Najib Balas Balik Posting Fadli Shaari


Terima kasih Ustaz. Saya tak pernah ambil hati dan kita tetap kawan.
Perlu maklum ialah lanjutan moratorium pinjaman telah disaran presiden UMNO, Pemuda UMNO dan saya sejak bulan Julai lalu tanpa dibalas.
Kerisauan utama saya ialah bajet 2021 cuma 2.5% atau RM8b lebih tinggi berbanding perbelanjaan kerajaan tahun 2019.
Jika masa itu, bajet 2019 tak dapat selamatkan ekonomi negara pada masa tanpa Covid dan merosot sehingga paling teruk sejak 11 tahun lalu, bagaimana pula bajet 2021 yang cuma 2.5% lebih besar mampu selamatkan ekonomi rakyat pada ketika wabak Covid mengganas seluruh dunia?
Itulah sebab saya tuntut pengeluaran akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium.
Dan ianya juga benar dan diperakui dalam laporan ekonomi bahawa pemulihan KDNK bagi suku 3 2020 yang baru diumum minggu lepas telah banyak dibantu oleh pengeluaran KWSP melalui skim i-Lestari yang dicadangkan saya masa itu serta moratorium pinjaman secara pukal dan secara automatik (yang sudah tamat).
Kedua-dua cara ini tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan dan tidak memberi impak kepada defisit negara.
Saya juga tengok bahawa pemulihan ekonomi pada suku ketiga (walaupun masih negatif) banyak disumbangkan oleh eksport sektor elektronik dan sektor sarung tangan serta penjualan kereta domestik yang melonjak naik akibat pengecualian cukai jualan.
Namun, jumlah pekerja (termasuk pekerja asing) sektor pembuatan elektronik cuma 500 ribu orang manakala jumlah pekerja sektor sarung tangan yang banyak bergantung kepada mesin cuma 71,800 orang di mana 28,000 adalah warga tempatan dan 43,800 pekerja asing.
Penjualan kereta domestik juga tidak dapat bertahan dan hanya menguntungkan bank yang diberi peluang membuat pinjaman baru dan akan membebankan pembeli untuk tahun-tahun mendatang.
Strategi pengecualian cukai jualan bagi kereta yang banyak bergantung kepada import komponen ini pernah dilakukan oleh kerajaan PH pada tahun 2018 dan akhirnya ianya terbukti apabila ekonomi terus merudum selepas itu.
Melihat keadaan ini di mana jumlah pekerja untuk sektor-sektor tersebut adalah terhad, saya bimbang dengan ekonomi Rakyat sebab sektor-sektor lain yang melibatkan jumlah pekerja paling banyak seperti sektor runcit, sektor pelancongan (3.5 juta pekerja), sektor hiburan, SME dan peniaga kecil masih terjejas dan tak banyak menerima manfaat serta tidak berasa terbela dalam bajet 2021.
Sebab itu, saya sarankan supaya lebih banyak dana disuntik terus ke dalam tangan Rakyat pada masa paling susah supaya ekonomi boleh dirancakkan dan kesusahan rakyat yang dibuang kerja serta mereka yang tidak dibuang kerja tetapi pendapatan mereka telah turun mendadak boleh diubat sedikit.
Itulah asas cadangan-cadangan saya sebab saya tak mahu strategi yang salah menghantui rakyat dan negara pada masa kelak sedangkan bank-bank dan KWSP mampu memenuhi kedua-dua syarat ini tanpa menjejaskan mereka.
NAJIB RAZAK
Ini pula adalah posting dari Fadli Shaari
Saya dan Dato Seri Najib
Ramai yang menurunkan komen di facebook memberikan respon terhadap ucapan saya di Parlimen beberapa hari lepas. Ada yang setuju dan saya akui, ramai juga yang tidak setuju. Lebih lanjut lagi, ada yang mengheret ia seolah-olah menjadi pertembungan PAS dan UMNO.
Saya kekal berpendirian, PAS dan UMNO perlu terus duduk bersama, dan sudah pasti, PPBM di bawah kepimpinan Tan Sri Perdana Menteri pun tidak boleh diketepikan. Apa juga pertembungan, meja rundingan tempatnya. Saya bukan pemimpin tertinggi, tidak ada dalam mana-mana jawatankuasa interparty, saya tentunya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pimpinan parti saya untuk menentukan keputusan. Asasnya, PAS hendaklah terus bersama UMNO dan PPBM.
Adapun berhubung Dato Seri Najib, saya tetap akui beliau seorang pejuang. Kes-kes mahkamah yang dihadapi dilawannya di mahkamah tanpa berusaha untuk digugurkan (setakat yang saya tahu) kerana beliau kelihatan yakin dengan kebenarannya. Berjuang dengan fakta dan analisisnya. Pandangannya berhubung ekonomi sudah pasti melalui pengalamannya yang luas. Isu KWSP dan moratorium, pandangan beliau ada asas. Saya juga mempunyai pandangan, berdasarkan kajian rakan-rakan yang lebih arif. Soal pandangan siapa yang akan dipakai oleh kerajaan, itu terpulang kepada kerajaan. Dan saya yakin, apa jua keputusan nanti, ia untuk rakyat dan mengambil kira semua kepentingan.
Dato Seri Najib tetap saya hormati, dan pendiriannya meletakkan syarat untuk menyokong Belanjawan 2021, tetap saya tidak setuju. Pandangan saya, kita luluskan Bajet ini yang di dalamnya mengandungi wang untuk rakyat, frontliner, bayaran gaji, pelbagai peruntukan dan lain-lain. Jika tidak, bermula Januari 2021, semua perbelanjaan akan tergendala. Isu-isu kepentingan rakyat yang lain yang tidak tertakluk dalam Bajet 2021, kita minta berikan peluang kerajaan mengkaji dan umumkan dalam pelbagai pakej yang boleh dibuat selepas ini.
Dalam hal itu sahaja saya tidak bersetuju. Dan kerana itulah timbulnya contoh syarat Puteri dari gunung itu. Saya tidak bermaksud menyindir. Dan saya menyebutnya dengan penuh hormat. Jika ia mengguris, saya mohon maaf. Tetapi saya cuma bertujuan menyampaikan maksud dengan jelas.
Dato Najib bagi saya tetap seorang pejuang. Tidak ada apa-apa mengurangkan hormat saya kepada beliau. Dan isu ini, sudah tentu tidak sepatutnya diheret menjadi pertembungan UMNO – PAS. Jika ia berlaku, yang rugi nanti bukan sahaja kedua-duanya, tetapi rakyat.
Saya kekal menghormati hubungan UMNO – PAS. Dan menyokong belanjawan 2021 tanpa syarat, dan menyeru semua MP yang berada di blok kerajaan untuk turut menyokong Bajet ini tanpa syarat. Bukan kerana Bajet ini sempurna, tetapi itulah yang terbaik untuk memastikan kestabilan negara.



Gambar 2019 semasa PPBM tiada dalam radar Pas.
Jika anda bersetuju dengan saya, jauhilah komen-komen yang boleh membawa retaknya hubungan PAS – UMNO – PPBM. Dan sudah pasti saya tidak boleh menghalang komen yang tidak bersetuju dengan saya.
Nota : Sekiranya Pas ikhlas sepatutnya Pas menganggotai PN melalui MN. Bukan tinggalkan MN dan menyertai PN.
The post Najib balas balik ‘posting’ Fadli Shaari appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/15/najib-balas-balik-posting-fadli-shaari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Pukul Balik Blogger Syed Akbar Ali

Najib Pukul Balik Blogger Syed Akbar Ali

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 252 hits
Penulis blog OutSyed the Box ini satu lagi contoh pengamal propaganda PH Dia ini dulu banyak rapat dengan PM4 sehingga diberi projek IPP di Kulim pada tahun 1990an Namun projek dia gagal dan IPP itu diambil oleh bank sebab mereka tak mampu ...
Britain Membeli Vaksin Dan Bersedia Untuk Membuat Perjanjian Bagaimana Pound Akan Bertindak Balas

Britain Membeli Vaksin Dan Bersedia Untuk Membuat Perjanjian Bagaimana Pound Akan Bertindak Balas

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 210 hits
Britain membeli vaksin dan bersedia untuk membuat perjanjian Bagaimana pound akan bertindak balas Pada hari Isnin pound Britain jatuh sedikit walaupun peningkatan risiko didorong oleh data ekonomi China yang kuat dan berita mengenai kemajua...
16 Petua Di Dapur Yang Sangat Rasional Dengan Tindak Balas Sains

16 Petua Di Dapur Yang Sangat Rasional Dengan Tindak Balas Sains

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 265 hits
RAMAI yang gemar berkongsi petua di dapur Namun begitu ada sesetengahnya yang tidak pasti kesahihannya Bagaimanapun petua di bawah ini yang disahkan rasionalisasi sains diharap dapat membantu tugas dan urusan di dapur Jom kita telusuri petu...
5 Cara Balas Dendam Secara Elegan

5 Cara Balas Dendam Secara Elegan

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 434 hits
Pasti kamu pernah kenal dengan orang yang menyebalkan Mereka hobi cari ribut sama siapapun Suka menghina secara tidak sadar kata kata yang menusuk hati dan banyak lagi Sampai kamu sempat untuk This is a content summary only Visit my website...
Servis Teksi Misteri Balas Dendam Bagi Pihak Mangsa Deluxe Taxi Kongsi Barisan Pelakon Utama

Servis Teksi Misteri Balas Dendam Bagi Pihak Mangsa Deluxe Taxi Kongsi Barisan Pelakon Utama

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 271 hits
Selepas hanya khabar angin yang berterbangan akhirnya selesai sudah senarai barisan pelakon untuk drama terbaru SBS iaitu Deluxe Taxi Daripada webtoon dengan nama yang sama Deluxe Taxi membawa kisah satu perkhidmatan teksi misteri di mana i...
Report Najib Appointed Bn Backbenchers Chairman Ahead Of Dewan Rakyat Sitting

Report Najib Appointed Bn Backbenchers Chairman Ahead Of Dewan Rakyat Sitting

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 215 hits
Datuk Seri Najib Razak speaks to reporters at Menara Dato Onn in Kuala Lumpur October 26 2020 Picture by Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR Nov 1 Ahead of next week s Dewan Rakyat sitting Datuk Seri Najib Razak has reportedly been appointed Barisa...
Najib Tegur Umany Dan Dap Jangan Naikkan Suhu Rakyat

Najib Tegur Umany Dan Dap Jangan Naikkan Suhu Rakyat

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 362 hits
Kita faham student student dan DAP ada freedom of speech Tapi kena berjaga jaga juga mesej yang korang nak hantar supaya persepsi tak betul tidak terbina Mula mula korang umum sokongan penuh kepada aktivis Thailand yang bantah Raja mereka L...
Mahkamah Tetapkan Tarikh 11 November Bagi Pihak Ketiga Tuntut Harta Najib 17 Yang Lain

Mahkamah Tetapkan Tarikh 11 November Bagi Pihak Ketiga Tuntut Harta Najib 17 Yang Lain

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR Pengurusan kes bagi kehadiran pihak ke 3 berkepentingan yang ingin menuntut harta berupa ratusan beg tangan pelbagai jenama termasuk wang tunai jam tangan serta 27 buah kereta yang dirampas daripada bekas perdana menteri Najib ...
Beef Up Socso S Job Search Scheme Says Najib

Beef Up Socso S Job Search Scheme Says Najib

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 196 hits
Participants at a career fair held by Mida and Socso in August PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak has called for improvements to a job search scheme by the Social Security Organisation suggesting that allowances paid and the du...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport