Najib Meludah Ke Langit


SELEPAS Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan pengisytiharan darurat yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, drama krisis politik negara yang berpanjangan sejak sebulan lalu terus berlarutan

Kelmarin, rakyat negara ini dikejutkan pula dengan dakwaan terdapat segelintir pemimpin Barisan Nasional (BN) secara lantang menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi calon Perdana Menteri

Lebih menggemparkan, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengesahkan ada mengemukakan cadangan bersyarat untuk mengajak BN bekerjasama dengan Anwar, namun tanpa disertai DAP dalam satu mesyuarat BN petang kelmarin

Difahamkan, cadangan itu mendapat reaksi negatif daripada majoriti Ahli Parlimen BN memandangkan pendirian BN dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selama ini adalah No Anwar, No DAP

Kesan perbezaan pendapat yang tercetus daripada mesyuarat berkenaan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya memutuskan parti itu akan meneruskan sokongan kepada kerajaan PN dalam satu mesyuarat khas MKT UMNO pada sebelah malamnya

Zahid juga mengumumkan UMNO dan BN akan meneruskan pendirian menolak sebarang kerjasama dengan Anwar yang mereka sifatkan sebagai mendapat dokongan DAP, musuh ketat parti itu

Sebelum itu, desas-desus sokongan kepada Anwar kedengaran selepas Ketua Pembangkang itu membuat pengumuman mendapatkan sokongan kukuh menubuhkan kerajaan pada 24 September lalu

Meskipun UMNO akhirnya mengumumkan untuk kembali mempertahankan kerajaan PN, namun rakyat negara ini di peringkat akar umbi kini mula meragui motif sebenar di sebalik cadangan bersyarat Najib

Sekadar cadangan
Pada masa sama, kesungguhan UMNO untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara mula dipersoalkan akar umbi parti itu dan pengundi seluruh negara susulan langkah politik terkini yang diambil parti itu seolah-olah demi memenuhi kepentingan peribadi

Dari sudut pandang orang awam yang tidak memahami seni politik, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segambut, Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi mengakui golongan itu kecewa dengan pandangan politik yang diutarakan Ahli Parlimen Pekan itu

Jelasnya, golongan tersebut melihat cadangan Najib itu sebagai percubaan mengelak pendakwaan kes mahkamah, selain pertuduhan pemimpin UMNO kemaruk untuk mendapat jawatan dan kuasa politik

“Saya akui imej Najib sedang tercalar teruk kesan polemik politik terbaharu, namun beliau masih ada banyak masa untuk memikirkan satu keadah terbaik memulihkan imejnya

“Mungkin dengan langkah mengemukakan permohonan maaf dan mengaku terkhilaf di atas pandangan mengelirukan yang diberikan, Najib akan kembali diterima rakyat dan implikasi itu penting kepada UMNO kerana parti sebenarnya turut terkesan,” katanya kepada Sinar Harian semalam

Meskipun drama politik UMNO dan BN sedikit reda selepas pengumuman Zahid malam kelmarin, Ahmad Baidzawi mengakui pemimpin-pemimpin veteran seperti Najib dan Zahid seharusnya mengundurkan diri bagi memberi ruang kepada pemimpin muka baharu pada masa hadapan

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan tindakan Najib yang sanggup mencadangkan sokongan kepada Anwar yang dianggap lebih tidak bermoral berbanding Muhyiddin

Dalam satu kenyataan, Tun Faisal mendakwa hanya individu yang dijanjikan sesuatu daripada Anwar yang akan mengambil tindakan menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu

“Jangan bagi alasan ini sekadar cadangan hanya selepas pandemik koronavirus (Covid-19) selesai. Ini alasan orang yang takut kena hentam. Bukan semua orang naif dan boleh terpedaya dengan alasan sebegini,” katanya semalam

Pandangan Tun Faisal itu yang merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menggambarkan pertelagahan dalaman antara pemimpin atasan UMNO

Bagaimanapun, Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Fathulbari Mat Jahaya menegaskan pendirian Najib semalam hanya bersifat peribadi dan sekadar satu opsyen penyelesaian sekiranya Bersatu berterusan cuba mengetepikan peranan UMNO dalam kerajaan PN

“Saya tidak ada maklumat (kaitan Najib didakwa menyokong Anwar). Cuma pendirian akar umbi adalah berlandaskan keputusan MKT UMNO yang sudah diputuskan lama dahulu iaitu ‘No Anwar, No DAP

“Selain itu, dakwaan mesyuarat semalam (kelmarin) untuk membatalkan pendirian itu juga adalah tidak benar. Sebaliknya, pendirian MKT UMNO diulangi kembali kerana kita tidak mahu rakyat di bawah bingung dengan kecelaruan politik terkini yang berlaku,” katanya

Ludah ke langit
Sementara itu, Ketua Pemuda DAPSY, Howard Lee Chuan How memberi jaminan DAP tidak akan sesekali terlibat dengan sebarang usaha menubuhkan kerajaan baharu bersama UMNO, lebih-lebih lagi melibatkan pemimpin ‘kluster mahkamah’ diketuai Najib

“Soal sama ada Anwar benar-benar merencana kerjasama dengan UMNO, itu saya tidak tahu

“Namun, DAP menegaskan tidak akan wujud kerjasama dengan mereka, termasuklah kerajaan PN dengan terdapat dua pemimpinnya yang mencaturkan pengkhianatan terbesar kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin,” katanya kepada Sinar Harian

Howard turut membidas Najib dengan menyifatkan pemimpin UMNO itu ibarat ‘meludah ke langit, terkena muka sendiri’ selepas gagal merencana percaturan politik untuk menekan kerajaan PN

“Bagi saya, apa yang berlaku tampak macam episod perebutan kuasa dengan percaturan politik mereka akhirnya memakan diri,” katanya

Dalam pada itu, penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Rashila Ramli berpandangan pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan ahli politik, tidak kira daripada parti mana, menunjukkan sikap kurang matang mereka pada saat negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi paling getir ketika ini

“Jika dilihat, kemelut politik yang berlaku lebih kepada kemahuan peribadi dengan perkara sedemikian patutlah diketepikan semua ahli politik kerana kepekaan rakyat dalam berpolitik semakin meningkat,” katanya

Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/10/najib-meludah-ke-langit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Saya Minta Kerajaan Dakwa Khairuddin Jelas Najib

Kenapa Saya Minta Kerajaan Dakwa Khairuddin Jelas Najib

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 336 hits
Sudah tentu Uncle Kit Siang dan gengnya akan memainkan berita Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Menteri PAS Khairuddin dan mengklasifikasikan kes dia sebagai No Further Action Sebab itu saya telah nasih...
Umno Tak Akan Hukum Zahid Najib Sekiranya Mereka Sokong Anwar Kata Penganalisis

Umno Tak Akan Hukum Zahid Najib Sekiranya Mereka Sokong Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 403 hits
freemalaysiatoday com October 21 2020 12 31 PMUmno tidak mungkin mengambil tindakan disiplin terhadap Presiden Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Razak sekiranya benar kedua duanya menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana ment...
Rescind No Further Action On Khairuddin S Case Najib Tells Govt

Rescind No Further Action On Khairuddin S Case Najib Tells Govt

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 248 hits
Najib Razak says many consider the decision on Khairuddin Aman Razali s failure to undergo quarantine as unfair and a double standard PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak has called on the government to bring a minister to court ...
Najib Setiap Langkah Perlu Ambil Kira Kepentingan Rakyat

Najib Setiap Langkah Perlu Ambil Kira Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 374 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul RazakNajib Razak mengingatkan kerajaan bahawa setiap langkah yang dibuat perlu mengambil kira kepentingan rakyat Jelasnya rakyat semakin tersepit dengan keadaan yang tidak menentu dan tidak stabil Rakyat maki...
Selamatkan Kerajaan Pn Kes Najib Dan Rakan Rakan Digugur

Selamatkan Kerajaan Pn Kes Najib Dan Rakan Rakan Digugur

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 284 hits
Seorang peguam memberi amaran bahawa rakyat akan mengecam keras kerajaan jika peguam negara memutuskan untuk menarik balik pertuduhan jenayah serius terhadap 6 ahli Parlimen Umno Mohamed Rafique Rashid Ali berkata sebahagian kes berkenaan k...
Umno Won T Punish Zahid Najib Even If They Back Anwar Say Analysts

Umno Won T Punish Zahid Najib Even If They Back Anwar Say Analysts

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 359 hits
Umno is unlikely to take disciplinary action against its president Ahmad Zahid Hamidi and his predecessor Najib Razak if it is true the two are backing Anwar Ibrahim s bid to become prime minister PETALING JAYA Two political analysts have v...
Why Blame Dap Now Over Covid 19 Spike Teresa Asks Najib

Why Blame Dap Now Over Covid 19 Spike Teresa Asks Najib

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 282 hits
DAP MP Teresa Kok said Najib Razak had previously blamed the National Security Council for rejecting the health minister s suggestion of mandatory quarantine for those returning from Sabah PETALING JAYA DAP MP Teresa Kok has hit back at Naj...
Pengurusan Kes Lucut Harta Najib Rosmah 25 November

Pengurusan Kes Lucut Harta Najib Rosmah 25 November

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 296 hits
1 104 total views 1 104 views today KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan akan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi mengenai status pemeriksaan barang kemas yang disita polis daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd dalam kes lucut hak harta melib...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package