Najib Zahid Hamidi Setuju Atau Tidak Mou Dengan Ph Masihkah Ada Masa Depan Buat Mereka Selepas Ini


 
Sebagaimana sebahagian besar daripada kita menyedarinya, bekas Perdana Menteri Najib Razak adalah pemimpin yang paling aktif memberi komen di media sosialnya berkaitan apa saja isu yang berlaku dalam negara dalam tahun-tahun kebelakangan sejak UMNO kehilangan kuasanya.
Kadang-kadang reaksinya mencakupi lebih daripada satu sudut yang berbeza dan dimuatkan pula untuk bacaan rakyat hanya seketika selepas reaksi yang terdahulu dipaparkan.
Terutama ketika Mahiaddin Md Yasin jadi Perdana Menteri, keaktifannya memberi reaksi itu memang mengkagumkan serta memperlihatkan beliau memang menyediakan pasukan yang besar untuk menjaga plafform media sosialnya.
Reaksi, komen dan kritikan Najib yang kerap itu dengan jelas memperlihatkan keprihatinannya yang tinggi terhadap semua perkembangan dalam negara, di samping menunjukkan sikapnya yang tidak setuju terhadap Mahiaddin.
Pemimpin kedua yang tidak kurang aktifnya di media sosial sewaktu era Mahiaddin ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Meskipun beliau banyak menyentuh isu-isu yang melibatkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO serta hubungan parti itu dengan kerajaan PN dan Mahiaddin, Zahid Hamidi bagaimanapun tidak lupa juga mengulas perkara-perkara yang berkaitan kepentingan rakyat.
Gandingan Najib dan Zahid itu dalam memberi reaksi dan komen itu benar-benar dirasakan suatu tekanan buat Mahiaddin sehingglah akhirnya beliau terkulai dan meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.
Tetapi semua era aktif melibatkan Najib dan Zahid Hamidi itu barangkali boleh dianggap sudah tinggal sejarah sekarang ini sebaik Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahiaddin.
Sekarang ini, selepas berbelas jam berlaku sekali pun, meski banyak isu menarik yang berlaku, media sosial Najib dan Zahid Hamidi nampak sepi bagai rumah tiada lagi penghuni.
Dalam banyak isu, kedua-dua mereka kelihatan lesu dan tidak bermaya untuk memberi reaksi, manakala Najib ternampak lebih ghairah mengulas hal berkaitan sukan berbanding politik.
Misalnya dalam isu perlantikan Mahiaddin yang gagal sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri, sehingga ke hari Najib hanya berdiam diri dan tidak mengungkap walau sepatah kata sekali pun.
Setuju atau tidak beliau atas perlantikan yang dibuat Ismail Sabri itu, sedangkan sebelum ini hampir semua tindakan Mahiaddin pasti ada saja ulasan dan kritikannya?
Zahid Hamidi pula hanya mengulas ringan atas perlantikan Mahiaddin itu dengan menyerahkan atas kebijaksanaan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri berbuat demikian.
Takkan sekadar itu saja komen seorang Presiden UMNO, sebuah parti Melayu terbesar dan tertua apabila musuh yang telah dijatuhkan tapi kemudian diberi semula jawatan bertaraf menteri oleh pemimpin UMNO sendiri?
Dalam isu paling terkini iaitu termetrainya MOU antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri dengan PH yang menggambarkan wujudnya kerjasama rasmi dengan blok pembangkang, sampai sekarang belum terdengar lagi sebarang komen atau reaksi daripada Najib dan Zahid Hamidi mengenainya.
Apa agaknya pendirian kedua-dua mereka – setuju atau tidak dengan MOU dengan PH itu?
Jika sebelum ini Najib dan Zahid Hamidi sekadar hanya berani mengutus surat secara sembunyi-bunyi kepada Istana Negara untuk menyokong Anwar Ibrahim, namun tidak pernah berani mengakui secara terbuka keaslian surat tersebut serta tandatangan mereka, Ismail Sabri sebaliknya jauh lebih berani dengan terus duduk semeja untuk menandatangani MOU dengan Ketua Pembangkang itu?
Nampaknya tanpa memperdulikan ketetapan No Anwar No DAP yang telah dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini dan itulah juga sebenarnya pendirian rasmi UMNO sekarang ini, Ismail Sabri telah menunjukkan keberaniannya melanggar semua itu dengan penuh selamba saja.
Tidak cukup dengan itu, dalam majlis menandatangani MOU semalam di Bangunan Parlimen, di sebalik difahami ia adalah melibatkan kerajaan dengan PH sebagai blok pembangkang, UMNO dan kepimpinannya langsung tidak dilibatkan sama sekali.
Oleh kerana Ismail Sabri sekadar Naib Presiden UMNO, apalah salahnya diberi penghormatan kepada Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO untuk turut hadir sama sebagai gambaran kerajaan yang dipimpinnya sekarang adalah kerajaan yang ditunjangi parti itu?
Tidak terasakah Zahid Hamidi dan Najib bahawa UMNO sudah diperkecil dan diperlekehkan dengan termetrainya MOU antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri dengan PH semalam?
Di mana sebetulnya kedudukan UMNO dalam kerajaan yang ada sekarang dan lebih penting lagi, masih ada masa depankah selepas ini buat Zahid Hamidi dan Najib dengan termetrainya MOU yang diterajui Ismail Sabri dengan Anwar semalam itu? – 
ShahbudinHusin 14/09/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/najib-zahid-hamidi-setuju-atau-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Bakal Dibuka Semula Ini Komen Zahid Hamidi Buat Ramai Setuju

Sekolah Bakal Dibuka Semula Ini Komen Zahid Hamidi Buat Ramai Setuju

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 253 hits
Dikhabarkan oleh Menteri Kanan Pendidikan bahawa sesi persekolahan akan dibuka Oktober nanti bagi pelajar yang terlibat dengan peperiksaan Pihak kerajaan sedang mempercepatkan urusan Vaksinasi Baca selanjutnya
Najib Rosmah Pemilik Firma Lubnan Periksa 11 991 Unit Barang Kemas Bulan Depan

Najib Rosmah Pemilik Firma Lubnan Periksa 11 991 Unit Barang Kemas Bulan Depan

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 176 hits
BERNAMA Barang kemas itu antara pelbagai barangan yang disita dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018 Bekas perdana menteri Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansor Gambar AFP Bekas perdana menteri Na...
Najib Jumpa Ismail Sabri Ini Komen Mereka

Najib Jumpa Ismail Sabri Ini Komen Mereka

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 178 hits
Najib jumpa Ismail Sabri ini komen mereka Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di Putrajaya Ismail Sabri berkata dalam pertemuan selama sejam itu beliau dan bekas Pe...
Pusingan U Ros Suatu Kemenangan Buat Zahid Hamidi Tapi Menjadikan Ismail Sabri Pm Lame Duck

Pusingan U Ros Suatu Kemenangan Buat Zahid Hamidi Tapi Menjadikan Ismail Sabri Pm Lame Duck

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 218 hits
Orang yang paling gembira dengan keputusan pusingan U Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS membenarkan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tentunya ialah Ahmad Zahid Hamidi Kegembiran itu barangkali menyamai gembiranya kerana pulih ...
Soalan Maut Hakim Kepada Peguam Zahid Hamidi

Soalan Maut Hakim Kepada Peguam Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 140 hits
Malaysiakini Hakim soal peguam Zahid kenapa sumbangan tunai bukan bentuk cek Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyoal pasukan pembelaan mengapa sum...
Bukit Aman Arah Najib Serah Bukti Selepas Tuduh Lhdn Guna Dokumen Palsu

Bukit Aman Arah Najib Serah Bukti Selepas Tuduh Lhdn Guna Dokumen Palsu

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 217 hits
AGENDA DAILY Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyerahkan dokumen berkaitan laporan dibuatnya terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi membolehkan siasatan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman mengarahkan beka...
Zahid Najib Boleh Ke Penjara Azmin Tidak Boleh Paksa Jadi Tpm

Zahid Najib Boleh Ke Penjara Azmin Tidak Boleh Paksa Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 257 hits
BORHAN AHMADDengan memorandum persefahaman antara Pakatan Harapan dengan kerajaan diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermakna Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak lagi boleh menekan agar beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri ...
Ismail Can Fend Off Najib Zahid And Azmin Now Says Pua

Ismail Can Fend Off Najib Zahid And Azmin Now Says Pua

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 292 hits
Ismail Sabri Yaakob can now sidestep pressure from rivals says DAP s Tony Pua PETALING JAYA Prime Minister Ismail Sabri Yaakob has strengthened his position after learning from the mistakes of his predecessor Muhyiddin Yassin and offering a...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah