Najib Terkejut Sangat Kecewa


malaysiakini.com

Diterbitkan: Aug 16, 2022
Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa "terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan hakim" Mahkamah Persekutuan kerana tidak membenarkan permohonannya mengemukakan bukti tambahan yang dikaitkan dengan kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta

"Saya percaya bukti jelas menunjukkan hakim (Mohd) Nazlan (Mohd Ghazali) sangat memiliki konflik (kepentingan).

“Dia sangat mengetahui transaksi 1MDB dan SRC dan oleh itu menganggap mempunyai pengetahuan peribadi mengenai kedua-dua entiti ini.

“Saya percaya para penyiasat SPRM juga menyedari fakta ini, tetapi kami tidak dapat mengemukakan (bukti tambahan).
"Saya harap dalam rayuan terakhir, kami dapat menunjukkan kebenaran perkara itu," kata Najib semasa sidang media di Istana Kehakiman, Putrajaya selepas prosiding mahkamah tertinggi negara hari ini.

Sementara itu, peguam Zaid Ibrahim yang mewakili Najib juga meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan mengemukakan bukti baru itu dan tidak membenarkan penangguhan pendengaran rayuan utama selama tiga hingga empat bulan.

"(Kami) simpati penuh kepada Najib dan keluarganya. Tetapi keadilan adalah jalan yang panjang. Kadang-kadang anda boleh mendapatkannya di sini, (atau) anda boleh mendapatkannya di tempat lain," kata bekas menteri undang-undang itu.

Terdahulu, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat (gambar, bawah) yang mengetuai panel lima hakim dalam menolak permohonan itu mengarahkan pihak pembelaan meneruskan rayuan utama mereka, Khamis ini.
“Rayuan utama akan diteruskan pada hari Khamis ini pukul 9.30 pagi,” katanya.

Ini merupakan rayuan bekas perdana menteri itu yang terakhir, selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Dis lalu mengekalkan sabitan Najib, dengan hukuman 12 tahun penjara, serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai 2020.

Panel hakim lain yang bersidang dalam pendengaran hari ini ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan serta Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Dalam menyampaikan penghakimannya Tengku Maimun menetapkan permohonan yang dibuat oleh peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik bagi tempoh penangguhan sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan, ditolak sebulat suara, kerana hak bagi perbicaraan yang adil tidak boleh ditangguhkan terlalu lama.

“Dalam perkara ini kita perlu ingatkan diri sendiri mengenai Arahan Amalan Ketua Hakim Negara, yang mengatakan bahawa kes-kes yang sebegini perlu diberi keutamaan. Realiti sebenarnya adalah dana awam yang agak besar akan dibazirkan sekiranya penangguhan diberikan dalam kes sebegini yang merupakan satu pilihan mudah.

“Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang menuntut perayu dilayan sama seperti tertuduh lain. Oleh itu, kami menyatakan sekali lagi bahawa walaupun perayu berhak mendapat haknya menukar peguam, dia tidak berhak membuat pilihan ini dengan mengorbankan mahkamah, pendakwaan atau keseluruhan sistem keadilan,” katanya dan menambah pihak pembelaan memohon penangguhan rayuan ini atas sebab mudah, bahawa mereka tidak bersedia.

Tengku Maimun menegaskan bahawa masa yang diambil untuk kes ini, terutama jumlah hari yang ditetapkan untuk pendengaran, bermakna ramai lagi penjenayah dan orang yang dituduh terpaksa menunggu giliran mereka untuk rayuan mereka didengar.

“Keadilan yang ditangguhkan dalam kes ini, adalah juga keadilan yang dinafikan bagi tertuduh yang lain,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/najib-terkejut-sangat-kecewa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Terkejut Dan Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Najib

Saya Terkejut Dan Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Najib

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 205 hits
Datuk Seri Najib Razak kecewa dan terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya memasukan bukti berkaitan hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Kata bekas Perdana Menteri itu permohonan beliau untuk memasukan bukt...
Najib Terkejut Tak Dapat Tangguh Perbicaraan Permohonan Ditolak

Najib Terkejut Tak Dapat Tangguh Perbicaraan Permohonan Ditolak

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 211 hits
Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya kira kira jam 9 10 pagi tadi untuk perbicaraan rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd Gambar Heikal Rosli Agenda DailyDatuk Seri Najib Razak terkejut dengan keputusan M...
Mengapa Umno Benci Sangat Dengan Laporan Pac Takut Jerung Itu Adalah Najib Atau Zahid Ke

Mengapa Umno Benci Sangat Dengan Laporan Pac Takut Jerung Itu Adalah Najib Atau Zahid Ke

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 221 hits
BORHAN AHMADOrang awam di Malaysia kini keliru mengapa Umno kini benci terhadap laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara mengenai skandal kapal tempur pesisir yang melibatkan RM9 billion Adakah mereka bimbang jerung yang dimaksudkan oleh ...
Najib Terkejut Rakyat Pula Tidak Lupa Kejutan Derma Tok Arab

Najib Terkejut Rakyat Pula Tidak Lupa Kejutan Derma Tok Arab

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 237 hits
wartarakyat com my August 17 2022Oleh MOHD AZAM MOHD ATANSEMALAM bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya...
Perangai Saya Buruk Sangat Ke Kim Jongkook Terkejut Dengar Pengakuan Ahli Running Man

Perangai Saya Buruk Sangat Ke Kim Jongkook Terkejut Dengar Pengakuan Ahli Running Man

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 155 hits
Sepertinya ahli Running Man tidak dapat menahan perasaan mereka mengenai Kim Jong kook ARTIKEL BERKAITAN Dalam salah satu misi mereka menerima menjalani misi di mana kesemuanya perlu memberi kata kunci apabila satu nama diberi Antara nama y...
I Brought Girlfriend To Raid Najib S Home Preposterous Ex Top Cop

I Brought Girlfriend To Raid Najib S Home Preposterous Ex Top Cop

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 142 hits
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh rubbishes allegation by Raja Petra Kamaruddin in blog post Former Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh has rubbished an allegation by a blogger that he had brought his girlfriend to a...
Macc Investigator Najib Used Powers As Pm To Order 1mdb Audit Report Changed Protect Himself From Civil Criminal Action

Macc Investigator Najib Used Powers As Pm To Order 1mdb Audit Report Changed Protect Himself From Civil Criminal Action

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 1459 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak used his powers to instruct for changes to be made in 2016 to the auditor general s audit report on 1Malaysia Development Berhad before it could be given to the bipartisan parliamentary watchdog ...
Video Tu Dah Diedit Tak Pernah Dalam Hidup Saya Nak Bodohkan Orang Lain Najib Asaddok

Video Tu Dah Diedit Tak Pernah Dalam Hidup Saya Nak Bodohkan Orang Lain Najib Asaddok

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 291 hits
Semalam tular di media sosial sifu perniagaan Najib Asaddok dikatakan koyak dengan soalan yang diajukan oleh salah seorang netizen yang menonton live TikToknya kelmarin Najib bagaimanapun menerusi Instastory menjelaskan bahawa insiden itu t...
Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Abaikan Jika Tak Minat

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Klang River Water Level Exceeds Danger Level

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them

Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan