Najib Perompak Penyamun Imdb Sudah Tidak Relevan Amk Kedah


ALOR SETAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri menyifatkan serangan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang digelar sebagai perompak, penyamun serta isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diketengahkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sebelum ini sudah tidak relevan dalam membantu kemenangan gabungan berkenaan.
Sebaliknya ketuanya, Mohammed Firdaus Johari berpandangan kerajaan perlu segera berhenti memainkan isu berkenaan sebaliknya fokus untuk menunaikan janji manisfesto yang dilihat lebih penting dan dinanti-nantikan oleh rakyat.
Katanya, rakyat telah membuat keputusan menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disebabkan isu tersebut dan sekarang biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menyiasat kes berkenaan seterusnya mengambil tindakan.
“Rakyat sekarang sudah tidak mahu dah dengar isu Najib penyamun, perompak apa… Sebaliknya rakyat hendak tahu apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan khususnya menunaikan janji manifesto.
Dalam masa sama, kita juga perlu memberi penerangan kepada rakyat mengenai pencapaian dan apa sedang dilakukan oleh kerajaan.
“Janji manisfesto itu juga penting, kalau tidak mampu laksanakan semua, buat sikit-sikit dan saya percaya rakyat akan memahami. Sebagai contoh tol, kalau kita tidak boleh hapuskan semua, berilah pengurangan yang akhirnya dapat dirasai oleh rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Selain itu, Mohammed Firdaus juga menggariskan beberapa faktor kekalahan PH dalam PRK Semenyih semalam yang antaranya adalah disebabkan sikap kebanyakan menteri sendiri yang sering mengeluarkan kenyataan bercanggah selain hanya bergantung kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Katanya, setiap menteri perlu memainkan peranan dengan segala keputusan perlu selari dan bukannya bercanggah antara satu sama lain.
“Selain itu, kita juga dapati maklumat mengenai dasar dan pencapaian yang dilakukan oleh kerajaan lambat sampai ke peringkat akar umbi. Perkara itu perlu diberikan perhatian khususnya menyampaikan maklumat melalui media-media sosial yang dilihat kita masih ketinggalan,” katanya.
Katanya lagi, meskipun pahit menerima kekalahan, namun PH perlu bermuhasabah dan segera membuat pembetulan bagi memperbaiki kelemahan yang ada.
Kata Mohammed Firdaus, keputusan tersebut merupakan satu mesej yang jelas daripada rakyat buat PH untuk bersama mendengar isu-isu yang mesti dipertimbangkan dengan lebih mendalam.
“Keputusan PRK Semenyih memberi gambaran tentang perasaan rakyat terutamanya sentimen yang disuarakan oleh masyarakat Melayu. Dalam proses demokrasi, kita menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dan itu merupakan hak mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/najib-perompak-penyamun-imdb-sudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersorak Semua Bila Najib Berkempen Saya Belum Terbukti Pencuri Ph Dah Terbukti Penipu

Bersorak Semua Bila Najib Berkempen Saya Belum Terbukti Pencuri Ph Dah Terbukti Penipu

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 708 hits
Bersorak Semua Bila Najib Berkempen Saya Belum Terbukti Pencuri Ph Dah Terbukti Penipu
Reit Bukan Jual Aset Najib Sekolah Kan Wan Azizah Tpm

Reit Bukan Jual Aset Najib Sekolah Kan Wan Azizah Tpm

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 346 hits
Kumpul hartanah hartanah Benarkan para pelabur institusi dan individu mengambil bahagian Macam ini pun bukan bermaksud jual kepentingan dalam hartanah kerajaan ke Kerajaan PH nak tipu siapa Boleh baca di sini Apa itu REIT Hal ini membenarka...
Kerajaan Umumkan Bsh Rm100 Untuk Orang Bujang Ini Reaksi Najib Sebaik Tahu Jumlah Tersebut

Kerajaan Umumkan Bsh Rm100 Untuk Orang Bujang Ini Reaksi Najib Sebaik Tahu Jumlah Tersebut

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 393 hits
Bantuan Sara Hidup 2019 sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata bayaran kepada golongan bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018...
Najib Umpama Kereta Antik Orang Suka Tengok Tapi Tak Beli

Najib Umpama Kereta Antik Orang Suka Tengok Tapi Tak Beli

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 534 hits
BEKAS perdana menteri Najib Razak diumpamakan seperti kereta antik yang orang ramai suka lihat namun tidak ramai yang akan beli Setiausaha Khas Presiden PKR R Suresh Kumar memberi perumpamaan itu ketika menggambarkan populariti Najib yang d...
Selepas Najib Bangkitkan Di Semenyih Hari Ini Kerajaan Ph Umum Bantuan Bujang Rm100

Selepas Najib Bangkitkan Di Semenyih Hari Ini Kerajaan Ph Umum Bantuan Bujang Rm100

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 521 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan hari ini membuat kejutan apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian Batuan Sara Hidup berjumlah RM100 kepada orang bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH2018 Menurut Li...
Satu Kumpulan Dari Ph Cuba Membuat Provokasi Semasa Saya Melawat Ke Pekan Rabu Ds Najib Razak

Satu Kumpulan Dari Ph Cuba Membuat Provokasi Semasa Saya Melawat Ke Pekan Rabu Ds Najib Razak

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 492 hits
DS Najib Razak Saya diberitahu bahawa satu kumpulan dari PH cuba membuat provokasi semasa saya melawat ke Pekan RabuBeranang pagi tadi Mereka tidak puas hati bahawa saya berjalan jalan di sana dan telah minta saya keluar untuk berhadapan de...
Tun Razak Kalau Boleh Bangun Dia Cekik Najib Azmin

Tun Razak Kalau Boleh Bangun Dia Cekik Najib Azmin

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 559 hits
KAJANG Datang anak dia pergi swastakan Felda Kalau Almarhum Tun Razak boleh bangun dia cekik anak dia Itu gambaran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas dakwaan Datuk Seri Najib yang Pakatan Harapan gagal menjaga legas...
Jawapan Isu Fgv Felda Kenapa Dengan Azmin Ali Ini Najib

Jawapan Isu Fgv Felda Kenapa Dengan Azmin Ali Ini Najib

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 593 hits
Kenapa dengan ini Baru baru ini dia cabar saya ke Semenyih maka malam itu juga saya pun pergi beli sedikit barang dari Tesco Tapi nampaknya dia masih tak puas hati Tanpa sebarang sebab dia tiba tiba petik nama Allahyarham ayahanda saya untu...
Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Singgah Pasar Malam Sekolah

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Best Friend Waktu Malam