Rosmah Beli Barang Kemas Rm3 3 Juta Guna Kad Kredit Najib



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membeli barang kemas bernilai RM3.3 juta di Itali menggunakan kad kreditnya pada 2014

Bekas Perdana Menteri berusia 67 tahun itu berkata, pembelian itu dibuat di sebuah butik barang kemas pada Ogos 2014 sebagai hadiah kepada isteri seorang kenamaan asing

Semasa diperiksa balas oleh Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V Sithambaram, tertuduh berkata beliau yang meminta isterinya membuat pembelian itu

Terdahulu, Najib memberi keterangan beliau membelanjakan amaun itu untuk membeli barang kemas

Semasa Sithambaram bertanya kepada Najib berhubung jumlah sebenar barang kemas yang dibeli daripada butik itu, Najib menjawab: "Hanya satu barang kemas."

Sithambaram kemudian meminta bekas menteri kewangan itu merujuk kepada penyata bank beliau bertarikh September 2014 yang menyenaraikan pembelian 10 barang daripada butik itu pada tarikh berkenaan

Selepas merujuk pada penyata itu, Najib kemudian berkata, ia seperti satu set barang kemas

"Tampak seperti satu set. Tetapi saya perlu periksa dengan isteri saya. Beliau yang membeli barang ini," katanya

Sithambaram: Ya, hanya wanita yang tahu apa yang disukai wanita lain (sambil ketawa)

Ditanya siapa yang menyerahkan hadiah itu kepada isteri kenamaan asing itu, tertuduh berkata, ia dibuat menerusi pegawai protokol dan ia merupakan amalan lazim

Kepada soalan lain, Najib berkata, beliau tidak ingat jika sumbangan berbilion ringgit yang dikatakan diterima daripada kerabat diraja Arab Saudi telah digunakan untuk usaha bantuan dalam kejadian banjir di Kelantan pada 2014

Ahli Parlimen Pekan itu turut memberi keterangan bahawa perbelanjaan ribuan ringgit menggunakan kad kredit peribadinya adalah tidak signifikan berikutan sumbangan yang beliau terima daripada kerabat diraja Arab Saudi

Terdahulu, Najib diasak dengan pelbagai soalan oleh Sithambaram berhubung terdapat banyak perbelanjaan membabitkan ribuan ringgit dalam penyata kad kreditnya

Pada prosiding sebelum ini, Najib berkata, satu-satunya perbelanjaan peribadi yang signifikan yang dicaj pada kad kreditnya adalah pembelian jam tangan Chanel berharga RM466,330.11 untuk isterinya, Rosmah

Sithambaram: Saya cadangkan kepada anda bahawa kenyataan anda bahawa jam tangan mewah itu satu-satunya perbelanjaan peribadi dibuat anda adalah tidak betul

Najib: Saya layak, jam tangan itu penting. Perbelanjaan lain tidak signifikan

Sithambaram: Namun, terdapat perbelanjaan lain (ribuan ringgit) termasuk penginapan di hotel di Rome, Bali dan Bangkok

Najib: Ya, tetapi semua itu tidak signifikan

Sithambaram: Tidak signifikan berdasarkan sumbangan Arab

Najib: Ya

Sithambaram: Signifikan bagi orang lain

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International melibatkan tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dana SRC

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 20 Januari. - Bernama 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2020/01/rosmah-beli-barang-kemas-rm33-juta-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Bought Rm3 3 Million Jewellery Using Najib S Credit Card

Rosmah Bought Rm3 3 Million Jewellery Using Najib S Credit Card

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 610 hits
The 67 year old former prime minister said the purchase was made at a jewellery boutique in August 2014 as a gift to a wife of a foreign dignitary Bernama Photo KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak told the High Court here yesterday that...
Rosmah Selected Rm3 5 Mil Jewellery Gift For Ex Qatari Leader S Wife Najib Tells Court

Rosmah Selected Rm3 5 Mil Jewellery Gift For Ex Qatari Leader S Wife Najib Tells Court

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 451 hits
Rosmah Mansor chose a RM3 5 million gift for a former Qatari leader s wife KUALA LUMPUR Former prime minister Najib Razak today told the High Court he asked his wife Rosmah Mansor to select jewellery items that were meant as a present to a ...
Najib Terkejut Rm42 Juta Masuk Akaun Namun Akui Tidak Pulangkan

Najib Terkejut Rm42 Juta Masuk Akaun Namun Akui Tidak Pulangkan

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 276 hits
Mengakui terkejut mendapat tahu wang berjumlah RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd dalam akaun bank miliknya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui tidak memulangkan kepada syarikat berkenaan Najib yang membela diri ...
Kocak Ini Ekspresi Baim Wong Saat Beli Bantal Seharga Rp2 Juta Untuk Paula Di Rs

Kocak Ini Ekspresi Baim Wong Saat Beli Bantal Seharga Rp2 Juta Untuk Paula Di Rs

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 265 hits
Baim Wong benar benar mempersiapkan segala hal jelang kelahiran anak pertamanya Selain mempersiapkan hotel untuk keluarga Paula Verhoeven Baim juga memberikan hadiah bantal untuk Paula
Sprm Bongkar Audio Konspirasi Jenayah Libatkan Najib Rosmah

Sprm Bongkar Audio Konspirasi Jenayah Libatkan Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 327 hits
Latheefa Koya mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah di peringkat tertinggi ketika sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini Foto Bernama PUTRAJAYA DIKEMASKINI Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
Sayang Awak Perdana Menteri Awak Dikelilingi Orang Yang Bodoh Rakaman Suara Dipercayai Rosmah Pada Najib

Sayang Awak Perdana Menteri Awak Dikelilingi Orang Yang Bodoh Rakaman Suara Dipercayai Rosmah Pada Najib

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 559 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini memutarkan beberapa set rakaman audio perbualan yang melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain lain yang disifatkan oleh ketua badan anti rasuah itu Latheefa Koya se...
Dedah Audio Najib Rosmah Polis Rakam Kenyataan Latheefa

Dedah Audio Najib Rosmah Polis Rakam Kenyataan Latheefa

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 274 hits
Latheefa Koya pada 8 Januari lepas mendedahkan sembilan rakaman audio perbualan berdurasi 45 minit antaranya dipercayai melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak Foto oleh Farhan NajibPUTRAJAYA 16 Jan Sepasukan polis hari ini ...
Berhenti Sekolah Darjah 6 Gaji Pertama Beli Lembu Kini Pendapatan Rm1 Juta Setahun

Berhenti Sekolah Darjah 6 Gaji Pertama Beli Lembu Kini Pendapatan Rm1 Juta Setahun

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 407 hits
Rezeki orang berlainan rupa Cover image via Harian Metro Tak dinafikan bukan begitu mudah untuk memperoleh pekerjaan pada zaman sekarang Tidak kiralah anda mempunyai kelulusan apa sekalipun ia belum tentu menjamin peluang kerjaya kepada and...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future