Najib Ketawakan Dakwaan Mahathir Tak Campuri Badan Kehakiman



Bekas perdana menteri Najib Razak mengetawakan dakwaan Dr Mahathir Mohamad tidak mencampuri badan kehakiman, lalu berkongsi apa yang beliau tahu sekitar pembatalan pendaftaran Umno pada 1988.
“Ha ha ha! Mahathir kata pembatalan pendaftaran Umno bukti dia tidak campuri badan kehakiman adalah pembohongan terbesar dalam sejarah kehakiman,” kata Najib kepada FMT.
Dalam wawancara khas dengan FMT, Mahathir mengingatkan beberapa keputusan mahkamah ketika itu tidak memihak kepadanya, khususnya apabila Umno yang dipimpin beliau diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Feb 1988.
Keputusan itu dibuat selepas 11 ahli Umno menyaman parti itu pada 1987, menuntut pemilihan parti pada awal tahun sama diisytiharkan tidak mematuhi perlembagaan dan tidak sah
Hakim Harun Hashim memutuskan Umno tidak sah berdasarkan apa yang didakwa oleh Mahathir sebagai “salah laku kecil oleh segelintir cawangan kecil Umno”.
Mahathir berkata Harun boleh mengambil tindakan terhadap cawangan terbabit namun memilih untuk mengisytiharkan seluruh Umno sebagai tidak sah, menunjukkan “banyak keputusan mahkamah ketika itu tidak memihak kepada saya.”
Najib menyangkal dakwaan Mahathir.
Katanya, peristiwa yang membawa kepada krisis kehakiman itu didokumentasi dengan begitu baik dan Mahathir malah tidak dapat menafikannya.
Menceritakan apa yang dia tahu, Najib berkata pada April 1987, Umno mengadakan pemilihan yang menyaksikan “Pasukan A” Mahathir dicabar oleh “Pasukan B” Tengku Razaleigh Hamzah.
“Sebanyak 1,500 perwakilan mengundi, dan Tengku Razaleigh dijangka menang selepas kemelesetan 1985, tetapi selepas berlaku ‘blackout’ di bilik kiraan undi Mahathir pula yang menang dengan 761 undi mengatasi 718 undi yang diperoleh Tengku Razaleigh. Perbezaan sebanyak 43 undi.”
Menurut Najib, pasukan Tengku Razaeligh mendakwa 78 perwakilan yang mengundi adalah dari 30 cawangan parti yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), oleh itu tidak layak mengundi.
Pihak yang kalah kemudian mencabar keputusan pemilihan Umno itu di mahkamah.
“Mahkamah memerintahkan penyelesaian di luar mahkamah. Namun, kumpulan Tengku Razaeligh mahu pemilihan baharu diadakan.
“Mahathir pula tidak mahu pemilihan baharu, dan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Umno tidak sah, bermaksud pemilihan 1987 itu terbatal dan tidak sah.”
Najib berkata sebelum rayuan pasukan Ku Li itu dapat didengar, Salleh Abas, yang ketika itu presiden Mahkamah Agung, dan semua Hakim Mahkamah Agung digantung. Salleh kemudian disingkir.
“Inilah permulaan kepada kehancuran sistem kehakiman.
“Mahathir kemudian menubuhkan Umno Baru dan memindahkan semua aset parti lama yang tidak sah itu dan ahli-ahli yang mesra kepada Umno Baru, kecuali Ku Li dan pasukannya.”
Najib berkata sekiranya dakwaan Mahathir tidak campur tangan itu benar, persoalan timbul sama ada bekas peguam negara Tommy Thomas berkata benar tentang Thomas dan Mahathir terlibat dalam pelantikan kehakiman dan mengabaikan peranan Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman.
“Apakah itu juga bermaksud Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi kes VK Lingam di mana dia menyatakan ‘betul betul betul’ dan mendakwa pelantikan kehakiman boleh diselesaikan dengan Mahathir adalah salah?”
Najib merujuk kepada kes yang melibatkan seorang bekas peguam, Lingam, yang terbabit dengan skandal mengatur kehakiman oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja pada 2007, berikutan tersebarnya video memaparkan dia dikatakan membincangkan kenaikan pangkat dan faksionalisme dalam kalangan hakim kanan, dengan ketua hakim negara ketika itu, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
RCI mengesyorkan agar tindakan terhadap salah laku diambil terhadap Lingam, Fairuz, bekas ketua hakim Eusoff Chin, taikun Vincent Tan, Mahathir, dan bekas menteri Tengku Adnan Tengku Mansor-FMT

The post Najib ketawakan dakwaan Mahathir tak campuri badan kehakiman appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/10/najib-ketawakan-dakwaan-dr-m-tak-campuri-badan-kehakiman/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=najib-ketawakan-dakwaan-dr-m-tak-campuri-badan-kehakiman

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Mahathir Dedah Najib Sebenarnya Yang Campuri Badan Kehakiman

Panas Mahathir Dedah Najib Sebenarnya Yang Campuri Badan Kehakiman

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 184 hits
February 10 2021 Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menolak dakwaan beliau mencampuri badan kehakiman sebaliknya menuduh Najib Razak yang berbuat demikian Bekas perdana menteri itu sering dikaitkan dengan dakwaan campurtangan susulan pemecatan...
Najib Yang Campuri Hal Kehakiman Tun Kata

Najib Yang Campuri Hal Kehakiman Tun Kata

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 189 hits
Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menolak dakwaan beliau mencampuri badan kehakiman sebaliknya menuduh Najib Razak yang berbuat demikian Bekas perdana menteri itu sering dikaitkan dengan dakwaan campurtangan susulan pemecatan Salleh Abas seba...
Mahathir Punca Kehancuran Sistem Kehakiman Najib Kata

Mahathir Punca Kehancuran Sistem Kehakiman Najib Kata

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 278 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pembatalan pendaftaran UMNO pada 1988 sebagai bukti tidak campur tangan dalam badan kehakiman negara Menyokong hujahnya Najib berkongsi apa yang berlaku pad...
Usah Masuk Campur Urusan Saya Fokus Tuduhan Di Mahkamah Mahathir Ingatkan Najib

Usah Masuk Campur Urusan Saya Fokus Tuduhan Di Mahkamah Mahathir Ingatkan Najib

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 179 hits
February 10 2021 5 09 PMPETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mahukan Najib Razak tidak masuk campur dalam urusannya sebaliknya memberi tumpuan kepada kes kes mahkamah yang dihadapi Ahli Parlimen Pekan itu Saya rasa Najib ...
Minta Maaf Tang Mana Yang Mahathir Ph Berjaya Tangani Krisis Kewangan Najib Razak

Minta Maaf Tang Mana Yang Mahathir Ph Berjaya Tangani Krisis Kewangan Najib Razak

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR 5 Feb Oleh sebab prestasi kerajaan Pakatan Harapan amat baik Tun Dr Mahathir Mohamad pun tumbangkan kerajaannya sinis Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Katanya lagi kemudian Tun M pula mengeluarkan kenya...
Bagaimana Dengan Keputusan Mendakwa Musuh Politik Mahathir Kenapa Tak Tulis Soal Najib Kepada Tommy Thomas

Bagaimana Dengan Keputusan Mendakwa Musuh Politik Mahathir Kenapa Tak Tulis Soal Najib Kepada Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 365 hits
Najib Razak mempersoalkan adakah Dr Mahathir Mohamad tidak campur tangan dalam urusan Peguam Negara dan perundangan Najib berkata demikian selepas pendedahan bekas peguam negara Tommy Thomas dalam bukunya My Story Justice in the Wilderness ...
Najib Minta Thomas Tarik Balik Dakwaan Dalam Buku Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta

Najib Minta Thomas Tarik Balik Dakwaan Dalam Buku Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 195 hits
Najib Razak menuntut supaya bekas peguam negara Tommy Thomas menarik semula dakwaan terhadap Najib di dalam memoirnya yang mengatakan bahawa ahli parlimen Pekan itu memainkan peranan dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu Dala...
Mahathir Jawab Dakwaan Tommy Thomas

Mahathir Jawab Dakwaan Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 399 hits
DR MAHATHIR MOHAMADSaya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story Justice in the Wilderness Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya Tetapi sebelum saya menjadi Perdana Menteri semula Tommy telah datang bersama Zainu...
Selepas Salahkan Anwar Kini Mahathir Salahkan Kit Siang Pula

Selepas Salahkan Anwar Kini Mahathir Salahkan Kit Siang Pula

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 208 hits
Mahathir salahkan Anwar bila dia tak dpt jadi PM lagi sekali Terbaru dia salahkan Kit Siang juga Manusia kutuk ini tidak pernah salahkan dirinya yg sengaja letak jawatan hanya untuk sekat kemaraan Anwar Dia sedar jika dia letak jawatan dan ...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan

Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital