Najib Rosmah Belum Tentu Dipenjara


Najib Razak dan Rosmah Mansor berdepan hukuman penjara jika didapati bersalah atas kesalahan penggubahan wang haram dan salah guna kuasa. – Foto ihsan Projek MMO
oleh A Kadir Jasin
Kemana pun saya pergi sekarang, soalan yang kerap ditanya adalah mengapa bekas perdana menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak tidak dipakaikan kemeja-T oren lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Turut “dikecualikan” daripada memakai pakaian seragam itu adalah isterinya, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor.
Kalau orang biasa yang tanya, saya tak hairan sangat. Ini peguam, pendakwa raya dan menteri kabinet pun tanya.
Ada orang kata, mereka tidak dipakaikan uniform tersebut kerana mereka tidak dikenakan tahanan reman manakala yang lain pula kata, kerana tidak ada bahaya mereka melarikan diri.
Ada yang tanya adakah ini pilih kasih atau ada lagi pihak yang memihak kepada mereka?
Tapi semua kata adalah tidak adil Najib dan Rosmah dikecualikan. Lebih tidak patut kalau alasan sengaja dibuat supaya mereka tidak perlu memperagakan pakaian seragam itu.
Betapa tidak. Beberapa orang kanan Najib seperti (Tan Sri) Isa Samad, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Rahim, Datuk Hasanah Abdul Hamid dan (Datuk) Rizal Mansor semuanya “diorenkan”.
Saya kurang pasti kalau Datuk Seri (tengku) Adnan Mansor juga “dibajuorenkan”. Tetapi rasanya tidak. Kalau tidak silap dia pakai baju seakan batik berwarna biru.
Banyak lagi kes SPRM yang menanti Najib dan Rosmah. Jadi kita tunggu dan lihatlah sama ada hasrat orang ramai melihat Najib dan Rosmah memperagakan seragam oren itu akan termakbul.
Kemudian orang pun bertanya mengenai Najib yang terus membuat kenyataan seolah-olah dia masih Perdana Menteri dan keengganannya masuk kandang tertuduh ketika sesi pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 16 November lalu.
Berkenaan Najib membuat kenyataan, saya rasa itu hak dia lah. Dia masih bebas dan kita pun menghormati kebebasan bersuara. Nasihat saya, kalau mual dan loya tak payahlah baca komen dia.
Ini cerita orang takut hantu ketika berseorangan pada malam gelap gelita. Lagi takut, lagi kuatlah dia menyanyi atau bercakap sendirian.
Bersabit keengganan dia masuk kandang tertuduh pula, ada orang, termasuk peguam kata, perbuatannya itu menghina mahkamah. Orang putih kata “contempt of court”.
Penyelidikan saya mendapati bahawa di bawah Perkara 26 Jadual Ketiga (Seksyen 99A) Akta Mahkamah Rendah 1947, sabit tuduhan menghina mahkamah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga minggu atau denda.
Tapi saya rasa keengganan masuk kandang itu dibuat untuk menguji kesabaran hakim dan mencabar peraturan mahkamah.
Adalah kebiasaan dalam perbicaraan bagi orang kena tuduh dan peguam mereka menggunakan pelbagai tipu helah dan isu teknikal bagi melengahkan perbicaraan dan sekali gus mencetuskan keraguan.
Kita telah tengok bagaimana kaedah ini digunakan secara berleluasa dalam kes-kes berat atau sensasi, khususnya yang membabitkan orang politik dan orang kenamaan lain.
Silap-silap tertuduh sakit perut, sakit jantung, sakit mata dan macam-macam lagi. Kemudian tukar peguam. Lepas itu bantah itu dan ini.
Proses mahkamah lazimnya perlahan kerana mahkamah perlu teliti. Ada empat peringkat mahkamah yang perlu dilalui sebelum seseorang itu menjalani hukuman.
Dalam kes Najib ini sudah pasti dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Dengan takdir dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, dia boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan. Kalah di Mahkamah Rayuan merayu pula kepada Mahkamah Persekutuan. Kalau kalah juga barulah masuk penjara.
Jadi, nasihat saya, kita jangan terlalu sangat menaruh harapan hendak tengok Najib, Rosmah dan sekutu mereka dicampakkan ke dalam penjara dalam masa yang singkat.
Kalaulah ditakdirkan Pendakwa Raya menang, saya rasa kita berikan sedikit keistimewaan kepada Najib.
Kita benarkan dia dibawa ke Penjara Sungai Buloh atau Kajang dengan menaiki MRT kerana kebetulan dia memilih membina MRT di antara Sungai Buloh dan Kajang yang kedua-duanya ada penjara.
*Datuk A Kadir Jasin ialah bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd dan kini merupakan pimpinan pusat parti BERSATU. Artikel pertama kali disiar di blog beliau ini adalah pandangan peribadinya yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.
KLIK BACA: Gambar perkahwinan Agong dengan Ratu Cantik Russia
KLIK BACA: Najib arah keluar maklumat Jho Low dalam laporan audit 1MDB yang disediakan Ketua Audit Negara
KLIK BACA: Saya tegur Jho Low, 1MDB, Najib senyap – Tajuddin Rahman
KLIK BACA: Najib tidak kena tipu Jho Low, penulis buku Billion Dollar Whale jelaskan
KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok
KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah
KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!
The post Najib, Rosmah belum tentu dipenjara appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190383/najib-rosmah-belum-tentu-dipenjara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Deepak Saman Rosmah Najib Dan Azeez Rahim Isu Tanah Dan Cukai Lhdn

Deepak Saman Rosmah Najib Dan Azeez Rahim Isu Tanah Dan Cukai Lhdn

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 353 hits
Pengarah Carpet Raya Sdn Bhd JR Deepak Jaikishan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri serta seorang lagi kerana mendakwa pasangan itu bertanggungjawab membayar cukai hasil dikenakan ke atas syarikatnya ketika ahli per...
Najib Saya Bernasib Baik Belum Didakwa Kes Liwat

Najib Saya Bernasib Baik Belum Didakwa Kes Liwat

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 237 hits
Diterbitkan 25 Nov 2018 11 47 malamBekas perdana menteri Najib Razak hari ini secara sinis berkata beliau bernasib baik kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri sudah dimansuhkan dan tidak berdepan dakwaan kes liwat Kenyataan melalui Facebook i...
Najib Razak Beruntung Saya Belum Dituntut Kasus Sodomi

Najib Razak Beruntung Saya Belum Dituntut Kasus Sodomi

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 208 hits
Najib Razak menuliskan pendapatnya dalam akun Facebook kemarin setelah muncul laporan dari Jenderal Auditor Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang menyebut bahwa laporan audit asli terkait 1MDB telah diubah
Penyebar Filem Munafik 2 Menyesal Hidup 100 Tahun Belum Tentu Dapat Bayar Rm100 000

Penyebar Filem Munafik 2 Menyesal Hidup 100 Tahun Belum Tentu Dapat Bayar Rm100 000

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 277 hits
Semalam Mahkamah Majistret Taiping mengarahkan seorang lelaki dengan nama Muhammad Izwan Shah Kamal membayar saman RM100 000 kepada pihak Skop Productions atas kesalahan menyebarkan filem Munafik 2 secara haram di Facebook atas akaun Sasuke...
Deepak Saman Najib Rosmah Berhubung Cukai Hasil

Deepak Saman Najib Rosmah Berhubung Cukai Hasil

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Pengarah Carpet Raya Sdn Bhd JR Deepak Jaikishan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri serta seorang lagi kerana mendakwa pasangan itu bertanggungjawab membayar cukai hasil dikenakan ke atas syarikatnya ke...
Jangan Terlalu Harap Najib Rosmah Akan Ke Penjara

Jangan Terlalu Harap Najib Rosmah Akan Ke Penjara

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 305 hits
ULASAN Kemana pun saya pergi sekarang soalan yang kerap ditanya adalah mengapa bekas perdana menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak tidak dipakaikan kemeja T oren lokap ...
Untuk Semua Belum Tentu Untuk Kita

Untuk Semua Belum Tentu Untuk Kita

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 255 hits
UNTUK SEMUA BELUM TENTU UNTUK KITA Assalammualaikum wbtUNTUK SEMUA BELUM TENTU UNTUK KITA 334 hari sudah kita lalui Berbaki 31 hari sahaja lagi Di tahun 2018 ini Akhirnya Disember menjelma Menjadi bulan penutup masihi setiap tahun Alhamduli...
Belum Tentu Hadir Sandiaga Yakin Reuni 212 Bukan Untuk Kepentingan Politik

Belum Tentu Hadir Sandiaga Yakin Reuni 212 Bukan Untuk Kepentingan Politik

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 236 hits
Mantan Wakil Gubernur DKI Jakarta itu ingin reuni 212 bisa berjalan damai dan lancar Serta tidak dimanfaatkan sebagai ajang politik semata
Tengok Isteri Lemah Keluar Banyak Darah Masa Bersalin Kuatnya Kamu Suami Belum Tentu Mampu

Tengok Isteri Lemah Keluar Banyak Darah Masa Bersalin Kuatnya Kamu Suami Belum Tentu Mampu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 514 hits
Pengalaman bersalin bagi setiap wanita lain lain Ada yang mudah ada yang perlu melalui sakit yang lama dan bagi sesetengah kes kena czer Ibaratnya kita tak boleh nak jangka kesakitannya cuma hanya perlu sentiasa bersedia dan mendapat sokong...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage