Maksud Tersirat Mengapa Jodoh Anda Belum Sampai



Ada manusia yang diuji dengan ujian harta benda. Ada juga manusia yang diuji dengan hal rumahtangga. Tidak terlepas, ada yang diuji dengan jodoh yang tidak kunjung tiba walaupun sudah berkali-kali berusaha.

Maksud Tersirat Mengapa Jodoh Anda Belum Sampai
Credit Pic : SUMBER
Ini perkara biasa yang akan diterima apabila seseorang itu sudah menginjak umur dewasa. Soalan ini juga boleh jadi satu isu yang sensitif malah boleh mengakibatkan trauma buat mereka yang masih belum berkahwin.

Maksud Tersirat Mengapa Jodoh Anda Belum Sampai
Apatah lagi, yang masih belum bertemu lagi dengan calon pasangan hidup masing-masing. Bahkan, buat mereka yang sudah pun merancang masa depan dengan calon yang sedia ada, namun timbul pula masalah lain pula yang membantutkan langkah mereka.


1- Peluang Berbakti Kepada Ibu Bapa

Yakini bahawa salah satu hikmah Allah menetapkan lewatnya jodoh kerana mahu memberi peluang untuk kita mencintai orang tua yang sudah lama menjaga dan menyayangi kita dari kecil sehinggalah dewasa.

Mungkin dahulu, kita terlalu sibuk menuntut ilmu dan segala aktiviti di zaman remaja, sehingga kurangnya masa bersama orang tua kita. Nanti bila sudah berkahwin pula, bakal sibuk dengan rumahtangga pula.

Maka, inilah peluang terbaik untuk berkhidmat kepada mereka dengan sebaiknya. Sekiranya anda merupakan seorang anak perempuan, anggaplah bahawa mentaati ibu bapa merupakan latihan buat diri sebelum melangkah beralih mentaati seorang lelaki yang bergelar suami.


2 -Peluang Memperbaiki Diri

Sebenarnya, ramai yang menyangkakan pernikahan itu mudah dan indah. Namun, sebenarnya, pernikahan merupakan satu tanggungjawab yang besar.

Ibaratnya, ia adalah peralihan kehidupan seorang hamba ke suatu tahap yang dirinya bakal lebih lagi diuji daripada hidup yang sebelumnya bersendiri.

Manakan tidak, kehadiran bukan cuma hanya seorang, malah lebih ramai manusia yang bakal masuk ke dalam diari hidup seseorang yang seterusnya nanti.


3- Pengalaman Mengajar Diri

Apabila seseorang itu yang diuji dengan percubaan mencari jodoh berkali-kali, ini sebenarnya membuahkan satu pengalaman berharga buat dirinya. Bukankah ujian itu mematangkan?

Ada orang, sudah siap berkenalan. Tiba-tiba, terputus pula di tengah jalan.

Ingatlah, Allah pertemukan kita dengan si dia, pasti ada hikmahnya. Setiap manusia yang hadir dalam kehidupan kita sebenarnya telah Allah hadirkan bagi mengajar sesuatu buat diri kita.

Sama ada mengajar bahawa wujudnya manusia yang berperangai sebegitu dan sebegini, atau mengajarkan sesuatu yang lebih bermakna, iaitu jangan mengharapkan selain Dia sahaja.

Sebab itu, pentingnya apabila hadir seseorang yang mahu berkenalan dengan kita, jangan gelojoh memikirkan ‘Dialah jodohku sebenarnya !!!’

Tetapi fikirkan, ‘Adakah yang datang ini jodohku atau ujian?’


4- Allah Mahu Hadiahkan Yang Lebih Baik

Adakala, kita terlalu mengharap pada seseorang. Hati kuat mengiyakan bahawa dialah jodoh kita yang sebenarnya.

Tetapi, rupa-rupanya, takdir Allah tidak menentukan. Kita rebah sendiri dalam kesedihan. Awas, jangan terlalu ikutkan perasaan.

Sekiranya Allah mengambil sesuatu dari kita, sebenarnya Dia mahu memberikan sesuatu yang lebih baik. Anggaplah segala usaha yang sudah pun dilakukan itu sebagai satu ujianNya.

Kemudian, apabila gagal, jangan mudah putus asa. Yakinilah bahawa akan ada yang lebih baik yang Allah simpankan buat kita.

Amalkanlah doa yang Rasulullah pernah ajarkan kepada kita. Semoga ada pengganti yang lebih baik Allah berikan semula kepada kita.


5- Belajar Mencintai Allah

Apabila jodoh belum ditakdirkan buat kita, pasakkan dalam diri bahawa inilah peluang kita untuk kita mula bercinta dengan Allah, mendekatkan diri dengan Allah.

Sebenarnya Allah sedang memberikan peluang buat kita untuk belajar mencintai Allah Yang Maha Esa sebelum mencintai manusia yang penuh dosa.

Hakikatnya, cinta Allah tidak pernah mengecewakan, sedangkan cinta manusia selalunya menghampakan.

Allah jualah pemilik sebenar cinta. Dia jugalah yang mencintai hambaNya dengan sebenar-benar cinta.

Yakinlah bahawa Allah terlalu sayangkan kita sehingga Dia memberi peluang untuk kita mantapkan cinta padaNya dahulu sebelum mencintai manusia ciptaanNya.


Kesimpulan

Semoga dengan memahami hikmah-hikmah yang disebutkan tadi, anda menjadi lebih berlapang dada apabila diajukan dengan soalan ‘sensitif’ seperti tadi.

Biarlah orang mahu mengatakan apa. Manusia tidak memahami apa-apa. Hanya Allah yang berhak ke atas diri setiap hamba-Nya. Jadi, balaslah dengan perkataan yang baik-baik sahaja.


SUMBER

Baca Juga : Cara Mengekalkan Keharmonian Dalam Rumahtangga Suami Isteri



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2020/02/maksud-tersirat-mengapa-jodoh-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zizi Kirana Dan Lagu Eh Ini Maksud Tersirat Lagu Eh

Zizi Kirana Dan Lagu Eh Ini Maksud Tersirat Lagu Eh

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 947 hits
Zizi Kirana Dan Lagu Eh Ini Maksud Tersirat Lagu Eh PENYANYI popular Zizi Kirana mengakui single Eh yang baru dilancarkan ditujukan kepada warganet bagi menyindir sikap keterlaluan mereka di laman sosial Zizi 34 atau nama sebenarnya Nur Faz...
Pdip Minta Pohon Yang Ditebang Di Monas Ditanam Lagi Jika Izin Proyek Belum Ada

Pdip Minta Pohon Yang Ditebang Di Monas Ditanam Lagi Jika Izin Proyek Belum Ada

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 250 hits
Persoalannya kan itu pohon ditanam oleh para kepala negara itu yang menanam tamu negara jelas Gembong
Wan Azizah Dakwa Pelaksanaan Ppsmi Belum Muktamad

Wan Azizah Dakwa Pelaksanaan Ppsmi Belum Muktamad

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 344 hits
KLANG Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris masih belum dimuktamadkan Beliau berkata ia berikutan perbincangan berhubung ...
Jambi Punya Potensi Besar Buat Maju Tapi Belum Dieksplorasi Maksimal

Jambi Punya Potensi Besar Buat Maju Tapi Belum Dieksplorasi Maksimal

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 192 hits
Hal itu salah satu penyebabnya dikarenakan kurangnya inovasi dari pemimpin Jambi
Belum Ada Pasien Terjangkit Ahli Medis Ragukan Pemeriksaan Virus Corona Di Indonesia

Belum Ada Pasien Terjangkit Ahli Medis Ragukan Pemeriksaan Virus Corona Di Indonesia

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 251 hits
Bukan mau negative thinking tapi disaat negara negara tetangga sudah pada kena Indonesia justru diklaim masih bersih dari virus corona
Peguam Negara Masih Belum Bebas

Peguam Negara Masih Belum Bebas

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 252 hits
Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner sebelum ini yang membenarkan bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim untuk memulakan prosiding perintah komital iaitu dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Tommy Thom...
Belum Terlambat Untuk Berhenti Merokok

Belum Terlambat Untuk Berhenti Merokok

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 509 hits
Perokok telah lama diberitahu bahawa risiko penyakit seperti kanser paru paru akan berkurang jika mereka boleh berhenti merokok Peter Campbell dari Institut Wellcome Sanger yang berpusat di Inggeris berkata hasil kajian itu memberikan harap...
Belum Ada Keputusan Sekat Penerbangan Dari China Kata Loke

Belum Ada Keputusan Sekat Penerbangan Dari China Kata Loke

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 195 hits
Belum ada keputusan sekat penerbangan dari China kata Loke Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 Jan 2020 2 33
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut