Najib Tak Takut Beri Jaminan Akan Debat Dengan Anwar


malaysiagazette.com
By Manzaidi Mohd Amin
- 14 April 2022

Najib RazakKUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakan pemimpin PKR supaya tidak mereka cerita yang bukan-bukan di sepanjang Ramadan ini mengenai tarikh debat.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, kalau mengikuti cerita dari pembangkang, beliau dipersalahkan seratus peratus, walaupun yang memulakan cabar berdebat adalah pemimpin nombor tiga PKR, iaitu Rafizi Ramli.

“Bulan Ramadan ini, nak cerita biar cerita penuh. Tengok tarikh ni, 1 April 2022 Rafizi cabar Najib debat, 2 April 2022 Najib sahut cabaran debat tapi ajak (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) bersama.

“Kemudian 3 April 2022 (hari pertama Ramadan) Anwar bersetuju debat dan 6 April 2022, Anwar kata ‘waktu sesuai sedang diatur dengan Najib’,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau mengulas beberapa kenyataan yang dikeluarkan Anwar dan Fahmi yang menyindirnya seolah mengelakkan diri daripada berdebat dalam bulan Ramadan.

Kenyataan itu memberi gambaran kepada umum bahawa Najib yang bersungguh-sungguh mencabar Anwar debat, tetapi apabila pihak lawan bersetuju, bermacam-macam helah diberikan berhubung tarikh.

Menurut Najib, selepas kedua mereka menyatakan persetujuan, maka pertemuan pembantunya dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dengan wakil PKR diketuai Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil diadakan.

Selepas itu juga, katanya, Isham telah memaklumkan di media sosial, yang beliau ada berjumpa dengan Fahmi minggu lepas untuk berbincang berhubung debat.

“Dalam perjumpaan itu, kata Isham, Fahmi setuju untuk buat debat selepas raya (Hari Raya Aidilfitri) dan Fahmi juga kata, minggu kedua atau ketiga (lepas raya) pun sesuai.

“Namun, kata Isham, semalam Fahmi memaklumkan kepada media, dia dan PKR tidak setuju pula debat selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Maka Isham jawab, apa punya pusing orang PKR ini. Bulan puasa pun nak sembang. Bulan-bulan puasa ni tak baik menipu, YB,” kata Najib menceritakan kronologi pertemuan antara orangnya, Isham dengan team Fahmi.

Menurut Najib, ketika menumpukan amal ibadah sepanjang 10 hari puasa, beliau terkejut apabila tiba-tiba geng PKR dan Anwar menuduhnya yang cabar debat pada bulan Ramadan.

“Padahal yang mula cabar ialah geng dia, Rafizi… dan geng dia, Fahmi juga yang kata masa paling sesuai debat ialah selepas Ramadan dari segi pengaturan masa, slot masa TV dan demi menghormati bulan Ramadan.

“Yang cabar, korang. Yang sahut, Najib. Yang bersetuju lepas puasa, korang. Yang tuduh kononnya Najib tak berani, korang juga?

“Saya langsung tak takut. Saya beri jaminan, saya akan debat Anwar berhubung isu Sapura Energy. Ini jaminan saya dan saya akan tunaikan. Sebab saya bukan puak manifesto bukan kitab suci,” katanya Najib menyindir.
 – MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/najib-tak-takut-beri-jaminan-akan-debat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Sahut Cabaran Debat Najib Wahai Najib Sikit Hamba Tak Takut Kalau Berani Turun Gelanggang

Anwar Sahut Cabaran Debat Najib Wahai Najib Sikit Hamba Tak Takut Kalau Berani Turun Gelanggang

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 228 hits
Cabaran berdebat yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak semalam disahut oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam kenyataannya Anwar menegaskan sangat menunggu nunggu peluang berdebat melawan Najib kerana cabara...
Debat Najib Anwar Pertempuran Ditetapkan 12 Mei 2022 Di Universiti Malaya

Debat Najib Anwar Pertempuran Ditetapkan 12 Mei 2022 Di Universiti Malaya

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 195 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membincangkan isu Sapura Energy Bhd dan masa depan Malaysia pada 12 Mei ini dalam program debat antara kedua tokoh politik negara itu Pengumuman program debat itu dib...
Najib Jangan Lari Ya Dan Jangan Berpeluh Banyak Sangat Muktamad Debat Anwar Dan Najib 12 Mei Ini

Najib Jangan Lari Ya Dan Jangan Berpeluh Banyak Sangat Muktamad Debat Anwar Dan Najib 12 Mei Ini

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 232 hits
BERITAMuktamad Debat Anwar dan Najib 12 Mei iniAlyaa AlhadjriDiterbitkan Apr 17 2022 Tarikh untuk debat antara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak akhirnya diputuskan iaitu pada 12 Mei ini Perkara itu diumu...
Debat Auta Rafizi Anwar Vs Debat Fakta Najib Razak

Debat Auta Rafizi Anwar Vs Debat Fakta Najib Razak

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 187 hits
Oleh Nurul Aishah SEBENARNYA rakyat sangat tertunggu tunggu untuk melihat bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak mematahkan auta Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli mengenai usaha menyelamatkan syarikat Sapura Energy Bhd Perkara tersebut akan menj...
Debat Dengan Anwar Apakah Najib Mula Beralasan

Debat Dengan Anwar Apakah Najib Mula Beralasan

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 208 hits
Kalau diselak bagaimana bermulanya cerita Najib Razaklah yang mula mula memetik nama Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya Ketika itu Rafizi Ramli ditanya oleh seorang pengacara wanita sebuah portal berita sama ada beliau sedia atau tidak ...
Anwar Sahut Cabaran Najib Saya Sedia Debat Bila Bila Masa

Anwar Sahut Cabaran Najib Saya Sedia Debat Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 210 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 4 2022 12 08 PMBagai pucuk dicita ulam yang mendatang Anwar Ibrahim hari ini menerima cabaran Najib Razak untuk berdebat mengenai usaha menyelamatkan syarikat Sapura Dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari in...
Anwar Minta Fahmi Atur Tarikh Masa Debat Dengan Najib

Anwar Minta Fahmi Atur Tarikh Masa Debat Dengan Najib

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 217 hits
Najib Razak sebelum ini mengalu alukan perdebatan dan meminta pasukan Anwar Ibrahim serta Rafizi Ramli mengaturkan dengan media jika berhasrat mahu diadakan secara langsung PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sudah meminta Ahli Pa...
Muktamad Debat Anwar Dan Najib 12 Mei Ini

Muktamad Debat Anwar Dan Najib 12 Mei Ini

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 165 hits
malaysiakini comTarikh untuk debat antara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak akhirnya diputuskan iaitu pada 12 Mei ini Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan B...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2025

Bahaya Sakit Telinga Boleh Jadi Lebih Teruk Dari Demam

Sharp Malaysia Gabung Estetika Dan Inovasi Jepun Untuk Gaya Hidup Unggul

Kafe 28 Studio Kl Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi

Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera