Nak Breakfast Kat Mana Di Terengganu Jom Makan Di Adilroti


Nak breakfast kat mana di Terengganu ni? Kalau awak rasa taknak breakfast berat macam nasi dagang atau nasi lemak, apa kata makan roti je pagi ni kat AdilRoti? 

Roti Canai GedikAdilRoti adalah pilihan kedai favourite kami tiap kali lepas joging sebab kononnya taknaklah makan berat lepas penat exercise kan, jadi ke sinilah kami untuk makan menu roti canai dan roti tisu.
 
Apa yang buat kami suka makan di sini kerana kebanyakan menu yang dihidangkan sedap dan agak berlainan daripada kebanyakan kedai makan lain di Terengganu. Biasanya kedai makan di Terengganu akan tawarkan menu nasi dagang, nasi lemak, atau masakan mee dan bihun tapi di AdilRoti ada pelbagai pilihan roti yang kami boleh cuba.
Roti Denesor
Roti Tisu
Kalau tak silap saya, ada sehingga 40 jenis menu roti yang boleh dicuba untuk breakfast di AdilRoti. Sesuai sangat untuk mereka yang rasa nak makan menu lain daripada kebiasaan bila ke Terengganu. Jangan bimbang, menu nasi pun ada macam nasi minyak tapi pilihan nasi tak berapa banyaklah di sini. Selain itu shawarma dan kebab juga ada tau



Tapi kalau nak makan di sini memang bersabar itu wajib memandangkan saiz kedai yang tak berapa besar, jadi kami kebiasaannya terpaksa beratur untuk dapatkan seat terutamanya pada hari hujung minggu. Make sure jangan potong barisan atau masuk ikut jalan belakang untuk dapatkan seat kerana saya dah tengok sendiri pelanggan kena bangun dan beratur semula sebab mereka potong barisan. Ha, lain kali beratur ye bang.
Menu kegemaran kami di sini adalah roti canai gedik, roti tisu dan bihun tomyam. Air cappucino dan teh hijau memang umph dan tak manis, jadi boleh cuba juga. Selain itu menu roti denesor pun yummy sangat cuma itulah harganya pun boleh cover untuk dua orang makan tengahari. Tapi memang padanlah dengan harga sebab guna daging kambing untuk menu roti denesor ni, jadi kita layan je lah..


Bunyi bising kenderaan mungkin agak mengganggu bagi sesetengah pelanggan yang makan di sini memandangkan lokasinya yang berada di bawah jambatan. Bagi saya sendiri, masa awal makan di AdilRoti dulu rasa ghisau juga kot roboh jambatan masa tengah sedap makan tu tapi bila dah biasa takde rasa mengganggu dah pun. Dah kalis agaknya kan..
Tiap kali ke sini, Auni dan Ameera akan ambil mainan yang disediakan untuk buat bermain sementara tunggu makanan sampai ke meja. Jangan risau, owner benarkan kanak-kanak yang ingin bermain toys yang ada di sini dan toys ini memang diletakkan di ruangan yang mudah dicapai untuk pelanggan cilik mereka bermain. Tapi bila dah siap main, jangan lupa simpan balik ye.


Jangan expect kedai cantik macam kedai hipster dan harga murah macam makan di kedai kampung. Harga affordable dan kedai biasa-biasa je cuma makanan umphh, sedap! Nak makan sedap kat ganu? Try makan kat AdilRoti jom! Tapi mungkin taste kita tak sama, saya suka dan awak tak suka. Cuma alang-alang dah sampai ganu tu, apa kata try dulu..tengok jadi ke tak..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/08/adilroti-makan-breakfast-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Teringin Nak Makan Oyster Murah Jom Semak Dulu 5 Tanda Fresh Atau Tidak

Hiburan Teringin Nak Makan Oyster Murah Jom Semak Dulu 5 Tanda Fresh Atau Tidak

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 229 hits
Kini semakin trending mengenai netizen yang berkongsi video makan tiram oyster murah dan viral di media sosial Ramai yang berpusu pusu mengikut trend bagi merasa makanan laut itu yang sememangnya diketahui agak mahal dan sangat sedap jika d...
Kikikiki Akar Umbi Mana Tu Aku Kat Cawangan Relek Je Tak Ada Masa Nak Layan Kau Orang Punya Desperate

Kikikiki Akar Umbi Mana Tu Aku Kat Cawangan Relek Je Tak Ada Masa Nak Layan Kau Orang Punya Desperate

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 214 hits
Daripada pacak bendera dapat ciput lebih baik lah aku goreng pisang kat tepi jalan dari melayan kau orang punya membongak Keputusan bubar atau tidak dari PM bukan dari Zahid Yang memperkenankan nya adalah Agong bukan Najib bukan Mahathir bu...
Kek Vanila Topping Durian Sekali Makan Gerenti Nak Lagi

Kek Vanila Topping Durian Sekali Makan Gerenti Nak Lagi

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 212 hits
Kalau korang penggemar durian wajib buat kek ni Gebu dan syahdu bila nikmatinya Kombinasi kek vanila plain dicampur dengan krim dan rasa isi durian fresh makan pun rasa feeling dan tak muak Kek Vanila Topping DurianBahan bahan 10 biji telur...
Mana Nak Cari Ibu Kongsi Anak Menangis Minta Duit Rm3 Warganet Terhibur

Mana Nak Cari Ibu Kongsi Anak Menangis Minta Duit Rm3 Warganet Terhibur

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 238 hits
Kadang kadang ada saja permintaan anak yang pelik pelik sampai kita nak handle pun pening kepala Pemikiran kreatif anak ni jangan dipandang ringan mereka mampu berfikir di luar kotak Kita yang dewasa pun tak pernah terfikir tapi anak ni mac...
Macam Mana Nak Pilih Seat Ets Di Ktmb Integrated Ticketing System Kits

Macam Mana Nak Pilih Seat Ets Di Ktmb Integrated Ticketing System Kits

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 2909 hits
How to choose your best seat via KTMB Integrated Ticketing System KITS Kami pernah post tentang susunan seat ETS Gold Platinum pada tahun 2016 post tu adalah hasil siasatan personal kami sepanjang kami berulang alik menaiki ETS semenjak awa...
Family Camping Journey Niat Nak Camping Jadi Berkelah Kat Pantai Bagan Lalang Sepang

Family Camping Journey Niat Nak Camping Jadi Berkelah Kat Pantai Bagan Lalang Sepang

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 182 hits
Assalamualaikum Kita throwback cerita pertama kali bawa anak anak untuk berjinak dalam dunia camping Tapi ini lebih kepada berkelah sebenar Kenapa berkelah Korang kena baca sampai habis Family Camping Journey Berkelah di Pantai Bagan Lalang...
Hiburan Nak Sunyi Makan Di Kubur Wanita Complain Pelanggan Cakap Kuat Di Restoran Netizen Ramai Tak Setuju

Hiburan Nak Sunyi Makan Di Kubur Wanita Complain Pelanggan Cakap Kuat Di Restoran Netizen Ramai Tak Setuju

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 188 hits
Sebuah video telah menjadi tular di media sosial r mengenai seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati apabila sekumpulan individu didakwa terlalu bising ketika sedang makan di dalam sebuah restoran Kata wanita di dalam video TikTok itu ...
Anak Najib Bakal Menggantikan Najib Di Pekan Tapi Najib Nak Ke Mana

Anak Najib Bakal Menggantikan Najib Di Pekan Tapi Najib Nak Ke Mana

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 303 hits
SHAH ALAM Walaupun Mahkamah Persekutuan belum mendengar rayuan terakhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembabitannya dalam kes syarikat SRC International Sdn Bhd namun sudah ada cakap cakap mengenai siapa bakal m...
Kami Nak Berehat Je Dua Pasangan Kekasih Ditahan Berkhalwat Di Hotel Kuala Terengganu

Kami Nak Berehat Je Dua Pasangan Kekasih Ditahan Berkhalwat Di Hotel Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 159 hits
Empat individu termasuk seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta ditahan dalam operasi serbuan yang dilakukan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu semalam Ketua Penolongg Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Sy...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya