Macam Mana Nak Pilih Seat Ets Di Ktmb Integrated Ticketing System Kits


How to choose your best seat via KTMB Integrated Ticketing System KITS
Kami pernah post tentang susunan seat ETS Gold & Platinum pada tahun 2016, (Panduan susunan dan pemilihan seat ETS – LensaKami) post tu adalah hasil siasatan personal kami sepanjang kami berulang alik menaiki ETS semenjak awal 2016. Boleh dikatakan setiap bulan sekurangnya 1 kali kami akan naik dan pada waktu tu takda lagi laman web rasmi yang menunjukkan arah seat. Tujuan kami post tu untuk memudahkan kami memilih seat untuk trip seterusnya, sebab kami ada masalah ‘mabuk train’ kalau kami naik ETS mengadap kebelakang saja sepanjang 3 jam trip, confirm sampai saja di destinasi kami akan pening dan takda mood seharian haha! So alang2 kami dah siapkan jadual seat, kami share lah di blog ni untuk memudahkan orang lain juga.
Kemudian pihak KTMB memperkenalkan ETS Koc business class pada akhir tahun 2019, dan susunan seat untuk ETS yang mempunyai Business class sedikit berbeza dengan ETS Gold & Platinum yang biasa, kebetulan kami berpeluang menaiki ETS Business Class tu, so kami pun update lah jadual seat kami pada awal tahun 2020 (Susunan Seat ETS Baru 2020 – LensaKami)
Pada Aug 2020, KTMB memperkenalkan sistem pembelian tiket online yang baru yang dipanggil KTMB Integrated Ticketing System (KITS). Pada awal sistem KITS tu diperkenalkan ada beberapa isu yang kami personally rasa masih boleh ditambah baik. Kami ada buat 1 post khas review sistem KITS pada Aug 2020 tersebut (KITS: REVIEW E-tiket KTMB yang baru – LensaKami) Pada waktu itu masih belum ada juga info tentang arah seat dan lain2 yang boleh memudahkan pembeli tiket.
Walaupun post pertama kami tentang seat ETS dah berusia 6 tahun, kami rasa sangat happy sebab ianya masih dapat membantu dan digunapakai oleh orang2 yang nak beli tiket online. Sehingga ke hari kami menulis post ni pun masih ada yang bertanyakan kami tentang seat ETS, walaupun menggunakan platform KITS. Terima kasih kepada pembaca2 yang sudi meninggalkan komen dan juga sudi bertanyakan kami. Oleh itu kami berhasrat untuk nak menulis cara-cara untuk menggunakan platform KITS untuk memilih seat ETS anda.
Antara pembaca blog yang bertanyakan tentang seat ETS di instagram Baiklah, untuk membeli tiket ETS online, kami sangat sarankan untuk direct ke laman web rasmi KTMB, cuba elakkan beli tiket dari 3rd party punya laman web, takut ada masalah2 lain seperti seat double booked atau pembelian tidak sah. Laman web rasmi untuk membeli tiket ETS adalah https://online.ktmb.com.my/
Atau boleh terus click link disebelah-> Welcome to the KTMB Integrated Ticketing System
Front page web KITS Sebelum membuat pembelian, disarankan juga untuk mendaftar akaun dengan menekan button “Login/Sign Up” di sebelah kanan atas skrin.
Bila dah Login atau Sign Up, boleh lah pilih destinasi perjalanan.
Origin adalah destinasi asal, korang nak gerak dari stesyen mana. Destination adalah destinasi tujuan, korang nak berenti stesyen mana.
Contoh kami disini kami nak gerak dari Stesyen Parit Buntar ke Stesyen KL Sentral. Dah pilih lokasi perjalanan, kemudian boleh lah korang pilih tarikh perjalanan pula, kalau nak 1 hala saja boleh click ‘I am travelling one way‘ dibawah pilihan departure date. kemudian pilih berapa orang.
Contoh Train ETS yang ada bagi perjalanan pada 31 Aug 2022 Terdapat 2 jenis train iaitu Gold dan Platinum. Gold train dia akan berhenti di banyak stesyen, manakala Platinum hanya akan berhenti di stesyen tertentu sahaja. Basically train Platinum ni akan cepat sikit lah dari train Gold. Lepas dah pilih nak train mana, korang boleh lah click ‘Pick Seat‘ pada waktu perjalanan pilihan.
Katakanlah kami pilih train Platinum 9273, perjalanan pada jam 9:18 pagi dari Parit buntar dan dijangka sampai di KL Sentral pada jam 1:04 petang.
Train ni ada Business Class seat di Koc A. So kalau korang nak naik Business Class tak perlu risau arah seat, boleh pilih mana2 seat, semua akan mengadap kedepan, sebab seat di business class ni boleh dipusingkan mengikut arah perjalanan train. Korang boleh juga tengok seat yang telah dibeli oleh orang lain tu lelaki atau perempuan, so senang lah kalau korang taknak duduk seat sebelah berlainan jantina. Contohnya kalau semua seat dah penuh, dan tinggal seat 10C saja yang available, then korang boleh tau sebelah korang nanti (seat 10B) tu adalah seorang perempuan. Sebabnya ada tulisan kecil F di seat tu. kalau dia tulis M maka seat tu adalah lelaki. Tapi mengikut pengalaman kami duduk di business class, seat business class ETS sangat besar dan selesa, kalau duduk sebelah berlainan jantina pun takda masalah sebab ruang masing2 dah cukup luas.
Seterusnya kalau pilih koc lain2 selain Koc A, semua seat dia akan ada dua arah, iaitu mengadap kedepan dan mengadap kebelakang. Contohnya Koc D ni, Koc D ni ada seat yang dikhaskan untuk OKU. Tolong perhatikan dan kalau korang sihat sejahtera diharapkan tak ambik seat ni, sebabnya seat ni memang sangat strategik untuk penggunaan OKU, kalau korang yang sihat sejahtera ambik seat ni sangat kesian dekat orang OKU yang memerlukan nanti. Lagi satu kalau korang beli seat ni jugak, jenis tiket nanti akan ditulis “For OKU”, dan kalau di check oleh staff yang bertugas nanti korang takda kad OKU tapi masih memilih seat OKU korang akan kena denda.
OK next adalah pilihan seat yang ditunggu2. Di web KITS, korang dah boleh nampak seat tu nanti akan mengadap kedepan atau kebelakang, contohnya dalam keratan gambar diatas. Seat 7D dan 7C tu dia ada line hitam dibahagian bawah, maka seat tu bermaksud dia akan mengadap kedepan. Bila ETS jalan korang tengok luar tingkap memang kedepan ja macam normal korang naik kereta. Manakala untuk seat 9D dan 9C tu kedua2nya line hitam tu berada di bahagian atas, maka seat tu nanti akan mengadap kebelakang. Kalau korang pilih seat tu masa ETS jalan nanti keluar tingkap semua akan bergerak kebelakang.
Untuk train ni susunan meja dia adalah ditengah koc, so kalau korang jalan in group dan perlu kawasan luas sikit, eloklah ambil yang mempunyai meja ditengah seperti seat line 8 dan 7. Dan jangan risau untuk seat2 lain, masih terdapat meja kecik dihadapan seat, muat untuk makan dan minum, cuma tak luas sangat macam meja di seat line 8 dan 7 tu.
Seterusnya selepas dah pilih seat yang sesuai, bolehlah terus click seat tu, pastikan dia bertukar menjadi warna hijau, dan seterusnya click ‘confirm seat’. Web akan kembali ke page yang menunjukkan pilihan train, korang pergi bawah sekali dan click ‘Proceed to passenger details’. Di page tu korang isi segala butiran diri dan kemudian boleh click ‘Proceed to payment’.
Kemudian akan ada 1 page dimana KITS ada menawarkan Passenger Takaful Plan, kalau korang nak boleh pilih premium plan atau basic plan, kalau korang taknak boleh terus click ‘No Thanks’ di bawah tu dan proceed ke payment.
Selepas korang dah buat pembayaran, korang akan terima email salinan tiket korang. Tiket tu boleh juga dilihat dari apps KITS. Nak naik train nanti boleh saja tunjuk di apps atau boleh juga ke kaunter tiket untuk print tiket yang dah dibeli secara percuma.
Sekian step2 pemilihan dan pembelian seat ETS di laman web KITS. Step ni sama ja kalau korang beli di apps pun. Semoga bermanfaat dan selamat berETS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lensakami.com/blog/2022/08/10/macam-mana-nak-pilih-seat-ets-di-ktmb-integrated-ticketing-system-kits/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Jauhi Masalah Demensia Bila Dah Tua Nanti

Macam Mana Nak Jauhi Masalah Demensia Bila Dah Tua Nanti

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 255 hits
Perkataan demensia atau ejaan dalam Bahasa Inggeris Dementia mungkin baru bagi anda Tapi jika sebut perkataan nyanyuk pasti ramai yang tahu Dalam bahasa kita nyanyuk sering diguna pakai buat orang tua yang tak lagi mampu uruskan diri sendir...
Macam Mana Nak Bersihkan Hati Dengan Mudah

Macam Mana Nak Bersihkan Hati Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum hai semua Selamat pagi Cikla setuju sangat bila orang kata segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati Bagi cikla hati ni umpama kotak fius yang membolehkan segalanya berfungsi dengan baik Kalau karat kotak fius tu maka...
Pandai Daddy Nak Korek Rahsia Dr Sheikh Muszaphar Trik Anak Sulung Macam Kawan Ramai Puji

Pandai Daddy Nak Korek Rahsia Dr Sheikh Muszaphar Trik Anak Sulung Macam Kawan Ramai Puji

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 229 hits
Mendidik anak perlu berbeza mengikut usia Bagi Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dia punya cara sendiri mendidik anak sulungnya Apa yang menarik Dr Sheikh bijak mendekati anak sulungnya yang kini menginjak remaja dengan menjadikannya sebagai...
Mana Nak Dapat Boss Macamni Hargai Jasa Pekerja Hafiz Mahamad Taja 120 Staf Tunaikan Umrah

Mana Nak Dapat Boss Macamni Hargai Jasa Pekerja Hafiz Mahamad Taja 120 Staf Tunaikan Umrah

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 158 hits
Baru baru ini viral di media sosial Instagram mengenai sebuah hantaran video oleh usahawan terkenal Hafiz Mahamad yang membuat kejutan kepada 120 staf pekerjanya dengan memberikan mereka pakej mengerjakan umrah Menerusi video tersebut dapat...
Nak Meriahkan Susu Badan Masa Pantang 2 Menu Simple Ni Sedapnya Lain Macam

Nak Meriahkan Susu Badan Masa Pantang 2 Menu Simple Ni Sedapnya Lain Macam

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 261 hits
Menu pantang memang paling sedap Mana taknya bukan sahaja bahannya dari bahan segar bahkan paling mudah dan ringkas Rasa pun memang hebat Menu ketika pantang pastinya lebih memfokuskan kepada nak banyakkan susu dan juga makanan segar untuk ...
Kasihan Kylie Jenner Jadian Tak Boleh Makan Ayam Goreng Seringgit S4kit Rasa Macam Nak Cabvt Bibir Letak Tepi

Kasihan Kylie Jenner Jadian Tak Boleh Makan Ayam Goreng Seringgit S4kit Rasa Macam Nak Cabvt Bibir Letak Tepi

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 348 hits
INDIVIDU yang mempunyai alahan terhadap sesuatu keadaan makanan ataupun ub4t ub4tan sering ditemui dalam kalangan kita Namun kesan terhadap alahan bergantung kepada setiap individu kerana ada juga yang terpaksa dimasukkan ke hospital beriku...
Pinggang Macam Nak Putus Tak Cukup Rehat Jaga Anak Raja Ilya Lega Suami Bantu

Pinggang Macam Nak Putus Tak Cukup Rehat Jaga Anak Raja Ilya Lega Suami Bantu

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 181 hits
Bergelar ibu bukannya mudah sepenuhnya perhatian diberikan kepada bayi yang masih kecil Bagi pelakon Raja Ilya yang selamat melahirkan bayi perempuannya pada Julai lalu mengakui cabaran baru bergelar ibu Biarpun amat bahagia dengan momen da...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut