Najib Disebut Sebut Bakal Dilantik Penasihat Ekonomi Bertaraf Menteri


DATUK Seri Najib Tun Razak disebut-sebut mungkin akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi bertaraf menteri kepada Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob.
Cakap-cakap mengenai pelantikan itu mula bertebaran semalam apabila Ismail Sabri menerima kunjungan bekas Perdana Menteri itu selama sejam di Putrajaya.


Perdana Menteri melalui Facebooknya berkata, mereka telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik Covid-19. ‘’Dato’ Sri Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta,’’ katanya.

Walaupun Ismail Sabri tidak menyebut apa-apa berhubung kedudukan Najib tetapi satu sumber mendakwa pengumuman mengenai pelantikan bekas Perdana Menteri itu sebagai Penasihat Ekonomi bertaraf menteri akan dibuat tidak lama lagi.
Najib pula ketika mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Perdana Menteri berkata, ia bagi membincangkan keadaan semasa ekonomi Malaysia dan langkah-langkah seterusnya yang wajar diambil.

‘’Make no mistake. Terus terang saya kata. Malaysia masih berada dalam krisis. Malah akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar dari segi ekonomi, pendapatan dan kebajikan rakyat.


‘’Dari sudut makro dan secara menyeluruh, kita sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran. Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan terhadap pelabur asing serta selepas 2018. Dari sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita Malah timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing,’’ katanya.

Bagaimanapun jika benar pelantikan Najib mahu dilakukan, adakah ia sudah mendapat persetujuan daripada parti-parti lain dalam kerajaan? Ia memandangkan Najib merupakan antara pemimpin yang didakwa berada dalam ‘Kluster mahkamah’ kerana berhadapan pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa berkaitan dana SRC International dan 1MDB.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Ahli Parlimen Pekan itu bersalah terhadap tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Kes itu di peringkat rayuan.

Selain itu Najib juga sedang menjalani perbicaraan terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.


Sebelum ini, parti-parti yang berada dalam kerajaan meletakkan syarat mereka bersedia menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dengan syarat tidak ada mana-mana pemimpin dalam ‘kluster mahkamah’ dilantik dalam Kabinet atau apa-apa jawatan kerajaan. Malah parti-parti pembangkang juga dikatakan meletakkan syarat yang sama jika Ismail Sabri mahu bekerjasama dengan mereka.

Apapun pelantikan Najib itu sekadar ura-ura, belum lagi rasmi, justeru sama-sama kita tunggu pengumuman daripada Perdana Menteri. - Utusan TV

Kongsikan artikel ini:

***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/najib-disebut-sebut-bakal-dilantik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Samakan Najib Dengan Peja Jawatan Penasihat Ekonomi Untuknya Mesti Bertaraf Menteri Kanan

Jangan Samakan Najib Dengan Peja Jawatan Penasihat Ekonomi Untuknya Mesti Bertaraf Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 233 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam waktu terdekat ini Selain beberapa portal hangat melaporkan berita berkenaan perkhabaran di dalam UMNO jug...
Penjenayah Akan Dilantik Sebagai Penasihat Ekonomi Pm

Penjenayah Akan Dilantik Sebagai Penasihat Ekonomi Pm

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 138 hits
September 10 2021 Bekas perdana menteri Najib Razak bakal dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kata sumber sumber Keputusan itu dikatakan dibuat selepas pertemuan kedua dua pihak Selasa lalu Sumber s...
Jawatan Bertaraf Menteri Ini Jawatan Bakal Disandang Bekas Pm Muhyiddin

Jawatan Bertaraf Menteri Ini Jawatan Bakal Disandang Bekas Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 312 hits
Selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri Terkini jemaah menteri setuju untuk memberi jawatan bertaraf menteri ini kepada bekas PM Baca selanjutnya
Najib Sebagai Penasihat Ekonomi Satu Langkah Bijak Ismail Sabri

Najib Sebagai Penasihat Ekonomi Satu Langkah Bijak Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 260 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak bakal dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kata sumber sumber Keputusan itu dikatakan dibuat selepas pertemuan kedua dua pihak Selasa lalu Sumber sumber berkata port...
Terkini Azmin Ali Dilantik Menteri Kanan Perdagangan

Terkini Azmin Ali Dilantik Menteri Kanan Perdagangan

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 169 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelantikan barisan Jemaah Kabinet yang baharu
Mengapakah Shahidan Yang Tidak Tinggal Di Lembah Kelang Dilantik Menteri Wilayah

Mengapakah Shahidan Yang Tidak Tinggal Di Lembah Kelang Dilantik Menteri Wilayah

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 317 hits
Pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan meningkatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warga kota di Lembah Kelang serta sekitarnya Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan Za...
Hiburan Annuar Musa Dilantik Menteri Komunikasi Ummi Nazeera Ucap Penghargaan Dan Tahniah

Hiburan Annuar Musa Dilantik Menteri Komunikasi Ummi Nazeera Ucap Penghargaan Dan Tahniah

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 186 hits
Beberapa hari yang lalu Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan barisan kabinet yang terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan 38 timbalan menteri ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAntara yang menda...
Bnpt Bakal Bikin Kawasan Khusus Ekonomi Eks Napi Terorisme Di Banyuwangi

Bnpt Bakal Bikin Kawasan Khusus Ekonomi Eks Napi Terorisme Di Banyuwangi

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 214 hits
Badan Nasional Penanggulangan Terorisme akan mengembangkan Kawasan Khusus Terpadu Nusantara berbasis ekonomi di Kabupaten Banyuwangi Kawasan tersebut disiapkan dalam rangka meningkatkan kesejahteraan kelompok rentan terpengaruh paham terori...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues

Sabah Mulls Pufferfish Ban After Recent Poisoning Deaths