales yang cepat. Usahawan dah tak boleh beri alasan nak tangguhkan lagi tindakan kita sebab dibelakang kita, kita ada isteri / suami, ada anak-anak, ada mak ayah yang sedang mengharapkan kita dapat capai apa yang mereka impikan.
Kalau Tiffany mampu, kenapa tidak anda? Jika anda mengalami masalah dalam jualan dan pemasaran yang tidak berkesan atau anda mahu menuntut ilmu bagaimana meningkatkan keuntungan perniagaan anda berlipat kali ganda, Kelas Roket Pemasaran Momentum dari Najib Asaddok adalah jawapan paling tepat. Mungkin hari ini jualan anda RM10,000 sebulan tapi siapa tahu bahawa anda mampu untuk menjana lebih RM100,000 sebulan malah RM1 juta sebulan. Semua atas keputusan anda dan kemahuan anda untuk mengubah perniagaan anda dari untung kecil ke untung yang lebih besar.
View this post on Instagram
A post shared by Najib Asaddok (@najibasaddok) on Jan 29, 2020 at 10:12pm PST
Kelas Roket Pemasaran Momentum akan diadakan di Johor Bahru pada 22 Februari 2020 dan Shah Alam pada 29 Februari 2020. Ketahui bagaimana mahu menarik pelanggan berminat dengan produk atau servis anda dan jana keuntungan lebih dari apa yang anda dapat hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila ke:
Website Nak Tarik Pelanggan www.naktarikpelanggan.com
Emel:
[email protected]
Hotline: 07-7717296 @ wasap.my/60108048800
Facebook Najib Asaddok
Instagram Najib Asaddok
The post Dari Ahli Farmasi Jadi Jurujual, Wanita Ini Berjaya Buat Jualan Hampir 100 Unit Trak, Ini Rahsianya appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/02/04/dari-ahli-farmasi-jadi-jurujual-wanita-ini-berjaya-buat-jualan-hampir-100-unit-trak-ini-rahsianya/