Najib Setuju Letak Rm3 6b Di Switzerland Sebagai Pencapaian Terbesar Src


Bekas perdana menteri Najib Razak bersetuju bahawa pencapaian terbesar SRC International Sdn Bhd adalah apabila ia ‘meletakkan’ RM3.6 bilion ke dalam bank di Switzerland.
Najib, 67, berkata wang yang diletakkan di BSI Limited Bank di Lugano, Switzerland itu adalah untuk pelaburan dalam sumber tenaga semulajadi dan ia ‘ditempatkan’ di bank itu hanya sebagai ‘transit’.

Loading… Beliau berkata demikian selepas bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan pada sesi pemeriksaan balas oleh pendakwa ad hoc, V Sithambaram pada hari ke-71 perbicaraannya berhubung dakwaan penyelewengan RM42 juta dalam dana SRC di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Sebagai respons Sithambaram secara menyindir berkata tempoh ‘transit’ selama tujuh tahun sejak pinjaman pertama RM2 bilion, dan RM2 bilion lagi dikeluarkan masing-masing pada 2011 dan 2012 sehingga 2018 apabila Najib melepaskan jawatannya, adalah terlalu lama.
Najib tidak menjawab apa-apa.
Sithambaram kemudiannya mencadangkan kelulusan jaminan kerajaan yang kedua bagi pinjaman kedua SRC adalah luar biasa kerana ia berlaku disebabkan kepentingan Najib dalam syarikat sumber strategik itu.
Sithambaram: Sebagai perdana menteri, merangkap menteri kewangan, anda tidak mendapatkan kelulusan bagi pinjaman (kedua) kerana ia akan mewujudkan terdapat konflik kepentingan.
Najib: Saya tidak bersetuju.
Najib mengulangi bahawa pinjaman kedua diluluskan kerana beliau berharap prestasi SRC akan bertambah baik, walaupun beliau telah mendapat gambaran mengenai apa yang berlaku dalam SRC.
“Saya mempunyai keyakinan terhadap mereka yang menduduki lembaga (pengarah) kerana mereka adalah individu yang mempunyai kelayakan tinggi yang berjaya dalam dunia korporat sebelum ini.
“Saya jangka mereka berupaya untuk meneruskan dengan pelaburan itu disebabkan rekod mereka dalam badan korporat,” tambahnya.
Sithambaram turut mencadangkan Najib sepatutnya mengelak daripada menyertai mesyuarat kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan bagi pinjaman kedua Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kerana kehadirannya sebagai perdana menteri mungkin akan mempengaruhi lain-lain menteri, namun ia tidak dipersetujui Najib.
Sithambaram: Saya mencadangkan kepada anda, selain menghantar wang ke Switzerland, tiada apa yang dicapai oleh SRC selepas jaminan kerajaan pertama.
Najib: Ya.
Sithambaram: Selepas beberapa mesyuarat dengan bekas ketua pegawai eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil, anda tidak maklumkan kepada kabinet bahawa syarikat itu tidak membuat apa-apa dengan pinjaman pertama KWAP.
Najib: Tidak, saya tidak maklumkan.
Sithambaram: … dan tuan, anda bersetuju bahawa tiada apa yang boleh ditunjukkan (kepada negara) daripada RM4 bilion yang diperoleh SRC semasa anda melepaskan jawatan?
Najib: Ya, saya setuju.
Sithambaram turut mencadangkan kepada Ahli Parlimen Pekan itu, sekiranya RM4 bilion itu miliknya sendiri, dia akan meletakkan di tempat yang dia tidak tahu bagaimana ia akan berkembang (bertambah), dan Najib tidak memberikan respons terhadap cadangan itu.
Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, yang terdiri daripada tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dengan dana SRC.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 20 Jan.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/01/najib-setuju-letak-rm3-6b-di-switzerland-sebagai-pencapaian-terbesar-src/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Admits He Had No Plan To Bring Back Src S Rm3 6 Bil Frozen In Switzerland

Najib Admits He Had No Plan To Bring Back Src S Rm3 6 Bil Frozen In Switzerland

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 272 hits
Najib Razak says then finance minister II Ahmad Husni Hanadzlah had not made a formal request to retrieve SRC International funds frozen in Switzerland KUALA LUMPUR Putrajaya could have brought back the RM3 6 billion of SRC International Sd...
Rosmah Bought Rm3 3 Million Jewellery Using Najib S Credit Card

Rosmah Bought Rm3 3 Million Jewellery Using Najib S Credit Card

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 599 hits
The 67 year old former prime minister said the purchase was made at a jewellery boutique in August 2014 as a gift to a wife of a foreign dignitary Bernama Photo KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak told the High Court here yesterday that...
Rosmah Selected Rm3 5 Mil Jewellery Gift For Ex Qatari Leader S Wife Najib Tells Court

Rosmah Selected Rm3 5 Mil Jewellery Gift For Ex Qatari Leader S Wife Najib Tells Court

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 437 hits
Rosmah Mansor chose a RM3 5 million gift for a former Qatari leader s wife KUALA LUMPUR Former prime minister Najib Razak today told the High Court he asked his wife Rosmah Mansor to select jewellery items that were meant as a present to a ...
Saya Belanja Berjuta Juta Tapi Tak Tahu Ia Wang Src Najib

Saya Belanja Berjuta Juta Tapi Tak Tahu Ia Wang Src Najib

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 321 hits
Najib Razak hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau telah berbelanja berpuluh juta ringgit wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadinya antara 2014 dan 2015 Bekas perdana menteri berusia 67 tahun itu berka...
Rosmah Beli Barang Kemas Rm3 3 Juta Guna Kad Kredit Najib

Rosmah Beli Barang Kemas Rm3 3 Juta Guna Kad Kredit Najib

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 480 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa isterinya Datin Seri Rosmah Mansor membeli barang kemas bernilai RM3 3 juta di Itali menggunakan kad kreditnya pada 2014 Bekas Perdana Menteri berus...
Klip Audio Didedah Sprm Bukti Saya Tak Tahu Pemindahan Dana Src Kata Najib

Klip Audio Didedah Sprm Bukti Saya Tak Tahu Pemindahan Dana Src Kata Najib

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 393 hits
PETALING JAYA Najib Razak berkata satu daripada 9 rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam akan membuktikan beliau tidak menipu kerana tidak tahu dana SRC International dimasukkan ke akaunnya Klip audio d...
Rentasan Berita 620 Gempar Najib Dipermainkan Ahli Lembaga Pengarah Src

Rentasan Berita 620 Gempar Najib Dipermainkan Ahli Lembaga Pengarah Src

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 440 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 620 1 SIAPA BERANI PALSUKAN TANDATANGAN NAJIB 2 TIDAK ADIL PERSOAL INTEGRITI PEGUAM NEGARA TANPA BUKTI 3 PERUNTUKAN RM1 JUTA BINA RUANG MEROKOK DIKECAM 4 APA DI SEBALIK PERASAAN HANG TUAH MASZLEE MALIK Layari Facebook...
It S Up To Kwap To Decide On Src S Request For Funds Says Najib

It S Up To Kwap To Decide On Src S Request For Funds Says Najib

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 306 hits
Retirement Fund Incorporated approved a RM2 billion loan to SRC International Sdn Bhd which wanted more funds to invest in the alternative energy field KUALA LUMPUR Former prime minister Najib Razak said he did not have any intention of for...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

The Fight For Syria


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told