Najib Mungkin Mohon Batal Dakwaan Pengubahan Wang Rm27j



KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Najib Razak mungkin memohon untuk membatalkan pertuduhan pengubahan wang RM27 juta terhadapnya dalam kes berkaitan SRC International membabitkannya.

Peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini yang pertuduhan itu tidak menyatakan kesalahan utama dan hanya bergantung kepada 7 pertuduhan lain.

Najib cuba membatalkan 7 pertuduhan pengubahan wang, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah atas alasan ia kabur serta beliau tidak boleh membuat pembelaan munasabah.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya pada 29 April lalu dan berkata dakwaan Najib tidak berasas.

Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lufti hari ini mempertahankan pertuduhan pengubahan wang RM27 juta adalah sah dan wajar.

“Kami akan tanganinya selepas menerima permohonan rasmi,” katanya sambil menambah pihak pendakwaan mahu meneruskan kes itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Zaini Mazlan menetapkan 2 hingga 25 Jun 2020 sebagai tarikh perbicaraan bagi pertuduhan pengubahan wang RM27 juta.

Tarikh perbicaraan ditetapkan tahun depan kerana Shafee dan Budiman berkata, pihak pembelaan serta pendakwaan akan sibuk dengan kes Najib sehingga April tahun depan.

Najib didakwa sekali lagi dengan 3 pertuduhan pengubahan wang di Mahkamah Sesyen pada Februari lalu selepas ia ditarik balik oleh Mahkamah Tinggi.

Kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank cawangan Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014. Jika sabit kesalahan pengubahan wang, Najib boleh didenda sehingga RM5 juta, dipenjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah Tinggi turut menetapkan 30 Mei ini bagi sebutan kes pelucutan hak harta yang dirampas daripada Najib, 17 individu dan syarikat lain oleh kerajaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain yang mewakili kerajaan dalam kes pelucutan hak itu berkata, Jabatan Peguam Negara sudah menyerahkan notis usul kepada kebanyakan individu dan syarikat terbabit.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat mengesan Goh Gaik Ewe yang merupakan ibu kepada ahli perniagaan, Low Taek Jho.

Peguam, M Puravalen memberitahu mahkamah beliau boleh mewakili Goh yang kini berada di luar negara dalam kes pelucutan hak itu.

Kerajaan cuba melucutkan hak daripada ratusan barang yang dirampas daripada Najib dan 17 individu lain selepas 9 Mei 2018.

Individu lain yang dinamakan dalam notis pelucutan hak itu adalah Rosmah Mansor, pengarah filem Riza Aziz, anak Najib dan bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng.

Barangan rampasan itu termasuk beg tangan mewah, wang tunai dalam mata wang berbeza, jam tangan, kasut dan 27 kenderaan Nissan Urvan.

Wang sebanyak RM18 juta dalam pelbagai akaun bank dan sebuah banglo di Tanjung Bungah milik keluarga Jho Low turut disita.

Kerajaan cuba memohon perintah mahkamah untuk menyiarkan satu notis dalam warta di bawah Seksyen 61(2) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, bagi memanggil semua pihak ke-3 yang menuntut sebarang kepentingan dalam harta dirampas daripada semua responden untuk hadir atau melalui peguam di depan Mahkamah Tinggi pada tarikh ditetapkan untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak harus dilucutkan hak kepada kerajaan. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/najib-mungkin-mohon-batal-dakwaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tiada Bukti Najib Guna Wang 1mdb

Ph Tiada Bukti Najib Guna Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 607 hits
Wartawan Watan Online Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa sehingga ke hari ini kerajaan Pakatan Harapan masih gagal membuktikan kesemua barangan dan wang yang dirampas di kediaman beliau tahun lalu berkaitan dengan 1Malays...
Celcom Bukan Lagi Syarikat Malaysia Mungkin Salah Najib

Celcom Bukan Lagi Syarikat Malaysia Mungkin Salah Najib

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 577 hits
Bekas perdana menteri Najib membidas penggabungan syarikat telekomunikasi tempatan Celcom dengan DiGi dari Norway Dalam hantaran di Facebook Najib berkata Celcom dan Digi akan menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dalam tahun...
Berlaku Pemindahan Wang Rm42j Ke Akaun Najib

Berlaku Pemindahan Wang Rm42j Ke Akaun Najib

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 405 hits
Berlaku pemindahan wang RM42j ke akaun NajibPosted By on May 06 2019Perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke 13 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari in...
As Pulangkan Rm236 Juta Wang Syarikat Anak Tiri Najib Peguam Negara

As Pulangkan Rm236 Juta Wang Syarikat Anak Tiri Najib Peguam Negara

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 421 hits
Peguam Negara Tommy Thomas mengesahkan Malaysia telah menerima pemindahan pertama sebanyak AS 57 juta dari Amerika Syarikat yang disita dari Red Granite Pictures selepas dituduh membiayai filem menggunakan dana yang didakwa diselewengkan da...
Rm1 Juta Wang Anak Yatim Bayar Yuran Peguam Pembantu Najib

Rm1 Juta Wang Anak Yatim Bayar Yuran Peguam Pembantu Najib

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 527 hits
ISMA WEB PH menang dengan fitnah lepas menang terus fitnah kata bekas PM Portal The Malaysian Insight menggunakan gambar Datuk Seri Najib Razak bagi melaporkan berita bekas pembantu beliau yang didakwa kononnya menggunakan wang anak yatim u...
Najib Mahu Batalkan 3 Lagi Pertuduhan Ubah Wang Haram

Najib Mahu Batalkan 3 Lagi Pertuduhan Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 415 hits
foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan permohonan bagi membatalkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd Ketua pegu...
Menteri Akta Hasutan Mungkin Mansuh Tahun Ini

Menteri Akta Hasutan Mungkin Mansuh Tahun Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 336 hits
WAWANCARA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menjangkakan Akta Hasutan 1948 akan diganti atau dimansuhkan pada tahun ini Katanya walaupun Akta Hasutan terletak bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri pihaknya bekerjasama ...
Pasangan Eur Jpy Membuat Lantunan Semula Dari Tahap Sokongan Utama Peningkatan Selanjutnya Dalam Pasaran Adalah Mungkin

Pasangan Eur Jpy Membuat Lantunan Semula Dari Tahap Sokongan Utama Peningkatan Selanjutnya Dalam Pasaran Adalah Mungkin

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 359 hits
Pasangan mata wang EUR JPY membuat lantunan semula dari tahap sokongan utama peningkatan selanjutnya dalam pasaran adalah mungkin Kemasukan 122 52Kenapa ia adalah baik lanjutan Fibonacci 100 anjakan semula Fibonacci 2 61 8 Stop Loss 120 84K...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing