Cukup Seorang Anak Dulu Berbelas Jam Maryam Tahan Sakit Ryzal Tangguh Niat Nak Anak Ramai
Melihat kesakitan berbelas jam yang dilalui isteri tersayang, Maryam You Narae ketika melahirkan anak sulung mereka pada Oktober lalu benar-benar menginsafkan Ryzal.
Malah kata Ryzal menerusi video yang dimuat naik di Youtube Duriankimchi TV, melihat keperitan yang dilalui isteri ketika detik melahirkan membuatkan dia merasa cemas dan takut malah lebih menghargai pengorbanan isteri.
Mengimbas detik kelahiran Ryna dua minggu lalu, menurut kata Ryzal, Maryam dimasukkan ke bilik bersalin pada 19 Oktober jam 9 malam. Selepas berbelas jam, akhirnya Maryam berjaya melahirkan anak sulung mereka secara normal.
“Assalamualaikum warahmatullah. Berat mata memandang, berat lagi yang memikul.
“Tiada kata mampu saya ungkapkan pengorbanan besar isteri melahirkan anak. Seksa, sakit, perit pedih bercampur takut selama berbelas jam membuatkan saya sedar untuk lebih hargai isteri sepertimana kita mula-mula cintakan dia.
“Saya mohon doa Allah supaya semua suami termasuk saya menjadi pelindung yang terbaik yang hanya cinta dan setia pandanya seorang.
“Kelak, biarpun wajah isteri dimamah usia namun biarkan cinta dan sayang kita setia hingga hujung nyawa,” kongsinya.
Malah kata Ryzal lagi, biarpun mengimpikan ramai anak sebelum ini namun bila mana melihat perjuangan Maryam di bilik bersalin membuatkan dia benar-benar insaf.
“Kalau dulu saya nak dua tiga anak tapi bila saksikan sendiri kesakitan Maryam lalui, saya hanya mampu bagitahu Maryam cukup untuk seorang dulu.
“Abang bagi sayang berehat untuk beberapa tahun. Kalau dia ready, bagitahu. InshaAllah, sesungguhnya anak itu rezeki Allah,” kongsinya di Instagram.
Bapa kepada si comel Ryna ini juga setia melayani setiap permintaan Maryam di bilik bersalin sementara menantikan bukaan serviks untuk bersedia melahirkan.
Saat Maryam dilihat mengalirkan airmata kerana menahan kesakitan ketika kontraksi, Ryzal tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat malah mengurut-urut belakang dan perut Maryam bagi melegakan seketika kesakitan.
Kini selepas dua minggu kelahiran Baby Ryna, pasangan Durian Kimchi ini dilihat sering berkongsi pelbagai ragam si comel mereka. Satu pengalaman baru bagi kedua-duanya.
Menarik: Nak Susukan Anak Dengan Perut Baru Lepas Operate Tu Memang Susah, Momen Kelahiran Anak, Detik Termanis Farah Nabilah!
Nak bercuti dan relaks dihujung minggu, jom bawa anak ke The 5 Element Hotel.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby!
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Cukup Seorang Anak Dulu” Berbelas Jam Maryam Tahan Sakit, Ryzal Tangguh Niat Nak Anak Ramai! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/cukup-seorang-anak-dulu-berbelas-jam-maryam-tahan-sakit-ryzal-tangguh-niat-nak-anak-ramai/