Najib Ajak Lihat Kejayaan Bn River Of Life Kl Yg Disenaraikan 10 Waterfront District Paling Menarik Di Dunia
Walaupun tidak dihebohkan oleh kerajaan PH, sebuah portal media di England telah melaporkan projek "River of Life Kuala Lumpur” disenaraikan dalam 10 daerah mercu persisiran perairan atau ‘Waterfront District’ yang paling menarik di dunia.
Media Independent UK menulis:"Kawasan yang bergemerlapan dengan cahaya warna warni di tebing Sungai Klang ini, menjadi fokus kepada projek River Of Life, satu projek pembangunan semula yang pernah dianggap sebagai projek pemulihan sungai di kota termahal."
"Tetapi ia berbaloi, kerana pertumbuhan perniagaan di tebing sungai ini dengan kafe, pancutan air berteknologi tinggi, laluan basikal dan persembahan koreografi cahaya yang mengubah pemandangan di kawasan ini kepada warna kebiruan kobalt."
https://www.independent.co.uk/…/waterfront-world-best-tokyo…
Pengisytiharan seperti ini tidak mungkin berlaku sepuluh tahun dahulu!
Project River of Life sepanjang110km dari pusat bandar Kuala Lumpur sehingga Selat Melaka ini adalah salah satu Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur di bawah kerajaan BN, bertujuan untuk mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang menjadi satu ikon waterfont atau persisiran sungai yang dinamik dan berdaya huni melalui tiga komponen utama iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.
Sejak saya lancarkan pada Julai 2011, Alhamdulillah, kita telah dapat menyaksikan perubahan pada wajah Kuala Lumpur. Lebih bermakna lagi perubahan ini bermula di tempat di mana Kuala Lumpur itu sendiri bermula, iaitu di tebing tempat pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang, kira-kira 170 tahun dahulu.
Projek River of Life ini bakal mewujudkan 14,000 buah kediaman bagi 35,000 penghuni dan menjana 27,000 pekerjaan baru serta merancakkan industri pelancongan selepas disiap sepenuhnya pada tahun 2020.
Pembangunan sesuatu kawasan riadah adalah sinonim di bandar bandar besar di negara maju hingga menjadikan ia satu tarikan atau ikon kepada bandaraya itu sendiri.
Jika dulu, tempat ini amat tercemar dengan sampah sarap, berbau busuk dan air di sungai-sungai sini berwarna teh tarik, hari ini ia mendapat sambutan dengan aktiviti-aktiviti ekonomi dan riadah oleh pelancong luar dan tempatan bersama keluarga.
Insya-Allah, saya akan berkunjung ke sana pada petang hari Ahad untuk melihat sendiri perubahan yang besar ini.
Sekiranya ada rakan-rakan di Facebook ini yang ingin bersama saya untuk menukar pendapat mengenai projek ini atau isu-isu semasa yang lain, kita boleh berkumpul di Blue Pool di Medan Pasar pada jam 5:30 petang Ahad ini.
Kita jumpa nanti! Insya Allah!
Oleh : Najib Razak, penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6
#CelahGelegarBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://1malaynews.blogspot.com/2019/01/najib-ajak-lihat-kejayaan-bn-river-of.html