Bayi 6 Bulan Maut Ibu Parah Ditetak Parang Oleh Datuk Saudara


Keadaan bayi perempuan yang meninggal dunia dan ibunya yang parah akibat ditetak datuk saudara dalam kejadian di Kinabatangan semalam. - Foto: Ihsan IPD Kinabatangan
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Bayi perempuan maut ditetak datuk saudara Kinabatangan: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut manakala ibunya parah selepas ditetak datuk saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Ubi Sungai Pauh, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, telinga kiri mangsa berusia 35 tahun itu juga dilaporkan hampir putus akibat serangan lelaki terbabit.



Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu, pada 2.40 petang.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail
Katanya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi mendapati bayi perempuan berusia enam bulan telah meninggal dunia akibat ditetak di bahagian kepala.

Ibu bayi turut parah hingga telinga kirinya hampir putus.
“Ibunya pula mengalami parah di bahagian belakang tengkuk dan telinga kirinya hampir putus akibat tetakan. Mangsa warga asing yang tiada dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dzulbaharin berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.


“Pasukan polis kemudiannya mengesan dan menangkap suspek di kawasan kebun sawit di lokasi sama.

“Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menetak mangsa,” katanya.

Suspek yang diberkas polis di kawasan kebun sawit.
Menurutnya, suspek berusia 60 tahun warga Filipina dibawa ke IPD Kinabatangan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti punca kejadian dan suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan,” jelasnya.


Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau berkata, IPD Kinabatangan memohon kerjasama orang ramai yang mengenali penama iaitu Ismail Santara dan Ana Farhana Musa supaya memberitahu penama bahawa mereka adalah saksi penting perbicaraan kes membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Sandakan.

Katanya, polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua saksi ini untuk memaklumkan kepada Bilik Gerakan IPD Kinabatangan di talian 089-561890 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kinabatangan Asisten Superintendan Razali Basa di talian 019-6217357.

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2022/05/bayi-6-bulan-maut-ibu-parah-ditetak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Cemas Bayi 18 Bulan Terperangkap 30 Minit Dalam Kereta

Ibu Cemas Bayi 18 Bulan Terperangkap 30 Minit Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 144 hits
Ibu cemas bayi 18 bulan terperangkap 30 minit dalam kereta KEMAMAN Seorang ibu berdepan detik cemas apabila bayinya perempuannya berusia 18 bulan terperangkap selama setengah jam di dalam kereta Proton Satria di Taman Samudera Timur Chukai ...
5 Diburu Polis Dalam Kes Lelaki Maut Ditetak Di Bukit Mertajam

5 Diburu Polis Dalam Kes Lelaki Maut Ditetak Di Bukit Mertajam

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 93 hits
Tangkap layar daripada video tular menunjukkan seorang wanita kelihatan memegang senjata tajam dengan mangsa parah terbaring di tepi jalan BUKIT MERTAJAM Polis mengenal pasti identiti lima individu disyaki terlibat menyerang seorang lelaki ...
Polis Siasat Kematian Bayi 11 Bulan Di Rumah Pengasuh

Polis Siasat Kematian Bayi 11 Bulan Di Rumah Pengasuh

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 186 hits
Ketua Polis Kajang Mohd Zaid berkata bedah siasat dijalankan di unit forensik Hospital Serdang dan laporannya adalah Pending Laboratory Analysis PETALING JAYA Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia ...
Buruh Warga Indonesia Maut Ditetak

Buruh Warga Indonesia Maut Ditetak

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 109 hits
Buruh Warga Indonesia Maut Ditetak PEKAN Pergaduhan antara dua rakan warga Indonesia berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut dipercayai ditetak di sebuah rumah kongsi pekerja di Ladang PKNP Agrotech Ganchong di sini pada Isnin Dal...
Angkara Pokok Serai Lelaki Parah Ditetak

Angkara Pokok Serai Lelaki Parah Ditetak

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 121 hits
KUALA KRAI Seorang lelaki parah ditetak dengan sebilah parang selepas dipercayai menuduh dua orang penduduk kampung meracun tanaman serainya dalam kejadian di kebun getah Kampung Gajah Mati Slow Temiang di sini semalam Dalam kejadian kira k...
Leher Ditodong Parang Oleh Rampok Dua Wisatawan Kehilangan Hp Saat Selfie

Leher Ditodong Parang Oleh Rampok Dua Wisatawan Kehilangan Hp Saat Selfie

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 107 hits
Kasat Reskrim Polres Pidie Iptu Muhammad Rizal mengatakan ketiga pelaku masing masing berinisial MM RA dan MES Sementara korban bernama M Irsa Al farichi dan Muhammad Aqil
35 Nama Bayi Perempuan Islam Moden Pilihan Terbaik Lahir Di Bulan Syawal

35 Nama Bayi Perempuan Islam Moden Pilihan Terbaik Lahir Di Bulan Syawal

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 229 hits
Bulan Syawal merupakan bulan kemenangan bagi semua umat muslim diseluruh global kerana di bulan ini semua umat muslim merayakan Hari Raya Idulfitri Bagi sahabat pasangan suami isteri yang sedang menunggu kehadiran oleh butir hati di bulan s...
Macam Boy Elisya Bunting Pelamin Akan Umum Jantina Bayi Bulan Depan

Macam Boy Elisya Bunting Pelamin Akan Umum Jantina Bayi Bulan Depan

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 174 hits
Setelah ramai yang buat spekulasi kehamilan akhirnya Elisya Sandha berkata bukan niatnya menyembunyikan kehamilan yang kini dah masuk tujuh bulan itu Bukan niat untuk menyembunyikan kehamilan Spekulasi kehamilan yang heboh diperkatakan seja...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Tular Gambar Pelupusan Beras Amp Barang Dapur Di Temerloh Pahang Bekas Mp Kuala Krau Tampil Mengaku Bertanggungjawab

Noorkhiriah Disangka Sudah Meninggal Dunia Hanya Kerana Akak Hidup Lagi Dik Baru 5 Hari Kau Dah Arwah Kan Akak

Dua Kali Ditangkap Khalwat Janda Anak Satu Jadi Wanita Pertama Kena Hukuman Sebat Di Terengganu

209 Doa Para Nabi

207 Chapter Master You Words

Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2