Najib Dedah Temberang Guan Eng


Semalam, menteri kewangan telah mengeluarkan kenyataan memuji dirinya dan untuk memburukkan BN bahawa situasi kewangan bagi tempoh 4 bulan dari Mei sehingga Ogos di bawah kerajaannya adalah lebih baik dari untuk tempoh Januari hingga April di bawah kerajaan BN.

Beliau mendakwa hasil negara lebih tinggi manakala perbelanjaan lebih rendah berbanding empat bulan pertama tahun ini.

Oleh itu, dia kata ini bukti dia lebih pandai kerana mereka mengamalkan prinsip C.A.T.

Saya nak tanya adakah huruf "T" dalam CAT ini bermaksud "Tipu" atau “Temberang?”

Jika nak tipu orang yang tidak faham semata-mata untuk memuji diri sendiri, bolehlah tapi kalau nak tipu orang yang faham ataupun ada pengalaman dan pengetahuan, janganlah nak cuba.

Sebenarnya, corak hasil dan perbelanjaan kerajaan pusat tidak seragam sepanjang tahun dan adanya faktor "seasonal" atau "bermusim" disebabkan banyak faktor.

SETIAP tahun, hasil untuk bulan-bulan Mei hingga Ogos adalah lebih tinggi daripada Januari hingga April kerana cukai LHDN akan dikutip selepas bulan April manakala dividen interim Petronas juga akan diterima pada pertengahan tahun.

Selain dari hasil petroleum yang lebih tinggi dari bulan Mei hingga Ogos berbanding awal tahun ini, saya juga difahamkan bahawa Petronas dipaksa untuk menaikkan dividen mereka sebanyak 50% untuk tahun ini manakala Khazanah juga diminta berbuat demikian.

Perbelanjaan bagi empat bulan pertama SETIAP tahun juga lebih tinggi kerana keperluan awal tahun untuk membayar bonus kakitangan kerajaan untuk tahun selepas, membayar baucer buku, bantuan sekolah, bantuan-bantuan tahunan lain serta pembayaran untuk peruntukan dan program agensi-agensi kerajaan.

Seperti gambarajah yang saya paparkan, corak hasil dan perbelanjaan ini tidak berubah untuk setiap tahun. Apa yang nak dihairankan jika corak ini berulang untuk tahun 2018? Mengapa mahu dipuji kerana corak ini berulang?

Saya juga diberitahu bahawa kerajaan PH juga telah memberhentikan banyak projek mesra rakyat, menghentikan atau melambatkan bayaran bagi bayaran balik input GST dan bayaran balik LHDN, yang diterima untuk bulan Mac sehingga Ogos serta bayaran untuk kontraktor dan pembekal.

Jika tidak membayar, sudah tentu perbelanjaan untuk bulan-bulan di bawah kerajaan PH lebih rendah. Beranikah kerajaan PH memberi butiran terperinci bayaran bulanan untuk empat-empat perkara ini?

Guan Eng masih tegas bahawa kerajaan BN hanya meninggalkan wang RM450 juta untuk dia membayar gaji berjumlah RM8 bilion setiap bulan. Tahap "ketokongan" apa ini, RM450 juta boleh membayar RM8 bilion? Silap mata?

Saya telah menerangkan bahawa hasil-hasil masih dikutip berterusan setiap bulan.

Selain dari itu, sebenarnya jumlah Akaun Hasil Disatukan juga termasuk wang tunai yang diletak dalam bentuk simpanan tetap jangka pendek (short-term FD) dengan BNM. Wang ini boleh dikeluarkan serta-merta untuk kegunaan kerajaan pada bila-bila masa. Jumlah wang tunai ini naik dari RM7 bilion pada akhir bulan Disember 2017 kepada RM10 bilion pada akhir bulan April 2018 - bermakna wang tunai untuk akhir bulan April 2018 bukan hanya RM450 juta sahaja.

Kita bernasib baik kerana data-data ini masih dilaporkan oleh BNM dalam laman rasmi mereka. Jika tidak, kita semua juga ditipu lagi.

Selain dari kelihatan seolah-olah jujur dalam menghormati Azan, sebagai menteri kewangan kita patut benar-benar jujur dan tidak tiba-tiba membuat kenyataan untuk menipu rakyat semata-mata untuk memuji diri sendiri.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155662943590952&id=157851205951

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.themalaysianview.com/2018/10/najib-dedah-temberang-guan-eng.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FiHPhb+%28WarkahDaily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Dedah Rahsia Guan Eng Tunjuk Moral Tidak Elok

Hadi Dedah Rahsia Guan Eng Tunjuk Moral Tidak Elok

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 336 hits
Diterbitkan 27 Okt 2018 11 17 pagiPresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan permintaan kerajaan negeri Kelantan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan pusat sebagai tidak bermor...
Guan Eng Sangkal Kenyataan Najib Mengenai Prestasi Kewangan Pulau Pinang

Guan Eng Sangkal Kenyataan Najib Mengenai Prestasi Kewangan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 281 hits
17 Oktober 2018 10 23 PM KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng hari ini menyangkal kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa prestasi kewangan P
Najib Has Bigger Balls Than Guan Eng

Najib Has Bigger Balls Than Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 405 hits
The difference between Najib Razak and Guan Eng is that Najib Razak is an anak bangsawan while Guan Eng is an anak pendatang NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Lim Guan Eng is merely a loud mouth lowbred Chinaman He talks so much but he d...
Guan Eng Dedah Surat Kelantan Mohon Bantuan Dana Persekutuan

Guan Eng Dedah Surat Kelantan Mohon Bantuan Dana Persekutuan

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 387 hits
Pada 24 Oktober 2018Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan surat dari Pejabat Perbendaharaan Kelantanmeminta bantuan kewangan daripada kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji penjawat awam kerajaan negeri Surat bertarikh 18 Jun 2018 itu...
Kenapa Tak Marah Bila Najib Kata Kelantan Tak Mampu Bayar Gaji Guan Eng

Kenapa Tak Marah Bila Najib Kata Kelantan Tak Mampu Bayar Gaji Guan Eng

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 408 hits
KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Lim Guan Eng kesal dengan reaksi berat sebelah oleh pemimpin PAS Kelantan terhadap kenyataan beliau mengenai pengurusan kewangan kerajaan negeri itu di Parlimen semalam Jelas beliau hakikat ini bukanlah perkara...
Macai Guan Eng Kata Sst Turun Harga Barang Najib

Macai Guan Eng Kata Sst Turun Harga Barang Najib

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR 16 Okt Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi bukti bahawa Setiausaha Politik Menteri kewangan Tony Pua merupakan pihak yang pernah berkata cukai jualan dan perkhidmatan boleh menurunkan harga baranga...
Guan Eng Sudah Sudahlah Menipu Najib

Guan Eng Sudah Sudahlah Menipu Najib

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 503 hits
Menteri Kewangan kita kelakar Dia bercakap seolah olah Kerajaan berhenti menerima hasil sejak 9 Mei Harungi 5 bulan mencabar berbekalkan RM450 juta Saya kongsikan maklumat hasil kerajaan Hasil Kerajaan 2018 Januari RM18 9b Februari RM11 5b ...
2019 A Budget Of Sacrifice Thanks To Najib S Cash Is King Ways Brace For Pain Warns Guan Eng Ahead Of Budget Unveiling

2019 A Budget Of Sacrifice Thanks To Najib S Cash Is King Ways Brace For Pain Warns Guan Eng Ahead Of Budget Unveiling

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 288 hits
Finance Minister Lim Guan Eng has forewarned investors to expect pain and sacrifice in Budget 2019 and fiscal measures from the Pakatan Harapan government Fiscal consolidation will not be achieved easily We must be willing to expect some pa...
Najib Kata Guan Eng Kelakar

Najib Kata Guan Eng Kelakar

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 397 hits
October 17 2018 12 18 AMPETALING JAYA Datuk Seri Najib Razak menganggap Lim Guan Eng seorang yang kelakar selepas menteri kewangan dilaporkan berkata kerajaan mengharungi 5 bulan mencabar dengan berbekalkan sisa wang RM450 juta Ini kerana k...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik