Najib Kata As Gugur Dakwaan Tapi Malaysia Tetap Dakwa Riza 5 Tuduhan Cuci Wang


Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengkritik kerajaan berhubung kes pelucuthakan terhadap anak tirinya Riza Aziz.
Najib berkata walaupun dakwaan telah digugurkan oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) tetapi Malaysia tetap mendakwa Riza Aziz atas 5 tuduhan “cuci” wang.

Loading… “Kerajaan PH telah dakwa anak tiri saya, Riza Aziz, di mahkamah hari ini kerana disyaki “cuci” wang.
“Dia bukan didakwa curi wang, menyeleweng ataupun salahguna kuasa. Tetapi “cuci” wang.
“Lima tuduhan hari ini adalah ke atas lima pindahan wang pelabur ke akaun bank syarikat filem dia iaitu Red Granite Holdings.” Kata Najib menerusi hantaran di Facebooknya.
Najib juga berkata Riza Aziz tidak pernah didakwa oleh DoJ dengan kes jenayah selepas 4 tahun penyiasatan walaupun Red Granite Holdings, syarikat milik Riza berpangkalan di AS dan sebilangan transaksi berlaku di negara itu.
“Kesemua dakwaan-dakwaan itu adalah transaksi yang berlaku di luar negara dan melibatkan pelabur asing serta bank asing.

“Tidak ada satu pun transaksi berlaku dalam Malaysia.
“DOJ Amerika Syarikat pernah menyaman Riza dengan saman sivil lucuthak tentang lima-lima transaksi ini kerana mendakwa ada dana dari pelabur yang didakwa boleh dikesan sumbernya dari 1MDB.
“Riza tidak pernah didakwa oleh DOJ dengan kes jenayah setelah 4 tahun DOJ siasat walaupun syarikat Riza itu berpangkalan di Amerika Syarikat dan sebilangan transaksi itu berlaku di Amerika Syarikat dan melibatkan bank Amerika Syarikat.
“Segala pelaburan filem ada perjanjian pelaburan masing-masing.
“Saya difahamkan juga sebahagian daripada dana pelaburan itu juga dipulangkan setelah projek berjaya,” kata Najib lagi.
Najib berkata demikian mengulas 5 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta oleh Mahkamah Sesyen hari ini terhadap Riza melibatkan 5 pindahan wang ke akaun bank Red Granite.
Najib juga berkata kes lucuthak tersebut telah pun digugurkan oleh DOJ selepas Riza membayar sejumlah wang melalui perjanjian penyelesaian.
“Malah kes lucuthak Riza telah digugurkan oleh DOJ setelah mencapai perjanjian penyelesaian di mana Riza membayar US$60 juta kepada DOJ.
“Difahamkan bahawa dana US$60 juta ini juga telah dihantar oleh DOJ kepada kerajaan Malaysia dua bulan lalu, siap bergambar lagi.” Kata Najib seperti menyindir kerajaan PH.

Riza Aziz 42, hari ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah USD248 juta (RM1.25 bilion), hasil daripada penyelewengan 1MDB .
Riza Aziz diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin warganegara Malaysia.
Mahkamah turut memerintahkannya membayar jaminan itu hari ini selain mengarahkan kesemua pasport yang dimiliki pemilik syarikat Red Granite Pictures itu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 9 Ogos untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. – Malaysian Update


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/najib-kata-as-gugur-dakwaan-tapi-malaysia-tetap-dakwa-riza-5-tuduhan-cuci-wang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kj Najib Boleh Kata Apa Saja Tapi Saya Juga Ada Pandangan

Kj Najib Boleh Kata Apa Saja Tapi Saya Juga Ada Pandangan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 537 hits
Anggota Umno yang tidak gembira dengan kepulangan presidennya Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai pilihan selain akur keputusan parti dan menunggu pemilihan seterusnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamalud...
China Dakwa Tuduhan Layanan Buruk Umat Islam Ekoran Cemburu

China Dakwa Tuduhan Layanan Buruk Umat Islam Ekoran Cemburu

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 416 hits
Dakwaan bahawa kerajaan China melayan etnik Muslim Uighur di negara itu dengan buruk tidak mencerminkan realiti sebenar JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT...
Bekas Menteri Kata Najib Buat Banyak Tahi

Bekas Menteri Kata Najib Buat Banyak Tahi

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 750 hits
Ia bermula bila seorang bekas menteri kerajaan Barisan Nasional yang tumbang 9 Mei 2018 lalu sifatkan penyelewengan bekas Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sebagai tahi Saya kata najis tapi dia kata bukan najis tapi tahi Dia pun buat c...
Dakwa Ada Salah Laku Tapi Menteri Tolak Rci Siasat Pengurusan Tabung Haji

Dakwa Ada Salah Laku Tapi Menteri Tolak Rci Siasat Pengurusan Tabung Haji

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR Tiada keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat salah laku dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepatutnya menyiasat dakwaan itu kata Mujahid Yusof Rawa Mente...
Riza Aziz Dituduh Cuci Duit 1mdb Sebanyak As 248 Juta

Riza Aziz Dituduh Cuci Duit 1mdb Sebanyak As 248 Juta

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 304 hits
Diterbitkan Hari ini 9 46 pagi Riza Aziz anak tiri Najib Razak berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini Dia tuduh menerima wang secara haram yang berpunca daripada dana 1MDB Menurut kertas pert...
Sarawak Tidak Sebodoh Itu Untuk Terima Najib Kembali Sebagai Pm Kata Pembantu Km

Sarawak Tidak Sebodoh Itu Untuk Terima Najib Kembali Sebagai Pm Kata Pembantu Km

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 389 hits
PENGGUNA Internet patut mendengar ucapan Datuk Seri Nancy Syukri secara keseluruhan dan bukan sekadar bahagian ucapannya yang mengatakan Rakyat Sarawak mahu Datuk Seri Najib Razak kembali sebagai Perdana Menteri kata seorang pembantu kepada...
Mana Integriti Kit Siang Selepas Membisu Isu Forex Kata Najib

Mana Integriti Kit Siang Selepas Membisu Isu Forex Kata Najib

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 435 hits
PETALING JAYA Najib Razak mempersoalkan dakwaan Lim Kit Siang mengenai integriti dirinya mengatakan pemimpin DAP itu berdiam diri selepas kerajaan tidak akan mengambil tindakan lanjut ke atas dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung sk...
Anak Tir Najib Didakwa Mengubah Wang Haram Rm1 25billion

Anak Tir Najib Didakwa Mengubah Wang Haram Rm1 25billion

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 305 hits
Anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Riza Aziz Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini sebentar tadi atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah AS 248 lapan tahun lalu Pengasas sya...
Berlaku Ke3malangan Jalan Raya Tapi Tindakan Ydp Agong Menarik Perhatian Rakyat Malaysia

Berlaku Ke3malangan Jalan Raya Tapi Tindakan Ydp Agong Menarik Perhatian Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 378 hits
PUTRAJAYA Jika beberapa hari lalu tular di media sosial rakaman Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah beratur membeli makanan di sebuah restoran makanan segera hari ini baginda sekali lagi menarik perh...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party