Nak Dapat Jodoh Kena Usaha Usaha Yang Bagaimana Cuba Amalkan Ni
Nak Dapat Jodoh Kena Usaha. Usaha Yang Bagaimana? Lelaki Ini Kongsi 7 Perkara. Nak dapatkan sesuatu kena berusaha. Nak dapatkan jodoh pun kenalah juga berusaha. Ya. Kena usaha.
Tidak akan datang bergolek ataupun turun daripada langit. Berusaha yang bagaimana? Berusaha untuk menjemput jodoh itu banyak cara. Amir Syahir kongsi antaranya.
Baca: Nafkah Untuk Isteri Tak Termasuk Keperluan Barang Dapur! Tapi Ramai Suami Tak Ambil Tahu!
Misi Mencari Jodoh
Musim cuti sekolah ni ramai yang kahwin. Kau yang masih #TeamSingle tu pun mesti nak kahwin kan. Jangan risau, jodoh kau pasti akan tiba bila sampai waktu dia.
Nak dapatkan sesuatu kena berusaha. Nak dapatkan jodoh pun kenalah juga berusaha. Ya. Kena usaha. Tidak akan datang bergolek ataupun turun daripada langit. Berusaha yang bagaimana?
Jaga hubungan dengan Allah
Solat tak tinggal. Solat lima waktu. Bukan rasa rajin baru nak solat. Macam mana kau nak jaga jodoh kau, kalau solat pun kau tak mampu nak jaga. Selalu berzikir dan menderma. Dekatkan diri dengan Illahi. Mulakan dengan pekara kecil tetapi berterusan contohnya melakukan sesuatu dengan Bismillah dan sebagainya.
Jaga Tingkah Laku
Jaga pergaulan dan tingkah laku. Mulut tu jaga. Jangan nak mencarut je kerjanya. Jaga juga hubungan dengan mak ayah adik beradik dan sahabat. Selalulah bermanis muka.
Perkukuhkan Simpanan Kewangan
Mulakan menyimpan wang untuk kehidupan selepas kahwin. Kumpullah sedikit demi sedikit duit tabungan tak kira lelaki ataupun perempuan. Zaman sekarang untuk berkahwin kosnya tinggi walaupun majlis yang sederhana. Jodoh sampai dah ada simpanan wang, boleh terus kahwin kan. Tak perlu bercinta lama-lama.
Menjadi Sang Setia
Kau dah ada calon, tapi nak pasang lain. Nak cari yang sempurna kononnya. Ada yang jenis tak sabar, terlalu terburu-buru, terlalu mengucap sayang. Sampai mudah berjanji manis sumpah setia bagai. Kau mudah meluah rasa sayang dan tukar pasangan. Belajarlah jadi seseorang yang terbaik untuk di miliki. Belajarlah untuk setia.
Banyakkan Berdoa
Jodoh belum sampai di saat kita bersedia mungkin Allah mahu dengar doa kita. Selalu berdoa minta jodoh yang baik-baik. Allah akan tunjukkan jalan. Permudahkan urusan bila jodoh kau dah sampai. Allah juga akan berikan jodoh yang kau perlu. Bukannya yang kau mahu.
Bertaaruf
Selain melakukan solat istikharah, kau boleh dapatkan pertolongan kawan-kawan untuk mencarikan. Bertaaruflah mana tahu ada jodoh. Buka hati kau untuk berkenalan hati budi seseorang. Berkenal-kenalan bukan bererti kau kena bercinta dengan dia terus. Tidak mengapa kalau kau perempuan kau mulakan dulu.
Solat Hajat & Taubat
Kita manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Buat solat taubat. Sucikan hati dan mintalah kepada pertolongan Allah dengan buat solat hajat.
Kau terlalu mengejar cinta sesorang sampai hubungan dengan ‘Tuan Punya’ seseorang itu kau tak jaga. Dia lah pemilik hati. Dia lah akan bukakan pintu hati sesorang itu. Kau kena jaga hubungan dengan Pemilik Hati terlebih dahulu sebelum mengejar cinta sesorang itu.
Adakalanya jodoh belum sampai kerana Allah mahu kau menjaga mak ayah kau dulu. Tolong adik-beradik. Jodoh akan muncul bila dah masa nya sudah tiba.
Tidak lewat dan tidak cepat seperti yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Yang penting usaha kau tu. Baiki perangai bagi molek sikit. Ini tak sabar nak kahwin tapi perangai macam budak-budak lagi. Kah!
Sumber: Amir Syahir
The post Nak Dapat Jodoh Kena Usaha. Usaha Yang Bagaimana? Cuba Amalkan Ni. appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/nak-dapat-jodoh-kena-usaha-usaha-yang-bagaimana-cuba-amalkan-ni/