Ku Nan Harap Rakyat Tak Salah Pilih Kerajaan Lagi
AGENDA DAILY	 								 								 											

						Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
															 																					 									 							 					 						Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berharap seluruh ahli dan rakyat  Malaysia mengambil keputusan bijak memilih kerajaan pada Pilihan Raya  Umum (PRU) akan datang dan tidak lupa peristiwa yang terjadi selepas  UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang pada 2018.
Menurut Ahli Parlimen (MP) Putrajaya itu, selama lebih 60 tahun UMNO  dan BN menjadi kerajaan, tiba-tiba bila tampuk pimpinan kerajaan  bertukar kepada Pakatan Harapan (PH), negara tidak lagi stabil sehingga  ke hari ini.
“Saya berharap ahli UMNO dan rakyat tidak  lupa dengan PRU 14 lalu apabila kerajaan baharu (PH) menggantikan UMNO  dan BN, yang natijahnya sehingga kini negara tidak stabil.
“Pihak pembangkang iaitu PH sebelum  menang PRU 14 hanya menggunakan pemimpin tertentu sebagai boneka mereka  untuk mendapatkan kuasa.
“Saya bukan beretorik. Renungkan selama  lebih 60 tahun UMNO dan BN menerajui kerajaan, apa yang rakyat telah  lalui dan bandingkan dengan apa yang berlaku lebih dari tiga tahun dalam  kerajaan-kerajaan baharu yang mentadbir sebelum ini,” katanya dalam  laporan MalaysiaGazette. 
Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga  Bendahari UMNO berkata, sepanjang tempoh tiga tahun ini, rakyat mengeluh  kerana ketidakstabilan politik.
Katanya, dalam tempoh itu sehingga kini,  sekurang-kurangnya tiga perdana menteri iaitu dari PH, Perikatan  Nasional (PN) dan sekarang BN bersama gabungan sedia ada.
Ujar Tengku Adnan atau mesra disapa Ku  Nan itu lagi, sejak sebelum PRU 14, kepimpinan UMNO sudah mengingatkan  rakyat dan ahlinya berhati-hati kerana pembangkang ketika itu akan cuba  sedaya upaya menggunakan tipu helah dan fitnah untuk memburukkan parti  keramat orang Melayu.
“Cukuplah 22 bulan PH mentadbir, pelbagai  permasalahan berlaku, namun mujurlah mereka (memerintah) tidak lama.  Demikian juga dengan kerajaan sementara yang kini telah berganti,  kestabilannya juga belum ada.
“Kerana itu, saya rayu ahli akar umbi,  tolong ingat kembali apa yang berlaku dalam pilihan raya lalu. Kesannya  sehingga sekarang ramai hilang kerja yang berpunca daripada kesilapan  memilih kerajaan,” katanya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/ku-nan-harap-rakyat-tak-salah-pilih.html