Nak Cantik Punya Pasal Mata Wanita Ini Nyaris Buta


SETIAP wanita pasti ingin kelihatan cantik sepanjang masa lebih-lebih lagi di pagi lebaran. Maka tidak hairanlah jika pouch berisi alat solek akan sentiasa dibawa ke mana sahaja.
Namun malang tidak berbau bagi wanita berusia 22 tahun ini apabila bola matanya bertukar kehijauan gara-gara maskara yang dipakainya.
Itulah kisah tragis yang dilalui Nursyamila Shamsul kesan penggunaan alat solek itu dua minggu selepas majlis pernikahannya pada November lalu.
“Malam tu saya bersihkan solekan di muka dengan make up remover. Saya buang juga maskara tapi masih melekat dekat bulu mata. Lepas tu mata saya bengkak sedikit.
“Setiap kali saya guna maskara akan jadi macam tu, mulanya saya fikir ketumbit. Tapi bila bengkak berlarutan sampai dua minggu sampai nak tidur pun tak boleh, saya jadi tak tahan,” katanya kepada mStar.
Bimbang keadaan matanya itu, Nursyamila atau lebih mesra disapa Mila berkata, dia ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan.
“Mula pergi tu doktor cakap bengkak biasa. Saya pun pelik bengkak biasa macam tu sebab sampai dua minggu tak baik-baik. Jadi saya pun pergi jumpa seorang lagi doktor.

“Dia kata saya kena refer doktor pakar sebab mata dah teruk… dah luka dekat dalam. Lepas tu dia tanya sama ada saya pernah pakai kanta lekap, saya cakap tak pernah dan hanya pakai maskara. Jadi dia nasihatkan saya untuk berhenti guna produk tu,” katanya.
Atas nasihat doktor, Mila segera bertemu dengan doktor pakar di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah ditemani suaminya.
“Doktor beritahu mata saya dah luka dan kena jangkitan kuman. Bila saya bangun tengok cermin mata dah hijau. Doktor cakap mata dah tukar warna sebab effect benda (maskara) tu.
“Lepas tu doktor minta kebenaran untuk titik ubat nak kembangkan anak mata. Ubat titik tu buat mata saya jadi kabur… tak boleh nak baca mesej ke apa, memang tak nampak langsung,” katanya.
Selepas menerima rawatan itu, Mila berkata dia dinasihatkan oleh doktor supaya tidak lagi menggunakan produk kecantikan itu.
“Doktor nasihat supaya stop guna. Selalunya doktor kata banyak kes membabitkan perempuan muda disebabkan penggunan kanta lekap dan juga maskara. Dia beritahu cara penggunaan salah, mungkin terlebih guna atau terkena mata.
“Dia kata kalau masih guna lagi mungkin saya tak boleh nampak dah lepas ni. Saya pun trauma. Saya masih make up macam biasa. Nama pun perempuan nak cantik, cuma saya dah stop guna maskara tu,” katanya.

Ditanya mengenai kesakitan pada matanya ketika itu, Mila berkata mata kanannya terasa amat pedih.
“Masa tu memang pedih sangat-sangat. Mata saya sebelah warna hijau tu nampak kuning je. Saya tak nampak sebelah, sampai menangis-nangis takut buta.
“Nasib baik mata warna hijau tu berlaku kejap je dalam sehari macam tu kemudian hilang. Tapi sekarang semua dah Ok cuma kadang-kadang rasa gatal. Mungkin belum pulih sepenuhnya,” kata suri rumah itu.
Dalam pada itu, Mila turut menasihati semua wanita supaya sentiasa berwaspada dengan alat solek yang digunakan pada wajah masing-masing.
“Tidak semua produk itu sesuai dengan kita. Jadi kita kena bijak memilih produk terbaik untuk kulit masing-masing.
“Bagi yang nak kelihatan cantik tu berpada-padalah sebab Allah dah bagi kita cukup sempurna dah. Tak payah nak ubah apa-apa. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada,” katanya.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/nak-cantik-punya-pasal-mata-wanita-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingin Punya Istri Cantik Menikahlah Dengan Wanita Dari 6 Daerah Ini

Ingin Punya Istri Cantik Menikahlah Dengan Wanita Dari 6 Daerah Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 322 hits
Banyak hal yang perlu dipertimbangkan sebelum membina rumah tangga Mulai dari sifat dan karakteristik calon pasangan finansial hingga penampilan fisik Tak sedikit orang yang ingin memiliki pasangan cantik nan rupawan Bagi pria apabila ingin...
Pakar Dakwa Wanita Berkulit Cantik Tidur Sebelum 11 Malam Ini Alasannya

Pakar Dakwa Wanita Berkulit Cantik Tidur Sebelum 11 Malam Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 404 hits
Sebahagian daripada kita sering tidur lewat dek kerana sibuk menyelesaikan tugasan mahupun hanya menghabiskan masa menonton televisyen atau bermain telefon pintar Namun tahukah anda yang tidur lewat malam selepas 11 malam boleh mendatangkan...
Menitis Air Mata Tengok Ainul Bibir Cantik Pipi Tembam Lepas Ni Anak Mama Boleh Senyum

Menitis Air Mata Tengok Ainul Bibir Cantik Pipi Tembam Lepas Ni Anak Mama Boleh Senyum

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 551 hits
Ainul nampak sangat comel bibir dia cantik pipi dia tembam Insya Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya kata ibu kepada Ainul Mardhiah Nurul Erwani Zaidi 24 memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yan...
Ramai Saudara Nak Kenalkan Saya Dengan Wanita Tapi

Ramai Saudara Nak Kenalkan Saya Dengan Wanita Tapi

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 314 hits
Nampaknya Aidilfitri tahun ini agak berbeza buat pelakon Remy Ishak Hampir dua tahun bergelar tunangan orang namun hubungannya dengan seorang ahli perniagaan The post appeared first on
Hiburan Penampilan Fazura Dipuji Cantik Persis Wanita Arab

Hiburan Penampilan Fazura Dipuji Cantik Persis Wanita Arab

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 1023 hits
Tampil penuh bergaya dengan persalinan berwarna ungu lengkap berpurdah pada majlis hari jadi rakan karibnya iaitu pereka fesyen Rizman Nordin penampilan aktres Nur Fazura mengundang perhatian ramai Memuat naik beberapa foto dirinya dan suam...
Wanita Baru Bersalin Tiada Duit Nak Pulang Ke Rumah

Wanita Baru Bersalin Tiada Duit Nak Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 417 hits
BUKAN semua daripada kita bertuah untuk menjalani kehidupan yang senang dan mewah Masih ramai keluarga di luar sana yang hidup ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang Demikianlah juga kisah yang berlaku ke atas seorang wanita S...
Cara Nak Reda Dengan Sikap Suami Yang Macam Macam Wanita Ini Kongsi Amalan Zikir

Cara Nak Reda Dengan Sikap Suami Yang Macam Macam Wanita Ini Kongsi Amalan Zikir

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 604 hits
Hidup dalam alam rumah tangga pasti ada ujiannya Ujian itulah yang membentuk diri kita menjadi orang yang bersabar dan bersyukur selain merapatkan diri kita kepada Allah SWT Sentiasalah bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik baik aka...
Nak Cantik Kena Sabar

Nak Cantik Kena Sabar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 302 hits
NakCantikKenaSabarRamai orang yang tak sabar nak kulit cantikkan Kalau boleh lepas amalkan produk dalam dua atau tiga hari nak terus nampak cantik bak puteri salju Kalo boleh nak result cemerlang gemilang terbilang sepantas kilat Tak cakap ...
Pemandu Wanita Jerit Natey Mu Nok Gapo Rupa Rupanya Nyaris Langgar Seorang Ibu Kalaulah Lambat Beberapa Saat

Pemandu Wanita Jerit Natey Mu Nok Gapo Rupa Rupanya Nyaris Langgar Seorang Ibu Kalaulah Lambat Beberapa Saat

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 656 hits
Pemandu wanita jerit natey mu nok gapo rupa rupanya nyaris langgar seorang ibu Kalaulah lambat beberapa saat Keadaan huru hara berlaku di Uptown Kota Bharu Khamis lalu TINDAKAN pantas seorang anak menarik tangan ibunya telah menyelamatkan w...
Calpis Soda One In A Million

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Content Marketing For New Business

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Sarapan Pagi Di Kampung

Kopek Ikan Bilis Beli Di Tik Tok

Masak Sambal Udang

Japanese Milk Bread

Dia Telefon Mengadu Pernah Digosip Bercinta Dengan Park Boyoung Kim Heewon Buka Cerita Sebenar

Ds Anwar Ibrahim Tidak Setuju Fahmi Ditahan Seorang Rakyat Ungkit Janji