Nak Gst Sekali Lagi Tak


 
Saya tak pandai pasal ekonomi, kewangan, perbankan, juga soal cukai. Tetapi saya tahu cukai perlu dikutip pemerintah untuk membangunkan negara. Ertinya cukai untuk kebaikan. Namun saya tetap tak suka cukai walau apa pun jenisnya. Saya tak suka sesuatu yang saya kena bayar dan cukai adalah antara yang saya kena bayar.
Selain cukai pendapatan yang lazim dipanggil ‘income tax’, yang saya tak suka ialah cukai barang dan perkhidmatan. Goods and services tax. Kalau saya sebut GST pasti semua akan ingat serta-merta. Ramai yang seperti saya tidak gemar malah benci GST. Bagi kami si pembenci GST cukai itu menyusahkan dan membebankan
Lalu GST adalah antara sebab BN tumbang pada 2018. Satu lagi sebab utama ialah skandal 1MDB. Betul tak?
GST berkuat kuasa mulai 1 April 2015 dan menurut Wikipedia penguatkuasaannya bertujuan ‘mentransformasikan sistem percukaian negara dan merangsang ekonomi yang semakin membangun untuk mencapai status negara maju’.
Bagaimanapun, bagi marhaen dengan adanya GST banyak barangan dibeli dan perkhidmatan yang diperlukan terkait secara langsung dengan caj tambahan. Lalu jangan dinafikan GST yang tidak digemari ramai memberi kesan ketara terhadap keputusan PRU14.
Bukanlah sesuatu yang aneh dan pelik kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad memansuhkan GST setelah menang PRU14. Memansuhkan sesuatu yang dibenci rakyat. Adakah ia langkah populis? Apa pun pendapat yang mengatakan GST adalah baik tidak kedengaran waktu itu. Mungkin tidak disuarakan. Kalau disuarakan pun mungkin ditenggelami dengan gelombang anti-GST.
Baru-baru ini timbul pandangan bahawa sekarang masa sesuai untuk GST dikembalikan bagi memenuhi kantung kerajaan. Menurut yang mengutarakan pendapat sedemikian, ekonomi stabil sekarang dan jangkaan pertubuhan positif untuk tahun depan adalah sebab GST perlu kembali dan Belanjawan 2025 boleh menjadi pentas mengorak langkah.
Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry antara yang mahu lihat GST kembali. Satu lagi badan ialah Socio-Economic Research Centre Malaysia. Seorang pakar ekonomi yang enggan namanya disiarkan beritahu saya GST perlu untuk meningkatkan pendapatan kerajaan dengan cepat.

Ini cara efektif dan sudah dilakukan oleh lebih 100 negara. Dengan pendapatan tinggi kerajaan boleh belanjakan lebih banyak wang untuk golongan miskin, pembangunan luar bandar, membantu golongan miskin bandar, biayai program kesihatan dan pelajaran, dan juga bayar hutang negara yang sudah mencecah RM1.5 trillion, katanya.
Pun begitu ada yang berlainan pendapat. Antaranya pakar ekonomi Geoffrey Williams yang dipetik FMT berkata, GST tidak sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang. Kata beliau GST sistem cukai yang regresif kerana ia membebankan golongan pendapatan rendah yang membelanjakan sebahagian besar pendapatan ke atas barangan dan perkhidmatan dicukai.
Williams memuji Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana menunjukkan ‘restrain’ berikutan gesaan pelbagai pihak supaya memperkenalkan semula GST. Anwar tempoh hari mengakui ada baiknya GST tetapi pada masa sama percaya golongan miskin tidak seharusnya dibebani dengan sistem cukai sedemikian.

Saya setuju GST adalah sistem cukai yang paling telus dan cekap… tetapi pandangan saya adalah beri sedikit masa beberapa tahun, kita mesti pastikan ambang gaji meningkat kepada minimum RM3,000-RM4,000 kemudian barulah kita boleh selaraskan dasar, katanya dipetik media.
Kata pakar ekonomi yang disebut tadi mengapa tangguh kerana ia boleh dilaksanakan selari dengan apa yang kerajaan mahu lakukan iaitu tingkatkan gaji minimum, lawan rasuah, dan cegah ketirisan.
Bagi penulis berpengalaman, P Gunasegaram, apa dikata Anwar menunjukkan beliau tidak faham GST atau tangannya terikat. Apa pendapat anda? Tidak faham atau tangan terikat?
Pada hemat saya berdasarkan kata-kata Anwar, GST tidak akan diperkenalkan semula — not anytime soon. Telus, cekap, dan bagus macam mana pun sistem cukai itu, Anwar sudah lihat bagaimana GST menumbangkan kerajaan Najib Razak dulu
Kesimpulan kisah ialah soal politik dan menang pilihan raya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/nak-gst-sekali-lagi-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ww Ranggup Sedap Tapi Takut Nak Makan Banyak2

Ww Ranggup Sedap Tapi Takut Nak Makan Banyak2

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 235 hits
Beli dari Penjual yang datang ke meja makan malam tadi sebab kesian Kurma mengandungi vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi potasium dan magnesium yang boleh membantu meningkatkan kesihatan reproduktif nbsp Walaupun tidak ada bu...
Anak Baru Nak Belajar Jangan Terus Judge Beri Ruang Buat Silap Belajar Jadi Lebih Baik

Anak Baru Nak Belajar Jangan Terus Judge Beri Ruang Buat Silap Belajar Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 171 hits
Anak kita bukan sempurna Lagi lagi kalau baru hendak belajar melakukan sesuatu Sebagai mak ayah tak perlulah kita asyik mahukan kesempurnaan ada sahaja yang tak kena dengan anak kita Menurut Penulis Keibubapaan berilah anak kita ruang untuk...
Tu Pun Cita Cita Nak Rampas Selangor Bagi Ke Pas Melingkup La Selangor

Tu Pun Cita Cita Nak Rampas Selangor Bagi Ke Pas Melingkup La Selangor

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 220 hits
RMS Amerika negara paling maju didunia Jepun China pun tak boleh halang banjir Pasal tu kena baca Harakah untuk mulakan hari dengan keceriaan
Takkan Nak Tukar Jadi Umat Makhluk Terlaknat Adik Fattah Amin

Takkan Nak Tukar Jadi Umat Makhluk Terlaknat Adik Fattah Amin

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 312 hits
PETALING JAYA Adik kepada pelakon Fattah Amin yang dikenali sebagai Raihan Amin mencuri perhatian apabila memuat naik kata kata nasihat mengenai keburukan mengumpat selepas abangnya disahkan bercerai dengan bekas kakak iparnya iaitu Nur Faz...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Build A Strong Brand Identity Startup

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dugaan Pagi Khamis

Arvian Dwi Kau Telah Milik Dia Chord

Qumang Carol Tuwis Sangkai Selemai Chord

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Perseus Cw Zon Reimagines The Yamaha Xv1000

Grok Ai Makin Pintar Berkat Update Grok 3 Bisa Digunakan Dengan Gratis