Najib Mohon Dnaa Bagi Tiga Lagi Pertuduhan Membabitkan Kes Dana Src


agendaily.com1/12/2023
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Najib membuat permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan Hakim K. Muniandy bahawa keputusan representasi yang dihantar pihak pembelaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 31 Julai lepas masih belum diperoleh, lapor Bernama.

“Kes telah dikemukakan lebih lima tahun sejak 2019 dan telah beberapa kali disebut di mahkamah ini. Oleh itu, untuk tidak memprejudiskan kedua-dua pihak terutamanya anak guam, saya mohon mahkamah memberikan perintah DNAA mengikut Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah kerana kes langsung tidak berjalan.

“Sekiranya pendakwa raya ada keputusan berlainan di masa akan datang, pihak pendakwaan boleh membuat keputusan untuk kes dikemukakan semula di mana kita berhenti…kes ini sudah tergantung begitu lama,” kata Muhammad Shafee.

Hakim Muniandy kemudian bertanya kepada pihak pendakwaan mengapa AGC terlalu lambat untuk membuat keputusan berhubung representasi berkenaan.

Mohd Ashrof berkata kes itu membabitkan individu berprofil tinggi yang melibatkan banyak dokumen untuk diteliti selain masih terdapat kes lain, International Petroleum Investment Company (IPIC) dihadapi Najib yang masih belum dibicarakan.

“Semua pihak sebelum ini juga bersetuju bahawa tiga tuduhan itu hanya akan dibicarakan selepas kes penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta diputuskan dan semakan kes itu berakhir pada 31 Mac lalu di Mahkamah Persekutuan.

“Mengikut rekod saya selepas 31 Mac, hanya ada tiga sebutan kes termasuk prosiding hari ini. Oleh itu, saya mohon satu tarikh pengurusan kes akhir bagi mengetahui perkembangan berhubung representasi tersebut,” katanya dan menambah beliau mendapat arahan untuk memohon masa tambahan tiga bulan bagi AGC meneliti kandungan representasi.

Hakim Muniandy menetapkan 19 Jan 2024 sebagai tarikh akhir untuk Peguam Negara membuat keputusan berhubung representasi itu.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 31 Mac lepas, Najib, 70, gagal dalam usaha terakhirnya untuk menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International dan beliau sedang menjalani hukuman itu di Penjara Kajang.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga sedang dibicarakan bagi kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dengan pihak pendakwaan telah memanggil seramai 48 saksi di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

Najib juga berdepan satu lagi kes pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada IPIC di hadapan

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, yang kini masih di peringkat pengurusan kes


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/12/najib-mohon-dnaa-bagi-tiga-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Seeks Dnaa Over Money Laundering Case

Najib Seeks Dnaa Over Money Laundering Case

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 272 hits
His lawyer Shafee Abdullah says he is seeking a conditional discharge as the attorney general has not made a decision on representations made for the withdrawal of the case Najib Razak s defence team has applied for a discharge not amountin...
Yasin Lepas Bebas Kes Dadah Tapi

Yasin Lepas Bebas Kes Dadah Tapi

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 210 hits
PETALING JAYA Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi memerintahkan penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak selama mana yang diperkenan Sultan Selangor Hakim Faiz Dziyauddin mengelu...
Kes Video J Kom Wahab Sahkan Identiti Mr H Pada Polis

Kes Video J Kom Wahab Sahkan Identiti Mr H Pada Polis

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 243 hits
Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani hari telah mengesahkan identiti Mr H kepada polis menurut peguamnya Faizal Rahman Mr H adalah individu yang didakwa sebagai dalang di sebalik kes video perbualan dengan bek...
Seorang Anggota Polis Ditahan Kerja Kes Culik Wartawan Bangladesh

Seorang Anggota Polis Ditahan Kerja Kes Culik Wartawan Bangladesh

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 233 hits
Seorang anggota polis ditahan kerja kes culik wartawan Bangladesh Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Nov 2023
Exco Terengganu Jumpa Kekasih Lama Punca Kes Cerai Naik

Exco Terengganu Jumpa Kekasih Lama Punca Kes Cerai Naik

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 450 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kadar perceraian di Terengganu mencatat peningkatan dengan ada pasangan bercerai kerana berjumpa dengan kekasih lama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu M...
Rayuan Kerajaan Kes Penahanan Salah Khairuddin Didengar Mac

Rayuan Kerajaan Kes Penahanan Salah Khairuddin Didengar Mac

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 153 hits
Rayuan kerajaan kes penahanan salah Khairuddin didengar Mac Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Nov 2023 7 1
Sirul Akui Terima Rm1 Juta Untuk Tutup Mulut Bersabit Kes Altantuya

Sirul Akui Terima Rm1 Juta Untuk Tutup Mulut Bersabit Kes Altantuya

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 177 hits
Zanariah Abd Mutalibam hmetro com mySirul Azhar mendakwa dijadikan kambing hitam FOTO AljazeeraKuala Lumpur Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 merayu untuk meneruskan...
Kes Pembunuhan Altantuya Sirul Bohong Kepada Aljazeera

Kes Pembunuhan Altantuya Sirul Bohong Kepada Aljazeera

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 371 hits
Kes pembunuhan Altantuya Sirul bohong kepada Aljazeera ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be ehQqAHEEQzk src in org https www youtube com embed ehQqAHEEQzk wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www yo...
666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin

Sabah Leaders Cast Doubt On Muhyiddin S 40pc Revenue Pledge Point To Inaction When He Was Pm

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Don T Be Trapped By Uncertainty Nostalgia Hamzah Tells Bersatu

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Sunshine Baru

Ultimate Beef Tenderloin Recipe Green Egg

Soalan Bocor Atau Strategi Inilah Cara Sebenar Lulus Temuduga Kerajaan

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica