Najib Belum Di Isytihar Muflis Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai Lhdn Rm1 7 Bilion




KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum diisytiharkan muflis atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili Najib ketika dihubungi berkata, pada prosiding pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, LHDN mencadangkan agar mahkamah merekodkan segera muflis pada Najib namun pihaknya membantah cadangan LHDN tersebut.
Yeong Kang berkata, pihaknya membantah cadangan tersebut dengan berhujah bahawa LHDN tersalah arah berhubung undang-undang membabitkan prosiding muflis.
“Mahkamah memaklumkan bahawa tindakan muflis tidak berlaku pada peringkat ini,” katanya selepas pengurusan kes melalui talian di hadapan Timbalan Pendaftar Ida Rahayu Sharif.
Tambah Yeong Kang dalam prosiding sama, mahkamah turut memaklumkan bahawa Najib perlu memfailkan permohonan menangguhkan prosiding muflis dan mengetepikan notis kebankrapan sebelum 24 Mei ini.
Dalam prosiding itu, peguam Athari Faris Ammery Hussien hadir bagi pihak pemiutang LHDN.
Pada 4 Februari lalu, LHDN telah memfailkan notis untuk membankrapkan bekas Perdana Menteri, Najib atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion.
Menurut notis tersebut, Najib mempunyai tempoh tujuh hari untuk membayar tunggakan termasuk faedah berjumlah RM1,738,804,204.16 bermula semalam. Jumlah itu turut termasuk kos mahkamah sebanyak RM15,000.
Pada 22 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Bache membenarkan permohonan LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus menuntut tunggakan cukai pendapatan tambahan RM1.69 bilion dari tahun 2011 hingga 2017 termasuk penalti daripada Najib.
Hakim itu menyatakan tunggakan cukai pendapatan tambahan itu merupakan hutang kepada negara yang perlu dibayar.
Penghakiman terus ialah keputusan yang dibuat oleh mahkamah berdasarkan hujahan bertulis dan lisan pihak-pihak yang terlibat tanpa perbicaraan penuh dibuat dan saksi-saksi dipanggil memberi keterangan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/05/najib-belum-di-isytihar-muflis-atas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saman Rm97 Bilion Untuk Mufliskan Saya Najib

Saman Rm97 Bilion Untuk Mufliskan Saya Najib

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 242 hits
CYBERJAYA Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tuntutan ganti rugi sebanyak RM97 bilion yang dikemukakan kerajaan terhadap beliau dan 21 individu lain bertujuan membuatkannya muflis Bekas Perdana Menteri itu berkata ini susulan cubaan meng...
Najib Belum Diisytihar Bankrap Kata Peguam

Najib Belum Diisytihar Bankrap Kata Peguam

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 218 hits
2 053 total views 2 053 views today Bekas perdana Najib Razak masih belum diisytiharkan bankrap kerana kegagalannya membayar tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1 69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Peguam Najib Wee Yeong Kang memb...
Najib Bakal Muflis Hilang Kerusi Parlimen Pekan

Najib Bakal Muflis Hilang Kerusi Parlimen Pekan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 252 hits
FAZLI RADZIBekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat hampir sahih akan muflis dan kerusi Pekan disandangnya bakal diisytiharkan kosong Kemungkinan tersebut wujud susulan tular notis kebankrapan Lembaga Hasil Dalam Negeri terhadap...
Kenapa Guna Dana Kwan Jika Kerajaan Buat Pinjaman Rm85 Bilion Soal Najib

Kenapa Guna Dana Kwan Jika Kerajaan Buat Pinjaman Rm85 Bilion Soal Najib

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 290 hits
April 25 2021 11 40 AMBekas perdana menteri Najib Razak berkata wujud perbezaan antara pengeluaran simpanan KWSP oleh rakyat dengan penggunaan dana KWAN oleh kerajaan PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan kenapa kera...
Hina Raja Raja Melayu 2 Ngo Lapor Polis Ke Atas Sanjeevan

Hina Raja Raja Melayu 2 Ngo Lapor Polis Ke Atas Sanjeevan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 227 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM HAMDAN Mohd Salleh bersama seorang lagi wakil KRAMAT menunjukkan salinan laporan polis di depan IPD Dang Wangi Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Dua pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap Sanjeevan Ramak...
Kumpulan Wang Amanah Negara Pula Hendak Di Jarah Atas Alasan Covid 19

Kumpulan Wang Amanah Negara Pula Hendak Di Jarah Atas Alasan Covid 19

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 414 hits
Dengan menggunakan Perkara 150 Perlembagaan Malaysia pada 31 Mac 2021 junta Mahiaddin Md Yassin telah meluluskan satu ordinan baharu yang memberikan kuasa kepada Perdana Menteri Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk menggunakan dana kerajaa...
Pasangan Mata Wang Eur Usd Bertindak Balas Di Atas Sokongan Pertama Cenderung Untuk Meneruskan Pertumbuhan Harga

Pasangan Mata Wang Eur Usd Bertindak Balas Di Atas Sokongan Pertama Cenderung Untuk Meneruskan Pertumbuhan Harga

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 295 hits
Pasangan mata wang EUR USD bertindak balas di atas sokongan pertama yang selari dengan Penarikan Semula Fibonacci 61 8 Lanjutan Fibonacci 100 dan sokongan penarikan semula mendatar Pasangan mata wang EUR USD ini cenderung untuk membuat kena...
4 Jam Terapung Atas Bumbung Bot

4 Jam Terapung Atas Bumbung Bot

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 344 hits
4 JAM TERAPUNG ATAS BUMBUNG BOT JOHOR BAHRU Seramai 10 kru warga Indonesia terselamat selepas dua bot barter trade yang dinaiki karam di dua lokasi di perairan Pulau Pisang dekat sini semalam Dalam kejadian pukul 4 pagi itu kedua dua bot be...
Namanya Dicatut Atas Kasus Penipuan Putri Delina Minta Publik Lebih Berhati Hati

Namanya Dicatut Atas Kasus Penipuan Putri Delina Minta Publik Lebih Berhati Hati

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 321 hits
Diiming imingi THR Rp5 juta korban malah kehilangan uang sebesar Rp7 juta Jadi pelajaran untuk kita semua ya Sohip
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor

10 Bukti Sains Dalam Al Quran Tentang Alam Semesta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Jam Azan 30 Juzuk Al Quran Perlukan Sijil Kdn Info Penting Sebelum Anda Membeli

Selamat Pagi

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Dek Aroel Tia Monika Chord

Kad Debit I Visa Tabung Haji Permohonan Pengaktifan