Nak Balik Kelantan Dah


Bismillahirrahmanirrahim. Assolatuwassalamu ala Rasulullah saiyidina Muhammad sollallahu alaihi wassalam wa ala alihi wa sohbihi ajama'in.
Singgah Cleanpro Express dahulu ...Sekarang Tedi sedang menemani Master mengeringkan baju yang baru dibasuh Mummy tadi. Pada waktu ini jam menunjukkan pukul 2:19 pagi hari Khamis malam Jumaat.Tugasan mengeringkan baju kali ini kami laksanakan di Cleanpro Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia.Pemilihan Cleanpro sebagai pusat operasi pengeringan baju pada kali ini adalah sangat mudah! Kerana hanya Cleanpro sahaja (dalam pengetahuan Tedi) yang menggunakan duit syiling 50 sen, pusat dobi layan diri yang lain di sekitar kawasan perumahan kami menggunakan token. Penggunaan token ini agak membebankan kerana ada beberapa keping token lebih dalam simpanan kami yang sekarang kami tak tahu nak buat apa. Lebih baik kami gunakan sahaja duit syiling 50 sen yang melambak dalam simpanan kami daripada kami tukarkan duit kertas kepada token. Betul tak?Sekali sampai sini, Cleanpro dah canggih la, dah gunakan pembayaran tanpa tunai pula iaitu menggunakan Visa, mungkin boleh guna dua-dua kad debit atau kad kredit. Urusniaga tanpa tunai macam ni memudahkan pihak pengurusan kerana mereka dapat kurangkan kebergantungan kepada penggunaan syiling 50 dan urusniaga tunai yang akan memaksa mereka mengurus duit tunai tersebut seperti pemindahan wang dan sebagainya.Nak balik Kelantan dah ...Kami buat kerja gila keringkan baju pagi-pagi buta ni bukannya apa, kerana esok kami dah nak bergerak pulang ke Kelantan. Nak hantar Mummy bersalin di sana, di mana Mummy dijangka bersalin di antara 21 Mei 2019 dan 1 Jun 2019.Bersalin di Kelantan kerana dah dekat raya tu, kalau bersalin di Hospital Putrajaya dah tentulah keluarga Mummy dan Master nanti terpaksa beraya bersama kami. Senang bersalin di kampung nanti tumpanglah beraya di sana.Master ambil cuti 3 minggu. Bos besar dah luluskan, manakala bos kecil tampak tak berapa gembira. Ketua pasukan Master pula bertanya kenapa nak kena bercuti terus-menerus 3 minggu? Kenapa tak hantar Mummy dan balik ke KL dulu?Master faham, kerja tengah banyak, dan nampak macam Master sedang bersenang-lenang. Nak balik tadi pun Master dikejutkan dengan berita tugasan Master perlu diserahkan pada 18 Jun. Terkulat-kulat kelat juga muka Master apabila mengetahui tarikh akhir tugasan beliau telah diawalkan.Nak buat macam mana, jawab okay sahajalah... Master ni ibarat mentimun dengan durian, menggolek luka, digolek luka, tergolek pun luka juga...Pagi esok kami akan ke Jabatan Pendaftaran Negara Bandar Baru Salak Tinggi dahulu untuk urusan MyKid si Aina sebelum bergerak ke Kelantan. Nak singgah solat Jumaat di mana ya?Ini suatu perjudian ...Boleh dikatakan ini adalah satu bentuk perjudian buat Master kerana masih belum tidur sedangkan esok nak memandu jauh.Tadi dah siap dah urusan pengeringan baju kami malangnya baju Aina yang kecil-kecil tu tak kering dengan baik, mungkin kerana semasa diputarkan dalam mesin basuh dobi layan diri tersebut baju-baju kecil ni diselimuti pakaian yang lebih besar.Mata Tedi dah mengantuk ni. Tak boleh fikir nak taip apa lagi ni.VersiKarangan ini pertama kali ditaip pada jam 2:19 pagi, hari Jumaat, pada 17 Mei 2019.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2019/05/nak-balik-kelantan-dah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Gaduh Giliran Nak Balik Kampung Siapa Suami Isteri Kena Ada Tolak Ansur

Tak Perlu Gaduh Giliran Nak Balik Kampung Siapa Suami Isteri Kena Ada Tolak Ansur

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 499 hits
Syawal bakal menjelang dua minggu lagi Meriahnya kalau dapat disambut dengan keluarga Perihal giliran pulang ke kampung ini kadang kala menjadi isu besar yang boleh menyebabkan perselisihan faham Siapa tidak mahu menyambut hari raya di samp...
Suruh Jer Amalina Balik Malaysia Buat Apa Nak Susahkan Keluarga Ainul Netizen Bidas Tweet Lelaki Pintar Ini

Suruh Jer Amalina Balik Malaysia Buat Apa Nak Susahkan Keluarga Ainul Netizen Bidas Tweet Lelaki Pintar Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 1398 hits
Suruh jer Amalina balik Malaysia buat apa nak susahkan keluarga Ainul Netizen bidas tweet lelaki pintar iniBaru baru ini Dr Amalina Bakri dan pakar perubatan di London telah menyatakan persetujuan untuk membantu Ainul Mardhiah yang menghida...
Alif Aziz Yang Terhegeh Hegeh Tak Reti Nak Balik Satu Sen Pun Takde Sampai Minta Duit

Alif Aziz Yang Terhegeh Hegeh Tak Reti Nak Balik Satu Sen Pun Takde Sampai Minta Duit

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 1935 hits
Alif Aziz Yang Terhegeh Hegeh Tak Reti Nak Balik Satu Sen Pun Takde Sampai Minta Duit
Mak Ambillah Adik Dengan Abang Bawa Balik Kembar Rayu Ibunya Bawa Mereka Pulang Buat Netizen Sebak

Mak Ambillah Adik Dengan Abang Bawa Balik Kembar Rayu Ibunya Bawa Mereka Pulang Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 311 hits
Pasangan kembar lelaki ini menjadi bualan netizen selepas kemunculan mereka di program Malaysia Hari Ini menimbulkan rasa sebak netizen yang mendengar rayuan mereka pada ibu agar datang membawa mereka pulang nbsp Difahamkan dua beradik berk...
Kemas Beg Balik Kampung Mencabar Bagi Isteri Suami Jangan Pertikai Angkat Je Susun Dalam Kereta

Kemas Beg Balik Kampung Mencabar Bagi Isteri Suami Jangan Pertikai Angkat Je Susun Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 822 hits
Lumrah isteri nak yang terbaik untuk keluarganya Segala persiapan balik raya di kampung dah tersusun rapi dalam kepala isteri Apa yang perlu dibawa banyak mana baju yang perlu dibawa pulang ke kampung semuanya sudah difikirkan awal Jangan k...
Patah Cacat Kekal Itu Kalau Hidup Viral Gambar Kenderaan Balik Raya Anak Berisiko Tercampak Keluar

Patah Cacat Kekal Itu Kalau Hidup Viral Gambar Kenderaan Balik Raya Anak Berisiko Tercampak Keluar

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 797 hits
Perjalanan dalam kenderaan bersama si kecil tidak kira jauh mahu pun dekat jangan sekali kali diambil mudah Baru baru ini tular gambar kenderaan yang disiapkan untuk perjalanan jauh bersama keluarga tular Ia menerima pelbagai reaksi negatif...
Air Yg Mengalir Ke Hilir Tidak Balik Ke Hulu

Air Yg Mengalir Ke Hilir Tidak Balik Ke Hulu

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 2146 hits
as salam Petikan ucapan Allahyarham TG Nik Abdul Aziz Nik Mat Buat semuaSedap kata2nya Apabila kita tua rebut setiap peluang utk bersama rakan2 lama kwn sekolah rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa Air yg ...
Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Meneroka Peluang Di Malaysia Mencari Kerjaya Sebagai Jurutera Oil Gas

Mitski Washing Machine Heart Chord

Malaysia Leads With New Suicide Reporting Guidelines

Oppo Ai Features Revolutionizing The Mobile Experience In Mexico

Malu Pmx Diperintah Bayar Rm20k Kes Yusoff Rawther Vs Anwar Ibrahim Diteruskan Hakim Mahkamah

Perak Needs Further Study On Use Of Vapes E Cigarettes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

Apa Sebenarnya Festival Perahu Naga Sejarah Lokasi Maksudnya

Mb Gangjeong Chicken Kini Di Marrybrown Dengan Rasa Korea Yang Pedas Menggoda

Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

Kembali

Amalan Sunnah Hari Arafah