Najis Lembu 1 Tan Dicuri Polis Lancar Operasi Besar Besaran Buru Suspek


Najis lembu 1 tan dicuri, polis lancar operasi besar-besaran buru suspek



Polis di India sedang melakukan operasi memburu secara besar-besaran susulan mendapat laporan sekumpulan perompak telah mencuri hampir satu tan tahi lembu dari sebuah kampung. 


Penduduk di Kampung Dhurena, Chhattisgarh membuat laporan polis pada minggu lalu setelah mendapati lebih dari 800 kilogram najis lembu hilang dari gudang mereka. 


Polis berkata, sekumpulan perompak terbabit melakukan perbuatan itu pada waktu malam dengan memecah masuk gudang simpanan dan melarikan kotoran lembu itu yang dianggarkan bernilai kira-kira 1.600 rupee (RM89.83).


"Kami telah menyoal siasat beberapa suspek, tetapi belum ada tangkapan," kata pegawai polis, Harish Tandekar pada Rabu. 


Harish juga tidak jelas bagaimana suspek berkemampuan mengangkut sejumlah besar najis lembu itu dan motif mereka mencurinya. Pihaknya memberi jaminan siasatan akan diteruskan dan berusaha mengesan suspek-suspek yang terlibat. 


Difahamkan, Chhattisgarh membeli najis lembu dari peladang tenusu dengan harga 200 rupee per 100 kilogram di bawah skim kerajaan negeri untuk menghasilkan baja kompos. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kerajaan India menggalakkan para petani menjual najis lembu untuk tujuan pertanian organik. 


Terdapat juga peningkatan permintaan terhadap najis ternakan untuk dijadikan sebagai produk mesra alam seperti lampu tanah dan untuk ritual keagamaan. 




'Kek najis lembu' diperbuat dengan mencampurkan najis lembu segar dengan jerami yang kemudian dijemur di bawah sinaran matahari sebelum digunakan oleh komuniti pertanian di India untuk menyalakan api. Sebilangan penganut Hindu menganggap lembu adalah suci dan najisnya digunakan sebagai ubat-ubatan dan amalan suci lain. 


Pada bulan Mei, penganut-penganut Hindu di bahagian Gujarat barat akan mengunjungi tempat perlindungan lembu seminggu sekali untuk menyapu kotoran haiwan itu pada badan sebelum membersihkan diri menggunakan susu. Mereka percaya najis dari seekor lembu akan meningkatkan sistem ketahanan badan mereka bagi membantu mencegah dan menyembuhkan Covid-19. 




Bagaimanapun, Dr JA Jayalal, Presiden Persatuan Perubatan India memberi amaran bahawa amalan itu tidak berfungsi, sebaliknya menjadi punca virus kerana orang sakit sering berkumpul dalam kumpulan yang mahu menjalani rawatan tersebut. 


Pengunjung yang pergi ke tempat tersebut akan menggunakan najis dan air kencing lembu (yang telah diamalkan dalam ritual Hindu selama berabad) dilumurkan pada badan. Dalam masa menunggu kotoran itu kering, mereka akan memeluk lembu dan berlatih yoga untuk meningkatkan tahap tenaga sebelum dibersihkan menggunakan susu. 




Pada tahun 2019, Perdana Menteri Nerendra Modi telah melabur lima bilion rupee untuk penyelidikan najis lembu yang akan dijadikan sebagai ubat-ubatan dan produk kebersihan diri seperti ubat gigi, syampu dan penghalau nyamuk. 


Sumber: Daily Mail


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2021/06/najis-lembu-1-tan-dicuri-polis-lancar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Umum Operasi Besar Besaran Banteras Sektor Ekonomi Tidak Patuh Sop Pkp

Menteri Umum Operasi Besar Besaran Banteras Sektor Ekonomi Tidak Patuh Sop Pkp

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 290 hits
KDN melancarkan Ops Patuh bagi membanteras ketidakpatuhan SOP di peringkat nasional secara bersepadu dan besar besaran Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin Gambar Bernama Persidangan khas Majlis Keselamatan Negara pengurusan Covid 19 Isnin...
Polis Buru Lima Penyamun

Polis Buru Lima Penyamun

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 378 hits
Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS LIMA orang penyamun yang menjadi buruan polis KLANG Polis sedang memburu lima anggota kumpulan penyamun yang merompak dua mangsa di sebuah pejabat di Klang kelmarin Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten ...
Covid 19 Op Patuh Besar Besaran Bermula Esok

Covid 19 Op Patuh Besar Besaran Bermula Esok

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 349 hits
Kerajaan akan melaksanakan Op Patuh secara besar besaran bermula esok dengan menggunakan aset aset strategik semua agensi penguatkuasa negara termasuk helikopter dan juga dron Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin keputus...
Awani Borneo 13 06 2021 Vaksinasi Besar Besaran Di Labuan

Awani Borneo 13 06 2021 Vaksinasi Besar Besaran Di Labuan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 287 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Assim Hassan membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo malam ini Program vaksinasi di Labuan dipertingkat Rumah panjang tanpa kes COVID 19 diberi keutamaan untuk terima sun...
Usahawan Kosmetik Nur Sajat Di Buru Polis Bersabit Kes Penipuan Maklumat Pada Mykad

Usahawan Kosmetik Nur Sajat Di Buru Polis Bersabit Kes Penipuan Maklumat Pada Mykad

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 423 hits
PETALING JAYA Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Nur Sajat kini diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan Dalam satu notis mengesan saksi dikeluarkan Faceboo...
Polis Buru Youtuber Dakwa Jeffrey Kitingan Rasis

Polis Buru Youtuber Dakwa Jeffrey Kitingan Rasis

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 448 hits
Lelaki yang memuat naik video berunsur provokasi terhadap Jeffrey Kitingan di YouTube baru baru ini kini diburu polis Polis buru lelaki hentam presiden STAR di YouTube Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai memuat naik satu video berb...
Polis Buru Tahanan Terjun Sungai Tangan Bergari

Polis Buru Tahanan Terjun Sungai Tangan Bergari

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 226 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis memburu seorang tahanan lelaki yang melarikan diri dalam keadaan tangan bergari ketika dibawa untuk menjalankan siasatan ke lokasi kes curi di Kampung Jias C Kuala Betis Gua Musang Kelantan Isnin lalu Dalam ...
2 Polis Jadi Bidan Terjun Bantu Wanita Lahir Anak Di Sjr

2 Polis Jadi Bidan Terjun Bantu Wanita Lahir Anak Di Sjr

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 497 hits
FMT ReportersSeorang wanita selamat melahirkan anak di sekatan jalan raya di Expressway Kuching Samarahan Kota Samarahan dengan dibantu dua anggota polis dari IPD Kota Samarahan PETALING JAYA Dua anggota polis bertindak sebagai bidan terjun...
Polis Tahan 5 Penghantar Makanan Disyaki Pukul Pelanggan

Polis Tahan 5 Penghantar Makanan Disyaki Pukul Pelanggan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 289 hits
FMT ReportersTangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki dipukul sekumpulan penghantar makanan PETALING JAYA Polis menahan lima penghantar makanan kerana disyaki terlibat dalam kejadian pukul beramai ramai seorang lelaki yang juga ...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tiramisu Sds

De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah