Nak Cari Mood Dulu Hahaha


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau..

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1 : Niat.
2 : Menghilangkan najis pada badan.
3 : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

 
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitkannya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya, sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air dari sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.vInai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab;
* 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati.
* Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, air sungai, air laut dan air tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh..
Posted by aya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ikutsukaakuisa.blogspot.com/2017/11/nak-cari-mood-dulu-hahaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukup Seorang Anak Dulu Berbelas Jam Maryam Tahan Sakit Ryzal Tangguh Niat Nak Anak Ramai

Cukup Seorang Anak Dulu Berbelas Jam Maryam Tahan Sakit Ryzal Tangguh Niat Nak Anak Ramai

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 250 hits
Melihat kesakitan berbelas jam yang dilalui isteri tersayang Maryam You Narae ketika melahirkan anak sulung mereka pada Oktober lalu benar benar menginsafkan Ryzal Malah kata Ryzal menerusi video yang dimuat naik di Youtube Duriankimchi TV ...
Dulu Nak Sekat Sungai La Ajak Bertumbuk Tapi Nampak Tak Cerdik Tu La Mb Kedah Nak Kata Apa Yang Sesuai

Dulu Nak Sekat Sungai La Ajak Bertumbuk Tapi Nampak Tak Cerdik Tu La Mb Kedah Nak Kata Apa Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 273 hits
Saya sanggup bergomoi demi tuntutan bayaran pajakan P Pinang kata Sanusi November 17 2021 Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata segala tuntutan dibuat bukan untuk dirinya sebaliknya demi memastikan demi kepentingan Kedah ALOR S...
Catnip Pokok Kucing Galak Mana Nak Cari

Catnip Pokok Kucing Galak Mana Nak Cari

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 199 hits
sumber google dua jenis catnips yang berlainan tapi fungsi yang sama Apa mende Catnips ni Maklum la tetiba dok layan We Got Married Song Jae Rim Kim So Eun yang bagi kucing dorang makan tetiba rasa interested Google sana google sini baru la...
Mb Kedah Tuuu Diaaa Aihhhhh Awat Jadi Lagu Nih Ada Walaun Kononnya Nak Cari Kesalahan Penang Ni Apa Cer Nih

Mb Kedah Tuuu Diaaa Aihhhhh Awat Jadi Lagu Nih Ada Walaun Kononnya Nak Cari Kesalahan Penang Ni Apa Cer Nih

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 157 hits
3 bulan selepas banjir kepala air penduduk Yan tagih janji PMOleh MOHD ALI HASHIM November 8 2021Setelah tragedi kepala air di Yan Kedah berlalu lebih tiga bulan penduduk terlibat menanti berita dan tindakan pihak berwajib setelah pengumuma...
Kerja Banyak Tapi Tak Tahu Nak Buat Yang Mana Dulu

Kerja Banyak Tapi Tak Tahu Nak Buat Yang Mana Dulu

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 380 hits
Kerja Banyak Tapi Tak Tahu Nak Buat Yang Mana Dulu Hah gitulah keadaan umi sekarang Entah apa yang buat umi ni sibuk pun tak taulah Lepas balik dari Melaka hari tu memang takde kesempatan sangat nak update blog ni Tu belum masuk settlekan v...
Dulu Nak Ambil Tindakan Meroyan 2 Kereta Kemalangan Gara Gara Waja Berhenti Mengejut Nak Beli Buah Jeruk Tepi Jalan

Dulu Nak Ambil Tindakan Meroyan 2 Kereta Kemalangan Gara Gara Waja Berhenti Mengejut Nak Beli Buah Jeruk Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 451 hits
Dulu nak ambil tindakan meroyan 2 kereta kemalangan gara gara Waja berhenti mengejut nak beli buah jeruk tepi jalanSebelum ini pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran untuk tidak menjaja di jalanan termasuk di persimpangan lampu isyarat Ba...
Nak Internet Laju Tak Lag Masa Main Game Cuba Buat Cara Mudah Ni Dulu

Nak Internet Laju Tak Lag Masa Main Game Cuba Buat Cara Mudah Ni Dulu

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 365 hits
Bagi kaki game benda paling penting masa tengah fokus adalah rangkaian internet kan Rangkaian yang laju lancar dan tanpa gangguan akan bantu kita untuk lebih serius bertempur di dalam game
Cucu Sekarang Balik Kampung Bukan Cari Tok Wan Dulu Sibuk Cari Wifi Dulu Ustaz Kazim Elias

Cucu Sekarang Balik Kampung Bukan Cari Tok Wan Dulu Sibuk Cari Wifi Dulu Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 385 hits
Cucu Sekarang Balik Kampung Bukan Cari Tok Wan Dulu Sibuk Cari Wifi Dulu Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization