Berlaku Pemindahan Wang Rm42j Ke Akaun Najib



Berlaku pemindahan wang RM42j ke akaun NajibPosted By: Pentadbiron: May 06, 2019 Print EmailPerbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-13 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.Ikuti perbicaraan ini yang dilaporkan Malaysiakini secara langsung:12.05pm: Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman muncul di mahkamah untuk dicamkan oleh Norhayati selaku saksi perbicaraan.Shamsul muncul dari bilik saksi dan dilihat tenang ketika dikenal pasti oleh Norhayati sebelum memberikan kad pengenalannya kepada hakim.Selepas dicamkan, Shamsul berjalan kembali ke bilik saksi.Terdahulu, Norhayati memberi keterangan bahawa Shamsul merupakan salah seorang daripada dua penandatangan rasmi Ihsan Perdana bagi pemindahan wang daripada akaun Affin Bank.Pada 2017, pasukan petugas khas 1MDB dilapor menahan Shamsul sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dana syarikat pelaburan berkenaan.11.30am: Pengurus Affin Bank cawangan The Curve di Petaling Jaya, Norhayati Mohd Yunus, mengesahkan terdapat tiga pemindahan berjumlah RM42 juta daripada akaun bank anak syarikat SRC International, Ihsan Perdana kepada dua akaun Najib Razak antara Dis 2014 dan Feb 2015.Tiga pemindahan itu melibatkan sejumlah RM27 juta, RM10 juta dan RM5 juta.Semasa pemeriksaan utama oleh Sulaiman Kho, saksi ke-30 itu memberi keterangan bahawa akaun Ihsan Perdana dengan nombor akhir 1108 telah memindahkan RM27 juta kepada akaun Ambank milik Najib dengan nombor akhir 880 pada 26 Disember 2014.Beliau berkata, terdapat pemindahan dari akaun Affin Bank yang sama sebanyak RM5 juta kepada akaun Ambank Najib dengan nombor akhir 906 pada 26 Disember 2014.Dalam keterangannya Norhayati berkata satu lagi pemindahan melibatkan RM10 juta daripada akaun Affin Bank kepada akaun Ambank milik Najib dengan nombor akhir 880 berlaku pada 10 Feb 2015.Saksi juga memberi keterangan bahawa Ihsan Perdana yang pada satu ketika pernah dinamakan sebagai Gem Horizon Sdn Bhd mempunyai tiga akaun semasa dengan Affin Bank cawangan The Curve.Akaun semasa itu bernombor 1011811300 yang dibuka pada 5 Ogos 2011, 106180001001 yang dibuka pada 5 Jan 2012 dan 106180001108 dibuka pada 1 Jun 2012.10.34am: Amirul memberitahu beliau berada di bawah tekanan dan terburu-buru ketika menyediakan kertas pelaburan KWAP untuk pinjaman RM4 bilion kepada SRC International.“Saya diminta oleh pihak pengurusan untuk mempercepatkan permohonan itu.“Kalau tengok, terdapat beberapa mesyuarat dalam masa terdekat. Kalau ‘miss’ meeting go for next one. Tapi di sini, tergesa-gesa untuk setiap mesyuarat.“Terdapat banyak tekanan untuk percepatkan benda ni semua,” katanya kepada DPP Ishak.Hakim Nazlan kemudian membenarkan Amirul dipanggil kembali untuk pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh.Hakim membenarkan permohonan Shafee yang mengetuai pasukan peguam pembela Najib untuk menangguhkan pemeriksaan balas kerana Harvinderjit mengalami keracunan makanan dan tidak dapat hadir hari ini.DPP Sithambaram mengatakan pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan.10.32am: Pegawai KWAP, Amirul memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya menerima kira-kira 25 peratus dokumen yang diperlukan daripada SRC International semasa menyediakan kertas kerja untuk meluluskan permohonan pinjaman itu.Amirul berkata beliau harus bergantung pada apa sahaja yang diterima dari SRC International untuk mengendalikan kertas pelaburan bagi dipersembahkan kepada panel pelaburan KWAP.Ishak: Jika dilihat exchange of email dirujuk dalam keterangan, yang mohon banyak maklumat, adakah maklumat diperolehi?Amirul: Ada sikitlah, tak semuaIshak: Berapa percent tu?Amirul: 25 percentIshak: Dan awak terpaksa bertindak berdasarkan 25 percent tu?Amirul: Ya10.20am : Amirul berkata KWAP pada akhirnya memberikan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada RM3.95 bilion yang asalnya dikehendaki. Disebabkan pinjaman pertama berjumlah RM2 bilion, maka RM2 bilion lagi adalah pinjaman berasingan untuk SRC.Saksi itu memberitahu DPP Ishak bahawa KWAP meluluskan RM2 bilion bagi permohonan pinjaman pertama SRC sebanyak RM3.95 bilion.Beliau berkata SRC International kemudian membuat permohonan pinjaman kedua sebanyak RM2 bilion yang diberikan dengan jumlah yang sama oleh KWAP.Amirul berkata secara keseluruhan jumlah pinjaman KWAP kepada SRC International berjumlah RM4 bilion.10.12am: Amirul berkata pinjaman RM4 bilion yang diberikan KWAP kepada SRC International adalah yang terbesar pernah dilihatnya sepanjang berkhidmat dengan KWAP.“RM4 bilion (pinjaman) adalah yang terbesar yang dipersetujui oleh KWAP yang saya pernah lihat,” kata saksi itu kepada DPP Ishak semasa pemeriksaan utama.10am: Najib Razak menandatangani surat jaminan kerajaan bagi pinjaman kedua SRC International bernilai RM2 bilion daripada KWAP, kata saksi Amirul Imran Ahmat.Amirul memberi keterangan bahawa Najib menandatangani surat tersebut selaku perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu.Dokumen perjanjian pinjaman itu, katanya, ditandatangani antara CEO KWAP pada masa itu, Azian Mohd Noh dan pengarah SRC International Suboh Md Yassin.9.34am: Amirul berkata pada 22 Mac 2012, beliau menerima e-mel dari Nik Faisal kepada Azian Nor bahawa perdana menteri dan menteri kewangan (Najib) telah membuat keputusan mengenai pembiayaan tambahan RM2 bilion.Saksi itu mengatakan bahawa dia diarahkan oleh ketuanya ketika itu, Nor Hisyam untuk menyediakan ‘surat pekeliling’ atas pinjaman berkenaan.“Ia adalah satu jumlah sekali gus, berdasarkan perbincangan dengan PM,” kata Amirul.Amirul berkata Najib adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dalam kaitan kertas pelaburan panel yang disediakannya, berhubung pembiayaan tambahan berkenaan.9.16am: Amirul memberi keterangan bahawa pada 14 Februari 2012, beliau menerima e-mel dari bekas pengarah kewangan 1MDB, Terrence Geh yang meminta kelulusan untuk mendapatkan pembiayaan tambahan sebanyak RM2 bilion yang akan dijamin oleh kerajaan.Semasa pemeriksaan utama oleh DPP Ishak Mohd Yusoff, saksi ke-29 itu mengatakan pada 14 Mac 2012, beliau menerima resolusi daripada lembaga pengarah SRC International untuk mendapatkan pinjaman tambahan RM2 bilion.9.07am: Najib memasuki kandang tertuduh apabila hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memasuki mahkamah untuk meneruskan pemeriksaan utama terhadap saksi ke-29, Amirul Imran Ahmat. Amirul merupakan bekas pembantu naib presiden di Jabatan Pendapatan Tetap, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).9.00am: Najib yang dilihat memakai sut biru memasuki bilik mahkamah dan mengambil tempat duduk di barisan hadapan galeri awam, sementara menunggu perbicaraan bermula.Ketua peguam yang mewakilinya, Muhammad Shafee Abdullah juga dilihat mengambil tempat duduk bersama peguam-peguam lain.Peguam Negara Tommy Thomas juga dilihat mengambil tempat duduknya dan berbincang dengan anggota pasukan pendakwaan yang lain.Timbalan Pendakwaraya, V Sithambaram dan anggota pasukan pendakwaan yang lain juga dilihat mengambil tempat di hadapan.Najib dibicarakan atas tiga tuduhan pecah amanah (CBT) di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan; tiga tuduhan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfa); dan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.Jika sabit kesalahan, anggota parlimen Pekan itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda bagi pertuduhan pecah amanah; penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah yang terlibat atau bersamaan RM10,000 yang mana lebih tinggi kerana salahguna kuasa; dan penjara 15 tahun dan denda sehingga RM15 juta atau lima kali jumlah yang terlibat, yang mana lebih tinggi, bagi pertuduhan pengubahan wang haram.Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan bermula pada jam 9 pagi. –

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/berlaku-pemindahan-wang-rm42j-ke-akaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Buka Akaun Ambank Untuk Terima Wang Dari Luar Negara Kata Saksi

Najib Buka Akaun Ambank Untuk Terima Wang Dari Luar Negara Kata Saksi

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 392 hits
KUALA LUMPUR Najib Razak buka akaun semasa di AmBank pada Januari 2011 untuk menerima sejumlah wang dari luar negara Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini Pengarah AmBank Cawangan Raja Chulan R Uma Devi berkata Bank Negara Malaysia diberitahu...
Bank Negara Maklum Wang Besar Masuk Akaun Ambank Najib Kata Saksi

Bank Negara Maklum Wang Besar Masuk Akaun Ambank Najib Kata Saksi

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 384 hits
Uma Devi pegawai AmBank yang memberi keterangan pada perbicaraan Najib Razak hari ini Foto Daily Express Najib Razak buka akaun semasa di AmBank pada Januari 2011 untuk menerima sejumlah wang dari luar negara Mahkamah Tinggi diberitahu hari...
Mana Bukti Penting Laporan Akhir Siasatan Bnm Terhadap Akaun Najib

Mana Bukti Penting Laporan Akhir Siasatan Bnm Terhadap Akaun Najib

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 678 hits
Perbicaraan hari ke 15 kes SRC Internatinal melibatkan bekas Perdana Menteri Najib Razak membangkitkan dua persoalan penting apabila saksi keempat Ahmad Farhan Sharifuddin dipanggil semula untuk memberi keterangan Ahmad Farhan merupakan peg...
Ambank Pernah Kena Denda Rm53 7 Juta Sebab Tak Lapor Akaun Najib

Ambank Pernah Kena Denda Rm53 7 Juta Sebab Tak Lapor Akaun Najib

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 332 hits
MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa Bank Negara Malaysia BNM sebelum ini telah mengenakan denda terhadap AmBank kerana gagal melaporkan transaksi mencurigakan di dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Razak sejak ia dibuka hingg...
Najib Seleweng Rm1 Juta Dana Anak Yatim Fuziah Sahkan Akaun Yapeim Telah Diaudit Firma Audit Terkemuka

Najib Seleweng Rm1 Juta Dana Anak Yatim Fuziah Sahkan Akaun Yapeim Telah Diaudit Firma Audit Terkemuka

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 403 hits
Portal The Malaysian Insight menggunakan gambar Datuk Seri Najib Razak bagi melaporkan berita bekas pembantu beliau yang didakwa kononnya menggunakan wang anak yatim untuk membayar kos guaman Foto IsmawebKUANTAN Timbalan Menteri di Jabatan ...
Ph Tiada Bukti Najib Guna Wang 1mdb

Ph Tiada Bukti Najib Guna Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 541 hits
Wartawan Watan Online Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa sehingga ke hari ini kerajaan Pakatan Harapan masih gagal membuktikan kesemua barangan dan wang yang dirampas di kediaman beliau tahun lalu berkaitan dengan 1Malays...
4 Transaksi Berjumlah Rm69 Juta Ke Dalam Akaun Najib

4 Transaksi Berjumlah Rm69 Juta Ke Dalam Akaun Najib

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 344 hits
foto sumber internet KUALA LUMPUR 30 April Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat empat transaksi pemindahan wang masuk ke dalam dua akaun bank peribadi milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah R...
As Pulangkan Rm236 Juta Wang Syarikat Anak Tiri Najib Peguam Negara

As Pulangkan Rm236 Juta Wang Syarikat Anak Tiri Najib Peguam Negara

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 375 hits
Peguam Negara Tommy Thomas mengesahkan Malaysia telah menerima pemindahan pertama sebanyak AS 57 juta dari Amerika Syarikat yang disita dari Red Granite Pictures selepas dituduh membiayai filem menggunakan dana yang didakwa diselewengkan da...
Akaun Dibekukan Sprm Upko Mahu Pulangkan Rm1 Juta Kepada Najib

Akaun Dibekukan Sprm Upko Mahu Pulangkan Rm1 Juta Kepada Najib

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 278 hits
Datuk Seri Wilfred Madius Tangau foto BernamaPertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu berhasrat memulangkan RM1 juta diberi Datuk Seri Najib Razak Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata bagaimanapun ia tidak dapat di...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan