Najib Buktikan Dirinya Benar Benar Keturunan Pahlawan Bugis




Ungkapan "Sekali Melangkah Pantang Undur" sememangnya bagus tetapi jika sudah menyedari ada kesilapan dalam langkah-langkah itu, berundurlah.
Berundurlah demi rakyat hatta berundur dari memikul jawatan penting negara jika ketidakmampuan sudah dilihat sebagai kemampuan dan kegagalan dibisikkan sebagai kejayaan. 
Lihatlah diri dari cermin bukan dari TV, dengarlah dari telinga bukan dari kaki dan berfikirlah dengan akal bukan dengan lutut.
Tidak salah berundur dan tidak salah melangkah. Yang salah adalah melangkah ke gaung yang curam dan berundur ke sangkar harimau yang buas.
Ingat pesan Dietrich Bonhoeffer tokoh Jerman yang menentang kuat Nazisme, "Jika anda menaiki keretapi yang salah, tak ada gunanya berlari di sepanjang gerabak ke arah yang bertentangan"
Tetapi sebagai seorang yang mendakwa dirinya keturunan Pahlawan.. Najib tidak akan berundur..
 
..... Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak untuk kembali bertanding pilihan raya untuk kerusi Parlimen dalam tempoh dua tahun akan datang dalam sebuah temu bual bersama Reuters walaupun sabitan kesalahan rasuah bakal menghalang beliau daripada mencalonkan diri.
Parti Umno yang terpalit skandal rasuah kembali mendapatkan kerusi perdana menteri bulan lepas selepas tiga tahun lalu digulingkan dalam pilihan raya akibat skandal melibatkan berbilion dolar.
Penentangnya turut menyuarakan kebimbangan sekiranya beberapa pemimpin daripada parti itu yang kini berdepan pelbagai pertuduhan jenayah bakal menerima layanan lembut undang-undang selepas kembali memegang tampuk pentadbiran.
Najib yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama sembilan tahun hingga 2018 disabitkan kesalahan rasuah tahun lalu dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun susulan salah laku melibatkan dana 1MDB.
Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan kini sedang merayu keputusan mahkamah tersebut selain turut menggesa siasatan dilaksanakan, menyifatkan pertuduhan terhadapnya bermotifkan politik.
Ketika ini, Najib masih menyandang jawatan ahli Parlimen namun Perlembagaan melarangnya bertanding dalam pilihan raya kecuali mendapat pengampunan atau penangguhan hukuman dari Yang di-Pertuan Agong.
Bercakap kepada Reuters pada Sabtu, Najib turut berkata beliau menolak kehilangan kelayakannya untuk bertanding, mengatakan: “Ia tertakluk kepada tafsiran.”
“Ia bergantung pada tafsiran undang-undang, Perlembagaan dan apa sahaja yang berlaku dalam prosiding mahkamah,” kata Najib.
Ketika ditanya apakah beliau akan bertanding pada pilihan raya berikutnya yang dijangka dilaksanakan pada 2023, Najib berkata: “Mana-mana ahli politik yang ingin mainkan peranan akan mahu menduduki kerusi di Parlimen.”
Najib bagaimanapun menolak untuk menjelaskan apakah cara untuk beliau atasi halangan Perlembagaan ke atasnya.
KEPERCAYAAN ORANG RAMAI
Umno, yang memegang tampuk kuasa lebih 60 tahun digulingkan selepas majoriti rakyat Malaysia tidak berpuas hati dan marah ekoran pendedahan skandal 1MDB dan kemewahan yang ditunjukkan keluarga Najib.
Isu-isu tersebut menjadi punca parti Melayu itu turut menjadi punca ia dikalahkan dalam pilihan raya.
Parti itu kini sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang kini turut berdepan pertembungan dalaman antara pemimpin parti itu.
Najib kini dilihat menjalankan kempen di media sosial untuk menggambarkan dirinya yang berasal daripada golongan elit politik kepada seorang pemimpin berjiwa rakyat.
Ekoran kempen tersebut, Najib memperolehi populariti di media maya dan sosial, di mana kritikannya terhadap pentadbiran sebelum ini mendapat pujian ramai.
Dalam temu bual tersebut, Najib berkata beliau berbincang dengan Ismail mengenai peranan yang boleh dimaikan beliau dalam pentadbiran kerajaan.
Media juga turut melaporkan ura-ura mengatakan beliau akan dilantik sebagai penasihat ekonomi pentadbiran Ismail.
Namun, bekas perdana menteri itu tidak mendedahkan sama ada beliau akan menerima jawatan tersebut, mengatakan keutamaannya ketika ini adalah untuk membersihkan namanya.
Najib juga berkata kembalinya Umno memegang tampuk pentadbiran dapat menjamin “kestabilan politik dalam jangka waku sementara” dan beliau juga tidak bersetuju untuk pilihan raya umum diadakan segera.
Ogos lalu, pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Muhyiddin tumbang ketika Najib dan beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka.
Malaysia menyaksikan ketidakstabilan politik paling runcing sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2008 dengan dua gabungan politik hilang kuasa disebabkan pertembungan dalaman.
HALANGAN PERLEMBAGAAN
Pencalonan Najib dalam pilihan raya akan datang bakal berdepan ketetapan Perlembagaan yang memutuskan mereka yang dijatuhkam hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000 akan hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya umum.
Peguam Perlembagaan New Sin Yew berkata Najib hanya boleh mencalonkan diri sekiranya beliau berjaya dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, atau mendapat pengampunan mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong bagi melayakkannya bertanding walaupun disabitkan bersalah.
Silalah sambung bacaan anda di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/najib-masih-mahu-bertanding-pru-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Email Justo Bakal Buktikan Najib Tidak Bersalah

Email Justo Bakal Buktikan Najib Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 153 hits
Oleh Nurul Aisyah SEMUA pihak tahu Datuk Seri Najib Razak menjadi mangsa fitnah kerakusan politik pihak tertentu yang lapar kuasa dan harta Ramai tertanya tanya kenapa terlalu lama masa diambil untuk membuktikan beliau tidak bersalah memand...
Rayuan Najib Ditolak Sri Ram Kekal Sebagai Pendakwa Kes 1mdb

Rayuan Najib Ditolak Sri Ram Kekal Sebagai Pendakwa Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 193 hits
September 8 2021 Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram kekal sebagai sebahagian pasukan pendakwaan dalam kes berkaitan 1MDB melibatkan Najib Razak Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Najib agar Sri Ram digugurkan ...
Perlantikan Mahiaddin Jadi Mpn Betulkah Najib

Perlantikan Mahiaddin Jadi Mpn Betulkah Najib

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 125 hits
Najib kata dia akan lawan kalau PM buat perkara yang salah nak tanya bossku perlantikan Mahiaddin sebagai Pengerusi MPN betul atau salah
Lying Najib Should Check His Mental Health Says Justo

Lying Najib Should Check His Mental Health Says Justo

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 276 hits
Xavier Andre Justo has questioned Najib Razak s mental health after the former prime minister said the Swiss national had been sacked by PetroSaudi International and had then stolen a database of emails PETALING JAYA A whistleblower who gra...
Najib Lodges Police Report Against Inland Revenue Board

Najib Lodges Police Report Against Inland Revenue Board

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 220 hits
Najib Razak says he has strong evidence to back his report against the Inland Revenue Board PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak has lodged a police report against the Inland Revenue Board alleging among other things abuse of pow...
Cuba Baca Laporan Polis Ini Najib Nak Salahkan Siapa Pulak

Cuba Baca Laporan Polis Ini Najib Nak Salahkan Siapa Pulak

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 174 hits
HAMDAN TAHALapuran polis dato najib terhadap LHDN siapakah ahli politik yang di maksudkan oleh Najib itu apakah orang politik itu masih berkuasa jika telah tidak berkuasa bagaimana dia pula boleh beri arahan pada LHDN
Najib Fails In Bid To Disqualify Sri Ram As Prosecutor In 1mdb Cases

Najib Fails In Bid To Disqualify Sri Ram As Prosecutor In 1mdb Cases

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 172 hits
The Court of Appeal today dismissed the appeal by former prime minister Najib Razak to remove Gopal Sri Ram as prosecutor in his 1MDB linked cases A three man bench led by justice Yaacob Md Sam upheld the Feb 15 High Court decision saying t...
Najib Disebut Sebut Bakal Dilantik Penasihat Ekonomi Bertaraf Menteri

Najib Disebut Sebut Bakal Dilantik Penasihat Ekonomi Bertaraf Menteri

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 167 hits
DATUK Seri Najib Tun Razak disebut sebut mungkin akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi bertaraf menteri kepada Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob Cakap cakap mengenai pelantikan itu mula bertebaran semalam apabila Ismail Sabri mene...
Najib Jumpa Ismail Sabri Ini Komen Mereka

Najib Jumpa Ismail Sabri Ini Komen Mereka

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 172 hits
Najib jumpa Ismail Sabri ini komen mereka Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di Putrajaya Ismail Sabri berkata dalam pertemuan selama sejam itu beliau dan bekas Pe...
Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Mistakes To Avoid When Installing Glass Block In Your Next Project

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Konsep Wadiah Pengertian Hukum Dan Rukun Dalam Perspektif Syariah

Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

Top Up Biskut Timbang


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Doa Membasuh Tangan Kanan Dan Kiri Saat Wudhu

Malaysia Can Help Palestine Restore Telecommunications Says Fahmi

Morning Thunderstorms Forecast In Some States Including Selangor And Kl

Membina Perniagaan Yang Menghasilkan Produk Dan Perkhidmatan Berkualiti Dengan Tepati Janji

Pencinta Ayam Goreng Perlu Tahu Reka Bentuk Kotak Yang Menambah Nilai Rasa

Top Up Biskut Timbang