Yasin Lepas Bebas Kes Dadah Tapi



PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi memerintahkan penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana yang diperkenan Sultan Selangor.
Hakim Faiz Dziyauddin mengeluarkan perintah itu setelah melepas dan membebaskan Muhammad Yasin daripada ketiga-tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
Mahkamah berpuas hati penyanyi itu melakukan perbuatan seperti dalam pertuduhan namun dia tidak waras ketika kejadian itu.
Pada 17 Oktober lalu, seorang pakar perunding psikitari yang juga satu-satunya saksi pembelaan ketika memberi keterangan mencadangkan Muhammad Yasin menjalani rawatan secara berterusan akibat kecelaruan bipolar (bipolar disorder) yang dialaminya sejak 2009.
Pakar Perunding Forensik Psikiatri, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, Dr. Ian Lloyd Anthony berkata, tertuduh mengalami gejala-gejala bipolar mania termasuk perubahan mood yang melampau, perasaan yang tidak realistik, paranoia dan sikap berhalusinasi untuk tempoh tertentu di antara 2009 dan tahun lalu.
Sehubungan itu, pakar psikitari berkenaan mencapai kesimpulan bahawa tertuduh tidak waras dari segi perubatan dan undang-undang kerana mengalami kecelaruan bipolar dan ‘hyperthyroidism’.
Menurut saksi pembelaan itu, hasil pemerhatian terhadap Muhammad Yasin menunjukkan, pesakitnya berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian seperti yang didakwa dalam pertuduhan.
Mengikut pertuduhan pertama yang baharu, Muhammad Yasin, 48, didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Pertuduhan kedua, Muhammad Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Sementara bagi pertuduhan ketiga, Muhammad Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di IPD Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. -UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/11/yasin-lepas-bebas-kes-dadah-tetapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nampak Sama Tapi Tak Serupa Ini Fungsi Bunga Tayar Kereta Ramai Tak Tahu

Nampak Sama Tapi Tak Serupa Ini Fungsi Bunga Tayar Kereta Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 256 hits
Tayar merupakan komponen terpenting dalam sesebuah kereta Tanpa tayar kereta tidak dapat bergerak dan tidak dapat melaksanakan fungsi utama Walaubagaimanapun tidak semua orang peka terhadap keadaan tayar mereka dan corak bunga yang terdapat...
Resipi Lauk Pantang Masak Sendiri Buat Stok Bawang Putih Ikan Bilis Rangup Simple Tapi Sedap

Resipi Lauk Pantang Masak Sendiri Buat Stok Bawang Putih Ikan Bilis Rangup Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 370 hits
Menu berpantang sebenarnya tidak perlukan yang terlalu sarat dan berat Cukup hanya sup sayur ikan dan menu sampingan untuk membuang angin Salah satu menu wajib ketika berpantang pastinya bawang putih dan ikan bilis rangup yang dimasak dan d...
Ni Concert Apa Nama Bukan Coldplay Ni Ni Kepala Bapak Ni Kepala Bapak Bukan Keji Tuan Tuan Tapi Puji

Ni Concert Apa Nama Bukan Coldplay Ni Ni Kepala Bapak Ni Kepala Bapak Bukan Keji Tuan Tuan Tapi Puji

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 196 hits
DIKATAKAN IANYA BERLAKU DI TUMPAT TEMPAT MENTERI KEWANGAN PN KOH KOH KOH NEH NEH NEH BUANG YANG KERUH BUANG YANG JERNIH NOHHHHH
Megawati Jangan Berlagak Di Sini Tapi Mata Mata Di Sana

Megawati Jangan Berlagak Di Sini Tapi Mata Mata Di Sana

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 209 hits
Megawati menyinggung pihak yang seolah olah ada di pihaknya namun ternyata hanya menjadi mata mata untuk kubu sebelah
Cak Imin Klaim Pasangan Amin Paling Miskin Tapi Justru Menguntungkan Kok Bisa

Cak Imin Klaim Pasangan Amin Paling Miskin Tapi Justru Menguntungkan Kok Bisa

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 182 hits
Cak Imin mengaku sebagai pasangan calon termiskin bersama Anies Baswedan di Pilpres 2024
Istidraj Nikmat Dunia Tapi Sebenarnya Azab

Istidraj Nikmat Dunia Tapi Sebenarnya Azab

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 473 hits
Istidraj sangat jelas dalam perkara ini kerana perbuatan maksiat pangkalnya adalah kehancuran dan penderitaan Namun ketika maksiat terus dilakukan sedangkan kehidupan di dunianya semakin sukses dan sejahtera maka hal tersebut adalah kemurah...
Anies Negeri Ini Bukan Milik Sekelompok Orang Tapi Milik Kita Semua

Anies Negeri Ini Bukan Milik Sekelompok Orang Tapi Milik Kita Semua

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 150 hits
Anies menegaskan tidak akan membiarkan bangsa jatuh terhadap kelompok tertentu yang berusaha berkuasa
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Metamask Security Warning

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban