Najib Persoal Jual Fgv Di Ambang Keuntungan



SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan adakah sekarang masa yang sesuai untuk FGV Holdings Berhad (FGV) dijual kepada pihak ketiga tatkala syarikat itu di ambang kembali mencatatkan keuntungan.

Beliau berkata, harga sawit dunia pada masa kini sudah memulih dan mencecah RM3,100 satu tan iaitu sama harga ketika FGV disenaraikan pada tahun 2012.

"Saya ingin utarakan juga iaitu FGV adalah pemilik syarikat gula terbesar negara MSM, manakala Tradewinds milik Syed Mokhtar adalah pemilik syarikat gula kedua terbesar negara iaitu CSR.

"Kedua-dua syarikat ini menguasai 90 peratus pasaran gula Malaysia. Adakah pembelian ini akan mewujudkan satu monopoli yang bakal menaikkan harga gula dan akhirnya merugikan pengguna?" soalnya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, pada minggu lalu, syarikat FGV Berhad menerima notis daripada syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary untuk menjadi pemilik saham terbesar FGV.

"Kaedah ini ialah dengan FGV membeli syarikat Tradewinds milik Syed Mokhtar dengan bayaran dalam bentuk saham FGV. Dengan ini, Syed Mokhtar akan menjadi pemilik saham terbesar FGV.

"Minggu lepas, lembaga pengarah FGV umumkan hasrat mereka untuk pertimbangkan tawaran Tan Sri," katanya.

Najib berkata, Usaha Syed Mokhtar membeli FGV sebenarnya dimulakan pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Dr Mahathir pada ketika itu menyatakan bahawa beliau tidak melihat penjualan FGV kepada pihak lain sebagai satu masalah jika ia boleh mendatangkan keuntungan kepada kerajaan.

“Kata Dr Mahathir, kalau serah (kepada pihak lain) saya bantahlah, tetapi kalau jual dapat duit banyak kepada kerajaan, kerajaan nak cari duit. Apa yang boleh jual, kita juallah, tinggal kita tidak jual Malaysia sahaja.

“Soal jualan harta tanah, harta kerajaan memang kita buat selalu. Pasal kita ada banyak tanah dan kita sendiri tak dapat nak bangunkan. Dia (FGV) rugi berjuta (ringgit). Kalau nak jual syarikat rugi, hak milik kerajaan pun, juallah,” katanya merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri itu.

Najib berkata, biarpun harga saham FGV turun dari RM4.55 semasa ia disenaraikan pada tahun 2012 ke RM2 pada awal tahun 2018 setelah harga sawit dunia turun dari kemuncaknya, akan tetapi FGV tak pernah rugi sebelum Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Sepanjang tempoh itu, FGV tetap untung dan tetap membayar dividen tahunan kepada Felda serta menanggung kos penanaman semula sebanyak RM300 juta atas tanah Felda yang disewa.

"Tapi selepas PH ambil alih, FGV terus rugi setiap tahun sehingga ini setelah banyak menjual aset FGV termasuk perniagaan mereka di China.

"Secara am, saya tak membantah cadangan Lembaga Pengarah FGV dan kerajaan untuk pertimbangkan tawaran Syed Mokhtar," katanya.

#Sumber : SH 

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/najib-persoal-jual-fgv-di-ambang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Sabah Persoal Masidi Jurucakap Covid 19

Pemuda Umno Sabah Persoal Masidi Jurucakap Covid 19

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 237 hits
Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain berkata beliau bukan menidakkan pengalaman dan kebijaksanaan Masidi Manjun untuk menggalas tugas itu namun kerajaan negeri mempunyai organisasi KOTA KINABALU Pemuda Umno Sabah hari ini mempersoa...
Menteri Agama Hiba Dengar Wanita Hamil Mahu Jual Ginjal Untuk Teruskan Hidup

Menteri Agama Hiba Dengar Wanita Hamil Mahu Jual Ginjal Untuk Teruskan Hidup

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 226 hits
Realiti kehidupan hari ini sememangnya agak sukar Ditambah dengan pandemik yang melanda dunia lebih ramai yang mengalami masalah dari segi kewangan Pesonaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya baru baru ini ada memuat naik satu mesej yang diter...
Jual Lemari Kayu Keliling Tapi Jarang Laku Perjuangan Bapak Ini Cari Nafkah Bikin Mewek

Jual Lemari Kayu Keliling Tapi Jarang Laku Perjuangan Bapak Ini Cari Nafkah Bikin Mewek

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 237 hits
Bagi penjual lemari keliling di Pondok Labu Jakarta Selatan ini mendapatkan uang untuk sesuap nasi bukanlah hal yang mudah Setiap hari ia harus berkeliling jualan lemari dari pagi sampai malam dengan cara dipikul Namun dagangannya tak selal...
Miskin Tapi Beg Cecah Rm17k Ramai Persoal Gaya Kaya Suzy Meskipun Watak Susah Dalam Start Up

Miskin Tapi Beg Cecah Rm17k Ramai Persoal Gaya Kaya Suzy Meskipun Watak Susah Dalam Start Up

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 562 hits
Rasanya ramai yang dah tersangkut dengan drama Start Up yang baru ditayangkan beberapa hari lepas kan Start Up berlatarbelakangkan Silicon Valley fiksyen Korea yang diberi nama Sandbox dan ia membawa kisah mengenai individu yang terlibat da...
Km P Pinang Persoal Kelulusan Lapangan Terbang Kulim

Km P Pinang Persoal Kelulusan Lapangan Terbang Kulim

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 295 hits
Kementerian Pengangkutan sebelum ini mengatakan kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara perlu disiap sebelum lapangan terbang boleh dibina
Hiburan Tampil Dengan Imej Baru Netizen Persoal Gaya Pemakaian Tudung Penyanyi Masya Masyitah

Hiburan Tampil Dengan Imej Baru Netizen Persoal Gaya Pemakaian Tudung Penyanyi Masya Masyitah

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 270 hits
Penyanyi Masya Mashitah yang baru baru ini ada memuat naik satu rakaman video dan foto menunjukkan dia telah tampil dengan imej baru telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen Menurut peminat mereka berasa keliru kerana imej M...
Mp Segambut Persoal Mt Umno Meriah Berkumpul Tidak Pakai Pelitup Muka

Mp Segambut Persoal Mt Umno Meriah Berkumpul Tidak Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 262 hits
ARIF ATANKetika Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ahli Majlis Tertinggi Umno dilihat meriah berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra malam ini Hal ini dibangkitkan Ahli Parlimen Segambut H...
Hiburan Kecewa Sehingga Menitis Air Mata Elizabeth Tan Kesal Jual Baju Jenama Sendiri Tanpa Label Kepada Pelanggan

Hiburan Kecewa Sehingga Menitis Air Mata Elizabeth Tan Kesal Jual Baju Jenama Sendiri Tanpa Label Kepada Pelanggan

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 666 hits
Penyanyi Elizabeth Tan meluahkan rasa kecewa dan kesal atas kecuaian pihak pengeluar baju jenamanya yang gagal melakukan semakan kualiti sebelum menjualnya kepada pembeli Dia yang meluahkan perasaan di laman sosialnya itu berkata ketiadaan ...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Curang Itu Pilihan Tapiiii


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Amira Syahira Ragam Melayu Chord

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Kisah Seram Hostel