Najib Rosmah Dan Tiga Anak Bantah Pihak Ketiga Tuntut Harta Disita Polis


Bernama Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjalan keluar selepas selesai mendengar beberapa pertuduhan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd dan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti HAram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
KUALA LUMPUR –  Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan tiga anak mereka membantah tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap harta mereka yang dirampas oleh pihak polis tahun lepas.

Peguam Syahirah Hanafiah yang mewakili Najib, Rosmah dan tiga anak mereka berkata, pihaknya akan memfailkan notis permohonan untuk membantah dan notis perakuan segera di Mahkamah Tinggi sebelum atau pada 18 Julai ini berhubung perkara itu
 “Kami membantah pihak ketiga menuntut harta yang disita itu. Secara asasnya harta dirampas di bawah nama responden pertama iaitu Datuk Seri Najib, apa yang dirampas adalah barang miliknya,” kata peguam itu selepas pengurusan kes dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas di sini, hari ini.

Harta-harta itu disita oleh pegawai penyiasat polis antara 17 Mei 2018 hingga 11 Mac 2019 adalah berhubung dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) atau hasil daripada aktiviti haram melibatkan responden-responden.

Selain itu, Syahirah berkata, pihaknya juga akan memfailkan satu permohonan bagi mendapatkan senarai harta bagi mengetahui perinciannya iaitu dari mana harta diambil, jenis harta, jenama, warna dan seumpamanya.

Syahirah berkata, pengurusan kes ditetapkan pada 30 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

Pada 30 Mei lepas, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan pihak pendakwaan mewartakan notis kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas ratusan beg tangan pelbagai jenama, wang tunai pelbagai mata wang asing, jam tangan dan 27 buah kereta yang dirampas daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka dan 13 individu serta syarikat.

Hakim Mohamed Zaini membenarkan permohonan pendakwaan mengikut Akta 56 dan 61(2) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Notis berkenaan adalah bagi membolehkan pihak berkepentingan terbabit untuk tampil ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan kemudian bagi memberikan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan.

Pada 7 Mei lepas, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama, wang tunai pelbagai mata wang asing, jam tangan dan 27 buah kereta yang dirampas daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka dan 13 individu serta syarikat.

Pendakwa Raya menamakan Najib, Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz, Nor Ashman Razak Mohd Najib, Nooryana Najwa Mohd Najib, Mohd. Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn. Bhd., Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn.
Bhd., Goh Gaik Ewe, Ng Chong Hwa, Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.

Antara barangan yang disita itu ialah 52 buah beg tangan pelbagai jenama, 10 utas jam tangan pelbagai jenama, wang tunai berjumlah RM537,000, Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750, Pound Sterling 320,500, Rupiah 13,177,00, US$100, Hryvnies (Ukraine) 376, Euro 20, France 50, South African 10 Rand, Singapore Dollar 40, Riyal 531, Phillipines Peso 740 dan Ringgit Malaysia 21,150 (wang baru) yang disita pada 17 Mei 2018.

Barangan lain yang disita pada tarikh sama (17 Mei 2018) ialah empat utas jam tangan pelbagai jenama, empat buah beg tangan pelbagai saiz dan jenama, 167 buah beg tangan pelbagai jenama dan 27 pasang kasut pelbagai jenama serta 40 buah beg tangan pelbagai jenama turut disita pada 11 Jun 2018.

Sebanyak 27 buah kereta jenis model Nissan Urvan turut disita pada 2 Ogos 2018 selain beberapa bidang tanah dan aset lain. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/najib-rosmah-dan-tiga-anak-bantah-pihak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Pas Tuntut Najib Rosmah Isytihar Harta Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah

Dulu Pas Tuntut Najib Rosmah Isytihar Harta Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 402 hits
Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan pada 15 Mei lalu memberi keyakinan pimpinan dan ahli Pas terbuka untuk mengisytiharkan harta dan aset mereka Pas tiada masalah untuk isytiharkan harta dan aset seperti arahan yang dikeluarkan Perda...
Dulu Tuan Ibrahim Suruh Najib Rosmah Isytihar Harta

Dulu Tuan Ibrahim Suruh Najib Rosmah Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 431 hits
Haspaizi Zain Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengingatkan Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan cabaran timbalan presiden PAS itu agar Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk mengisytiharkan harta beberapa tahun lal...
Sebak Anak Dikandung Maut Isteri Ikut Jejak Tiga Hari Kemudian

Sebak Anak Dikandung Maut Isteri Ikut Jejak Tiga Hari Kemudian

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 295 hits
Jodoh rezeki dan ajal maut terletak di tangan Allah Sekuat mana pun kita merancang jika sudah tertulis takdir sebaliknya siapalah kita mampu menghalang Seperti perkongsian oleh seorang individu mengenai kisah abangnya yang meruntun hati ini...
Ngo Lapor Polis Dokumen Bertandatangan Palsu Dalam Kes Najib

Ngo Lapor Polis Dokumen Bertandatangan Palsu Dalam Kes Najib

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 259 hits
MALAYSIAKINI Sebuah NGO membuat laporan polis berhubung dokumen tertera tandatangan palsu yang dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak yang didakwa menyalhgunakan dana SRC International Sdn bhd...
Pihak Polis Diberitahu Ada Yang Tidak Kena Dengan Tindakan Terbaru Latheefa Koya

Pihak Polis Diberitahu Ada Yang Tidak Kena Dengan Tindakan Terbaru Latheefa Koya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 312 hits
Gerakan Bangsa Nasional hari ini membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya Selangor Laporan tersebut berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Latheefa Koya pada 21hb Jun 2019 di mana beliau mengumumkan tindakan Suruh...
Riza Aziz Akhirnya Anak Tiri Kesayangan Najib Ke Mahkamah

Riza Aziz Akhirnya Anak Tiri Kesayangan Najib Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 532 hits
AKHIRNYA anak Rosmah Mansor dan anak tiri Najib Razak didakwa di mahkamah atas pertuduhan pengubahan wang haram Lebih setahun kita menunggu untuk melihat tindakan undang undang di ambil terhadap pengkhianat bangsa dan negara ini Tahniah kep...
Ibu Anak Tiga Ditahan Dalam Ops Sarang

Ibu Anak Tiga Ditahan Dalam Ops Sarang

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 293 hits
Seorang wanita antara 83 penagih dan pengedar dadah yang ditahan dalam Ops Sarang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang di sekitar bandar Kuantan dan pekan Tanjung Lumpur pada Jumaat JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Yout...
Dana 1mdb 12 Julai Dengar Permohonan Penyiaran Notis Pihak Ketiga

Dana 1mdb 12 Julai Dengar Permohonan Penyiaran Notis Pihak Ketiga

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 174 hits
KUALA LUMPUR Permohonan pihak pendakwaan berhubung penyiaran notis pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas wang yang disita daripada sembilan pihak termasuk UMNO Bahagian Pekan yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Developm...
Mayat Anggota Polis Ditemukan Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anak

Mayat Anggota Polis Ditemukan Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anak

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 366 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City