Najib Mohon Ubah Tarikh Lawat Anak Di Singapura Untuk Bantu Umno Hadapi Prn Melaka


Oleh Bernama Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika hadir ke perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid DATUK Seri Najib Tun Razak memohon untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura selepas bekas presiden UMNO itu diamanahkan untuk membantu jentera parti UMNO menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.
Najib berkata, memandangkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada masa tersebut akan berangkat ke Jerman untuk mendapatkan rawatan bagi tulang belakangnya, beliau diamanahkan untuk memastikan parti UMNO bergerak secara teratur dan bertindak dengan sewajarnya sewaktu PRN Melaka dan semasa ketiadaan Ahmad Zahid.
“Oleh yang demikian, saya terpaksa menangguhkan perjalanan saya ke Singapura sehingga selepas tamat PRN Melaka pada 20 November ini,” kata Najib menerusi afidavit sokongan tambahan yang difailkan bersama permohonan itu.
Najib, 68, selaku pemohon memfailkan notis usul itu semalam menerusi Tetuan Shafee & Co di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menamakan pendakwa raya selaku responden.
Beliau memohon untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Okt sehingga 22 Nov kepada 25 Okt sehingga 6 Disember ini untuk melawat anak perempuannya Nooryana Najwa di Singapura, yang dijangka melahirkan anak kedua pada awal November.
Dalam afidavit sokongan itu Najib berkata pada 18 Oktober lalu, beliau mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rayuan untuk pelepasan sementara pasport antarabangsanya bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.
Bagaimanapun, Najib berkata, selepas mendapat perintah daripada Mahkamah Rayuan itu, beliau dimaklumkan berkenaan perkembangan PRN Melaka yang akan berlangsung pada 20 Nov dan penamaan calon pada 8 November ini.
Sehubungan itu, katanya perancangan untuk bertolak ke Singapura telah berubah kepada 21 November dan pulang ke Malaysia pada 5 Disember (atau lebih awal dari tarikh tersebut) serta akan memulangkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah selewat-lewatnya pada 6 Disember ini.


“Saya telah meletakkan kepercayaan kepada isteri saya, Datin Seri Rosmah Mansor yang akan bertolak ke Singapura terlebih dahulu untuk mengawasi keadaan Nooryana sementara saya masih di Malaysia.
“Saya akan susuli isteri saya sejurus menyelesaikan tanggungjawab saya di sini terlebih dahulu,” katanya.
Sementara itu, ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk meminda tarikh berhubung pelepasan sementara pasport antarabangsa anak guamnya.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata pihaknya perlu mendapatkan arahan selanjutnya daripada Peguam Negara berhubung permohonan pindaan itu.
Hakim Mohamed Zaini menetapkan 26 Okt untuk mendengar permohonan tersebut.
Najib dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini atas dakwaan menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Pada 15 Okt lepas, Hakim Mohamed Zaini yang juga mendengar kes Rosmah bagi pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar membenarkan permohonan wanita itu untuk mendapatkan semula pasportnya bagi tujuan sama.
Pasport Rosmah dipulangkan kepadanya pada 15 Oktober dan perlu dikembalikan kepada mahkamah sebelum atau pada 6 Disember ini. – BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/najib-mohon-ubah-tarikh-lawat-anak-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Benarkan Najib Ke Singapura Sehari Selepas Prn Melaka

Mahkamah Benarkan Najib Ke Singapura Sehari Selepas Prn Melaka

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 224 hits
MALAYSIA NOW Najib Razak akan ke Singapura pada 21 November sehari selepas PRN Melaka dan kembali ke tanah air pada 5 Disember Bekas perdana menteri Najib Razak Gambar Bernama Mahkamah Tunggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bek...
Umno Sabah Sedia Bantu Parti Berdepan Prn Melaka Bung Mokhtar

Umno Sabah Sedia Bantu Parti Berdepan Prn Melaka Bung Mokhtar

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 161 hits
UMNO Sabah Sedia Bantu Parti Berdepan PRN Melaka Bung Mokhtar KOTA KINABALU 23 Okt UMNO Sabah akan menghantar jenteranya bagi membantu calon calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan Raya Negeri Melaka yang dijadualkan bakal diadakan pa...
Umno Mahu Kerjasama Dengan Pas Hadapi Prn Melaka

Umno Mahu Kerjasama Dengan Pas Hadapi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 218 hits
UMNO mahu meneruskan persefahaman dengan Pas dalam menghadapi PRN Melaka KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 No...
Umno Enggan Bekerjasama Pn Rangka Strategi Sendiri Hadapi Prn Melaka

Umno Enggan Bekerjasama Pn Rangka Strategi Sendiri Hadapi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 367 hits
agendaily com16 10 2021Perikatan Nasional Melaka mempunyai kekuatan tersendiri tanpa kerjasama UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Perikatan Nasional akan merangka strategi sendiri untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka set...
Najib Tak Dipercayai Bawa Kemenangan Prn Melaka Umno Terdesak Perlukan Pas

Najib Tak Dipercayai Bawa Kemenangan Prn Melaka Umno Terdesak Perlukan Pas

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 224 hits
agendaily com29 10 2021Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pusingan U apabila tidak melantik rakan baiknya Datuk Seri Najib Razak mengetuai kempen Pilihan Raya Negeri Melaka Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam secara tidak l...
Masa Depan Zahid Hamidi Akan Habis Jika Umno Gagal Pertahan Pendirian Tanding Solo Di Prn Melaka

Masa Depan Zahid Hamidi Akan Habis Jika Umno Gagal Pertahan Pendirian Tanding Solo Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 155 hits
Pihak yang nampaknya amat bimbang jika UMNO akhirnya memutuskan bertanding secara solo dan tanpa bekerjasama dengan sesiapa dalam PRN Melaka ialah Pas Walaupun maksud bertanding secara solo sebagaimana yang ditegaskan Presiden UMNO Ahmad Za...
Siapakah Rakan Kerjasama Umno Dalam Prn Melaka

Siapakah Rakan Kerjasama Umno Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 165 hits
Sinar HarianOktober 20 2021Sehingga kini UMNO masih belum memuktamadkan sebarang keputusan kerjasama dengan mana mana parti politik untuk berdepan PRN Melaka Foto Sinar HarianSURUHANJAYA Pilihan Raya telah menetapkan 20 November depan sebag...
Pas Bersatu Perkukuh Muafakat Hadapi Prn Melaka

Pas Bersatu Perkukuh Muafakat Hadapi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 183 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS dilihat semakin mengukuhkan permuafakatan bersama bagi memastikan perpaduan parti Melayu semakin kuat yang memberi kelebihan kepada rakyat di negara ini Ini turut dibuktikan apabila kedua dua parti itu...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram

6 Ciri Harimau Jadian

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan