Najib Dibenarkan Ke Luar Negara Walaupun Tidak Membayar Cukai Rm1 7 Bilion



Najib Dibenarkan Ke Luar Negara Walaupun Tidak Membayar Cukai RM1.7 Bilion | Gara-gara mengingkari arahan supaya tidak mengganggu sesi penggulungan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, RSN Rayer (Pakatan Harapan-Jelutong) hari ini diarahkan keluar Dewan Rakyat.
Sebelum itu, pemimpin DAP itu terus mempersoalkan mengapa Najib Razak (BN-Pekan) tidak disenarai hitam dan masih dibenarkan ke luar negara walaupun gagal membayar cukai pendapatan hampir RM1.7 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Mengenai langkah blacklist (senari hitam) orang yang tidak membayar cukai. Kenapa Pekan (Najib) diberi layanan istimewa?
“Sampai boleh ke Singapura? Kenapa dia tidak disenaraihitamkan?” soalnya semasa Tengku Zafrul sedang menggulung.
Najib Dibenarkan Ke Luar Negara Walaupun Tidak Membayar Cukai RM1.7 Bilion Menteri itu menjawab bahawa ia adalah keputusan mahkamah untuk membenarkan Najib ke Singapura.
Bagaimanapun, Rayer membantah dan berkata dia tidak merujuk kepada keputusan mahkamah.
Rayer: Bukan isu mahkamah. Fahamlah. Kita disenaraihitamkan kalau tak bayar cukai. Soalan saya, kenapa beliau diberi layanan istimewa? Itu soalan saya.
Kenapa tidak diblacklisted? RM1.75 bilion belum dibayar lagi,.
Zafrul: Jelutong tahu jawapannya. Ini keputusan mahkamah
Rayer: Bukan-bukan, bukan keputusan mahkamah. Menteri tahu bahawa kalau tak bayar cukai, beliau akan secara automatik disenaraihitamkan. 
Banyak rakan-rakan saya yang merupakan peguam pernah disenaraihitamkan di lapangan terbang antarabangsa ataupun mana-mana tempat untuk keluar negara.
Kenapa Pekan tidak disenaraihitamkan? Isu itu isu mahkamah, bicara lain. Tapi bila tidak bayar...
Hujah Rayer kemudian diganggu oleh beberapa penyokong kerajaan seperti Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) dan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas).
Mereka mendakwa ia sebagai isu mahkamah dan menggesa timbalan speaker Rashid Hasnon supaya tidak membiarkan perkara itu meleret serta mensia-siakan lagi masa yang diperuntukkan menteri untuk membuat penggulungan.
Rayer seterusnya menegaskan bahawa dia menyoal tentang perkara yang berbeza dan mengulangi soalan awalnya tentang mengapa Najib diberi layanan istimewa dan tidak disenaraihitamkan seperti orang lain kerana tidak membayar cukai mereka.
Najib Dibenarkan Ke Luar Negara Walaupun Tidak Membayar Cukai RM1.7 Bilion “Mengembalikan passport adalah perkara lain. Blacklisting someone for not paying adalah isu lain.
“Adakah menteri takut nak jawab? Saya berhak untuk tanya perkara ini. Semua rakyat Malaysia yang tak bayar cukai akan diblacklisted.
“Kenapa Pekan dapat layanan istimewa?” soalnya tanpa mahu mengalah walaupun diarahkan supaya duduk dan berhenti mengganggu perbahasan Zafrul.
Ini memaksa Rashid, mengarahkannya keluar Dewan Rakyat selama 20 minit.
"Saya sudah cakap tadi, saya minta Bentara iring Jelutong keluar rehat di luar selama 20 minit.
“Saya minta maaf. Bentara sila iring Jelutong keluar. Terima kasih Jelutong," kata Rashid
Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan, diluluskan pada sidang Parlimen, hari ini.
Perkara itu diputuskan oleh timbalan speaker, menerusi undian suara majoriti.
Pada Julai 2019, adalah dilaporkan bahawa kerajaan Malaysia telah memfailkan saman terhadap Najib, menuntut cukai pendapatan RM1.69 bilion yang masih tertunggak dengan LHDN bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

                                                                                Iklan  





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2021/11/najib-dibenarkan-ke-luar-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejagung Sebut Ada Negara Luar Asia Tawarkan Diri Serahkan Aset Asabri

Kejagung Sebut Ada Negara Luar Asia Tawarkan Diri Serahkan Aset Asabri

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 300 hits
Supardi menekankan selain mengejar aset terdakwa dan tersangka di luar negeri Penyidik fokus penyitaan aset yang ada di dalam negeri
Pengalaman Gadis Keldai Dadah Meringkuk Penjara Di Luar Negara 4 Tahun

Pengalaman Gadis Keldai Dadah Meringkuk Penjara Di Luar Negara 4 Tahun

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 362 hits
Jika tidak sanggup makan roti berulat jangan sesekali meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada individu khasnya yang baharu dikenali jika tidak mahu diperangkap sebagai keldai dadah Pengalaman memeritkan itu terpaksa ditempuhi oleh Wan Lyd...
Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan Gantung Keputusan Kerakyatan Anak Lahir Di Luar Negara

Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan Gantung Keputusan Kerakyatan Anak Lahir Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 308 hits
Hakim buat keputusan itu selepas dengar hujahan prosiding KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung keputusan berhubung hak kerakyatan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu wargan...
Koruptor Malaysia Vs Luar Negara

Koruptor Malaysia Vs Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 257 hits
KORUPTOR MSIA vs KORUPTOR LUAR NEGARA Please share More cartoons www zunar my rumah rumahnajib
T19d18 Tawar Rm1 6 Bilion Beli Newcastle

T19d18 Tawar Rm1 6 Bilion Beli Newcastle

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 286 hits
LONDON Seorang ahli perniagaan British sudah membuat tawaran rasmi sekitar 300 juta untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris Newcastle United menurut laporan media British hari ini Jika berita ini benar maka ia adalah berita gembira bagi p...
Selepas Rawatan Di Luar Negara Zahid Kembali Bertugas

Selepas Rawatan Di Luar Negara Zahid Kembali Bertugas

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 348 hits
MALAYSIA POST DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi kembali bertugas sebagai Ahli Parlimen dan Presiden Umno semalam setelah menjalani rawatan di luar negara akibat sakit belakang Menerusi satu hantaran di Facebooknya malam tadi Ahli Parlimen Bagan...
Satu Lagi Projek Sakau Najib Hanya Siap 13 Tapi Dah Bayar 88 Rm8 3 Bilion

Satu Lagi Projek Sakau Najib Hanya Siap 13 Tapi Dah Bayar 88 Rm8 3 Bilion

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 378 hits
Selain projek mega dan sakau yang luar biasa mahal di bawah pentadbiran BN UMNO NAJIB RAZAK seperti 1MDB SRC MRT HSR ECLR SOLAR ENERGY ROSMAH ada satu lagi projek yang dibayar secara babi buta dan luar biasa oleh Najib Iaitu projek paip gas...
Mau Pergi Ke Luar Negeri Syarat Penerbangan Internasional Ini Perlu Kamu Cermati Beda Beda Lo Tiap Negara

Mau Pergi Ke Luar Negeri Syarat Penerbangan Internasional Ini Perlu Kamu Cermati Beda Beda Lo Tiap Negara

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 363 hits
Syarat berbeda beda aturan penerbangan internasional ini perlu kamu cermati biar nggak ada yang terlewatkan
Biar Betul Najib Dapat Rumah Bernilai 100 Juta Cukai Tak Bayar Lagi Bagai 12 Tahun Nak Kena Masuk Jel Ehhhhh

Biar Betul Najib Dapat Rumah Bernilai 100 Juta Cukai Tak Bayar Lagi Bagai 12 Tahun Nak Kena Masuk Jel Ehhhhh

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 395 hits
Terkini Najib bakal dapat rumah percuma bernilai RM100 juta di KL Bekas perdana menteri Najib Razak memohon keistimewaan daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2 8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di keji...
Smk Syed Sirajuddin Perlis Dan Sk Convent Father Barre Kedah Juara Junior Innovathon 2025

Majlis Anugerah Program Nilam Seklah 2025 Merah

Sofia Rini Buyong Nafi Proksi Shamsul Iskandar Sifatkan Tuduhan Albert Tei Tohmahan

Charitable Radiation Therapy Cost In Delhi 9266376206

Ramai Yang Panggil Albert Tei Tu Whistleblower Klakar Dia Bukan Whistleblower Tapi Dia Tu Pemberi Rasuah Tegar

Emas Berkemungkinan Akan Terus Mengukuh Hari Ini Rabu 26 November 2025 Walaupun Terdapat Potensi Untuk Pembetulan Yang

Aiskrim Homemade Mudah Murah Resipi Viral Tekstur Halus Persis Jenama Mahal

Dua Kali Berpatah Balik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Karipap Kayangan

Penemuan Unik Bekas Gangsa Dengan 300 R Di Como Itali Utara

Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Borussia Dortmund Sambar Bakat Muda Negara Qaseh Rania

Solat Di Pergunungan Alps Lelaki Ini Raih Perhatian Ramai

Poco Launches Poco F8 Series