Nak Bersama Ph Kena Berani Dan Bersih Memperjuangkan Rakyat Kalau Masih Lagi Nak Samun Elok Melingkup


 

TAK SEMESTINYA UMNO PERLU BERSAMA PH, TAPI DEMI SURVIVALNYA, TARIK SOKONGAN TERHADAP MUHYIDDIN TIDAK HARUS DILENGAHKAN LAGI

Apa yang barangkali menyebabkan UMNO jadi teragak-agak untuk secara rasmi menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN ialah kerana terkepung dengan slogan “No Anwar No DAP”.
Rasa terkepung itu membuatkan rata-rata beranggapan apabila UMNO menolak Muhyiddin bermakna ia menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan sedia bersama DAP membentuk sebuah kerajaan baharu.
Sebenarnya, ketakutan UMNO yang keterlaluan terhadap slogan “No Anwar No DAP” itu adalah merupakan sebahagian kejayaan Annuar Musa dan beberapa pihak lain dalam UMNO sendiri yang lebih sayangkan Muhyiddin dan Bersatu berbanding parti mereka sendiri.
Bekerjasama dengan Anwar dan PH hanyalah suatu pilihan, bukan kewajipan bagi UMNO, tetapi harus diingat politik ini tidak rigid, malah Annuar Musa ketika belum beroleh kuasa dulu pun pernah melontarkan pandangan tentang kerjasama UMNO dengan DAP.
Selain itu, politik ini yang penting adalah kuasa dan lihatlah bagaimana Pas yang dalam usahanya mengejar kuasa, telah menjadi parti paling banyak kahwin cerai dengan parti-parti lain.
Pokoknya, selagi Muhyiddin tidak dijatuhkan, Annuar Musa dan mereka yang sekapal dengannya akan terus jadi menteri dan beroleh banyak habuan lain daripada kerajaan, meskipun sebenarnya telah kalah perang dalam PRU 2018 lalu.
Tidak semestinya dengan UMNO menarik sokongan terhadap Muhyiddin bermakna sebuah kerajaan baharu yang ada DAP dan Anwar sebagai Perdana Menterinya akan terbentuk secara automatik.
Kiranya UMNO berpegang dengan pendirian asal iaitu mahu PRU15 diadakan dengan segera, sebenarnya dengan menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan PN, itu adalah pendekatan paling sesuai dilakukan, walau ketika ini darurat sedang dikuatkuasakan.
Selagi UMNO tidak berani secara rasmi menarik sokongan, selagi itulah PRU15 tidak mungkin diadakan dengan cepat dan Muhyiddin ada kebebasan menentukannya mengikut keselesaannya.
Muhyiddin akan terus berlengah-lengah untuk mengadakan PRU sehingga kedudukan Bersatu dan PN benar-benar diyakini sudah kuat.
Tidak mustahil nantinya darurat akan disambung lagi atau selepas 1 Ogos nanti helah lain pula akan digunakannya.
Yang pasti, meskipun dalam tempoh darurat dan Muhyiddin sendiri selalu bercakap dianya tidak berpolitik dalam tempoh berkenaan atas alasan ingin menumpu untuk melawan Covid19, sebenarnya ketika itulah PN sedang mengukuhkan cengkaman politiknya dengan antaranya membawa Gerakan menyertai gabungan tersebut.
Hakikatnya, ketika orang lain leka atau berjaya dilekakan, di waktu itulah Muhyiddin bermain politik, malah dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden Gerakan semalam berhubung kemasukan parti itu ke dalam PN bermakna beliaulah yang pertama menerima keistimewaan kuarantin tiga hari untuk menteri-menteri seperti yang ditandatangani Dr. Adham Baba, walaupun yang membantah peraturan tersebut lebih ramai daripada yang menyokongnya.
Itulah Muhyiddin, seorang yang tidak peduli dengan suara rakyat dan desakan yang tidak memihak kepadanya.
Lebih lama ruang masa terbuka, Muhyiddin akan terus mencari jalan mengukuhkan kedudukan PN dan selepas ini tidak mustahil ada lagi parti-parti lain akan ditariknya untuk bergabung dengan PN.
Atau mungkin, dengan masa yang berlalu itu, UMNO terus dikucar-kacir serta dilemahkan, kalau pun tidak diisytiharkan sebuah parti yang haram atas pelbagai sebab serta hujah perundangan.
Untuk itu, sesuai dengan usul putus hubungan dengan Bersatu sudah diluluskan, UMNO tidak harus bertangguh lagi dalam membuat keputusan menarik sokongannya secara rasmi terhadap Muhyiddin.
Menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan ini mesti dilihat sebagai pilihan untuk memastikan survival dan masa depan UMNO semata-mata.
Lebih-lebih lagi, dua Ahli Parlimen UMNO – Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz sudah pun membuat pengumuman terbuka menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan PN, selain Tengku Razaleigh Hamzah yang sejak awal tidak mengiktiraf keabsahan Perdana Menteri.
Walaupun dengan tiada sokongan daripada tiga Ahli Parlimen UMNO itu sepatutnya Muhyiddin telah jatuh atau secara moralnya mesti meletak jawatan, tetapi beliau ternyata bukanlah seorang pemimpin yang ada perasaan malu.
Maka, jangan dibiarkan Muhyiddin terus ada keselesaan menentukan bila PRU15 hendak diadakan, sebaliknya UMNO sebagai kelompok Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan PN hendaklah memaksa ke atas Perdana Menteri, sesuai dengan keinginan tersebut yang sudah lama digembar-gemburkan.
Dengan secara rasmi UMNO mengumumkan menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan, pilihan yang ada bagi Muhyiddin ialah sama ada meletak jawatan atau memohon pembubaran Parlimen.
Kalau Muhyiddin terus berdegil dengan buat-buat sejuk atas alasan sekarang darurat, tindakan UMNO itu setidak-tidaknya akan menarik perhatian Agong untuk bertindak atau berbuat sesuatu untuk menyelesaikan ketidaktentuan kedudukan kerajaan.
Tambahan lagi, dengan Zahid Hamidi dan Najib Razak lebih berwatak sebagai pembangkang kebelakangan ini, keberadaan UMNO terus dalam kerajaan PN terhampak amat janggal, pelik sekali dan mengelirukan ahli di akar umbi.
Ia lebih pelik daripada watak Annuar Musa yang masih bersama UMNO, cakapnya hari-hari ingin memperjuangkan masa depan UMNO, tetapi yang ingin dikekalkannya sebagai Perdana Menteri ialah Muhyiddin daripada Bersatu.


 (Shahbudindotcom 12/02/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/nak-bersama-ph-kena-berani-dan-bersih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Kah Weiii Agen Cia Nak Tunjuk Contoh Bekalkan Air Bersih Dahulu Asas Paing Mudah Nak Perintah Dengan 18 Ketul

Kah Kah Weiii Agen Cia Nak Tunjuk Contoh Bekalkan Air Bersih Dahulu Asas Paing Mudah Nak Perintah Dengan 18 Ketul

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 231 hits
Nik Abduh puji PAS mampu memerintahFebruary 10 2021 Dalam tempoh hampir setahun Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional ia berjaya membuktikan bahawa parti Islam juga mampu memerintah Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abd...
Gerakan Hampir Pupus Kenapa Masih Nak Beri Nyawa

Gerakan Hampir Pupus Kenapa Masih Nak Beri Nyawa

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 171 hits
ismaweb netOleh Siti Hafidah Abd GhaffarPAS patutnya ambil pengalaman tahaluf siyasi dengan DAP duluBANGI 7 Rejab 1442H Jumaat Gerakan adalah parti yang hampir pupus kenapa perlu parti Melayu memberi nyawa kepada parti yang diibaratkan maya...
Pkp Wajar Ditukar Jadi Pkpp Rakyat Perlu Cari Wang Untuk Hidup Bukan Nak Cari Kos Potong Usus Bagi Kurus

Pkp Wajar Ditukar Jadi Pkpp Rakyat Perlu Cari Wang Untuk Hidup Bukan Nak Cari Kos Potong Usus Bagi Kurus

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 240 hits
Ketika ini hampir semua sektor ekonomi telah dibuka walaupun PKP dan darurat masih berkuatkuasa Dalam pengumuman semalam lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi temasuk kedai pakaian aksesori kedai peralatan sukan kosmetik serta l...
Minta Maaf Lah Tok Akim Rakyat Dah Tak Minat Nak Tahu Berapa Tahun Dato Anu Kena Penjara

Minta Maaf Lah Tok Akim Rakyat Dah Tak Minat Nak Tahu Berapa Tahun Dato Anu Kena Penjara

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 273 hits
Lepas jatuh hukum Tangguh Rayuan Tangguh Tangguh BEBAS Bebaskan je lah sekarang biar negara tambah rosak Curi susu 2 tahun penjara Tak ada jamin Tak ada tangguh Tak ada rayu Berbaloi
Cukup La Di Hujung Usia Masih Nak Kelentong Lagi Ingat Orang Bodo Ka

Cukup La Di Hujung Usia Masih Nak Kelentong Lagi Ingat Orang Bodo Ka

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 148 hits
Faezuddin Puad1 Dalam tulisan terbaru Tun Mahathir dua kali beliau mengaku tiada majoriti untuk bentuk semula kerajaan Di para 18 dan 26 jelas beliau nyatakan Anwar peroleh 92 sokongan dan saya cuma mendapat 62 sokongan 2 Maknanya sokongan ...
5 Makanan Best Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia Yang Patut Dicuba

5 Makanan Best Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia Yang Patut Dicuba

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 268 hits
5 Makanan Best Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia Yang Patut Dicuba Malaysia dengan makanan memang sudah tidak dapat dipisahkan lagi Makanan di Malaysia ini tersangat banyak hingga kadangkala rasa tak tahu nak nikmati menu makanan apa hari ini...
Rakyat Serang Muhyiddin Melalui Istana

Rakyat Serang Muhyiddin Melalui Istana

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 208 hits
3 Februari 2021 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord